Suatu hari seorang penceramah terkenal membuka seminarnya dengan cara yang unik.
Sambil memegang wang RM100, dia bertanya kepada hadirin,
"Siapa yang nak duit ini?".
Kelihatan ramai penonton yang mengangkat tangan, ini menunjukkan ramai yang berminta.
"Saya akan berikan ini kepada salah seorang dari anda, tapi sebelumnya perkenankanlah saya buat ini dulu".
Dia berdiri dan mendekati hadirin. Wang itu diramas-ramas dengan tangannya sehingga renyuk. Lalu bertanya lagi
"Siapa yang masih mahu duit ini?", jumlah tangan yang mengangkat tidak berkurang.
"Baiklah, " jawabnya
"Apa yang terjadi apabila saya melakukan ini?"
Ujarnya sambil menjatuhkan wang itu ke lantai & melenyek-lenyekkan dengan kasutnya. Mesti masih sama, kini wang itu kelihatan kotor, lusuh dan amat renyuk.
"Ok, sekarang masih ada yang berminat?" Tangan-tangan yang mengangkat ke atas masih tetap banyak.
Hadirin sekalian, Anda baru sahaja menghadapi sebuah pelajaran penting. Apapun yang terjadi dengan wang ini, anda masih berminat kerana apa yang saya lakukan tidak akan mengurangi nilainya.
Biarpun renyuk, lusuh dan kotor, wang ini tetap bernilai RM100 juga...
Dalam kehidupan ini, kita pernah beberapa kali terjatuh, dan dipenuhi kotoran akibat keputusan yang kita buat dan situasi yang menimpa kita dalam sesuatu keadaan dahulu.
Dalam keadaan seperti itu, kita merasa tidak berharga, tidak bererti. Padahal apapun yang telah dan akan terjadi, kita tidak pernah akan kehilangan nilai di mata mereka yang mencintai kita, lebih-lebih lagi di mata Allah S.W.T.
Jadi walau bagaimana kotor pun anda, kita masih mempunyai nilai yang tersendiri. Sayangilah diri kita, bertaubat jika melakukan dosa, terus berusaha jika gagal kerana diri kita sebenarnya amat berharga.. Dan jangan terlupa kita adalah makhluk Allah yang di pandang sama, hanya iman dan takwa yang membezekan kita..
Kreditt : Himpunan cerita sedih
0 comments:
Post a Comment