Assalamualaikum semua.. entry untuk hari ini... Selepas
makan, isteri Ajoi dan anak perempuannya bersama-sama membasuh pinggan di
dapur, manakala Ajoi dan anak lelakinya sedang menonton TV di ruang tamu.
Tiba-tiba, terdengar bunyi pinggan pecah dari arah dapur, kemudian senyap. Ajoi
melihat anak lelakinya dan berkata, “Pasti ibu yang memecahkan pinggan itu.”
“Bagaimana ayah tahu?” tanya anaknya. “Kerana tidak dengar suara dia memarahi
orang lain” jawab Ajoi.
Moral – Kita semua sudah biasa menggunakan standard yang berbeza melihat orang lain dan memandang diri sendiri. Sehingga kita selalu menuntut orang lain membuat sesuatu dengan serius, tetapi penuh toleransi jika terkena diri sendiri..
kreditt : Waheeda
2 comments:
cinta juga umpama pelangi..cantik di mata tapi tak tercapai tangan..begitulah alam mengajar kita erti kecewa..:)
Sebalik hujan itu matahari dan pelangi..
Setuju dear!
Post a Comment