Dato Dr Fadzillah Kamsah pernah berkata, Petua untuk murah rezeki....
"Setiap pagi sedekahkan Al-fatihah kepada kedua orang tua mu. ( tidak kira masih hidup @ telah tiada", nescaya pintu rezekimu akan terbuka buat kamu...
Berdasar Hadith Nabi :
"Tidak akan terputus rezeki sseorang selagi dia tidak meninggalkan doa kepada orang tuanya dalam sehari"
Huraian Hadith:
- Jangan sesekali meninggalkan doa kepada kedua ibubapa (baik yang hidup mahupun yang sudah tiada)
- Allah akan memurahkan rezeki kepada mereka yang tidak putus berdoa kepada ibu bapa (walaupun ada ibu bapa yang leka, doakan mereka agar mereka berubah)
- Ingatlah bahawa keredhaan ibu bapa adalah keredhaan Allah
- Semasa berdoa, berdoalah dengan bersungguh-sungguh, tadah tangan dan bayangkan wajah kedua orang tua kita, termasuk guru-guru kita dan mereka yang banyak menolong kita (ketika berdoa, perlu benar bersungguh-sungguh)
- Mereka yang lupa berdoa kepada orang tua, akan disempitkan rezeki oleh Allah
Kesimpulannya :
- Bagi yang berniaga, tidak perlu ada ilmu pelaris, cuma jangan lupa doakan ibu bapa kita setiap hari
- Rezeki bukan sahaja berupa wang ringgit, tetapi nikmat yang kita dapat Allah. Contonya makanan, kesihatan, kasih sayang, ilmu dan sebagainya...InsyaAllah... berusaha dan bertawakal, rezeki itu bukan kerana ada sijil SPM (kata Azmil Mustapa)...
Mari kita cuba, Allahuakbar...
0 comments:
Post a Comment