Epal yang tidak berkualiti
amat mudah diperolehi
kerana ia berguguran di tanah
Tapi epal yang tidak mampu dibeli,
ia berada di puncak
susah dipetik, susah digapai
terkadang epal itu risau sendiri
kenapalah diriku belum dipetik?
Lantas ia merendahkan martabatnya dan mengugurkan diri
menyembah tanah
sedangkan ia sebenarnya tela Allah jadikan begitu tinggi
martabatnya
Sebenarnya epal itu terlalu tinggi,
elok sifatnya
sehinggakan tiada siapa yang berani memetiknya
hanya pemuda yang benar-benar hebat sahaja bisa memperolehinya
mungkin bukan jodoh di dunia
tapi mungkin di akhirat?
biarlah jodoh bukan di dunia
asalkan cinta Ilahi mengiringinya....
sumber: blog waheeda
0 comments:
Post a Comment