Friday 26 August 2011

Fenomena menjelang Akhir Ramadhan

Posted by karmilaillang at Friday, August 26, 2011 0 comments
Assalamualaikum semua, Ramadhan yang ke-26, mungkinkah Lailatulqadar telah berlalu ataupun bakal menanti di malam-malam akhir ramadhan pada tahun ini...Awal dan Penghujungnya biarlah manis....




Dalam sesuatu perlawanan mahupun sukan bolehlah kita mengistiharkan perlawanan sebelum tamat ? Tentu tidak, Oleh itu malulah dengan Allah, ramadhan belum sampai separuh kita sibuk hendak beraya. Kita perlu ingat bahawa Ramadhan itu untuk orang yang menang dalam melawan nafsunya sepanjang bulan ramadhan. Dan jangan jadikan puasa kita seperti 'tebu' tetapi jadikanlah puasa kita seperti 'teh tarik' yang awalnya manis dan akhirnya lebih manis...
by : Dr.Cinta

Friday 19 August 2011

Berani mencintai, berani menikah

Posted by karmilaillang at Friday, August 19, 2011 0 comments



“Jika Anda Berani Mencintai, Anda Juga Harus Berani Menikahi..”

♥ Sedar atau tidak, selama ini kita mudah untuk saling mencintai.. Namun kita sendiri tak berani untuk mengambil langkah yang pasti kan?


♥ Berbeza dengan sepasang kasut yang hanya mempunyai aspek dari segi kiri dan kanan, berkahwin merupakan penyatuan dua manusia, lelaki dan wanita. Dari segi anatomi sahaja sudah tidak sebangun, apatah lagi urusan jiwa dan hatinya. Keserasian, minat dan latar belakang keluarga bukanlah  jaminan segalanya akan lancar..


♥ Kalau kita berani mencintai, sesungguhnya kita sedang belajar untuk bertindak dewasa. Mengapa? Kerana berkahwin adalah proses pendewasaan. Dan untuk memasukinya, diperlukan calon yang kuat dan berani. Berani menghadapi masalah yang akan terjadi dan mempunyai kekuatan untuk mencari jalan keluarnya.


♥ Kedengaran  indah, tetapi kenyataannya? Haruslah ada ‘komunikasi dua arah’, ‘ada kerelaan mendengar kritikan’, ‘ada keikhlasan meminta maaf’, ‘ada ketulusan melupakan kesalahan‘ dan ‘keberanian untuk mengemukakan pendapat’.


♥ Sekali lagi, apakah sudah selesai sampai disini sahaja dalam hal cinta-mencintai kemudian putus di tengah jalan begitu sahaja? Tidak, jangan buat begitu..


♥ Ketika kita memutuskan untuk mencintai, kita harus bersiap-sedia memasuki pintu gerbang cinta yang sebenarnya. Ya, gerbang itu bernama PERNIKAHAN. Pernikahan bukanlah upacara memakai gaun pengantin ala ‘cinderella’, apatah lagi rangkaian kenderaan tetamu jemputan yang mensesakkan jalan.


♥ BERKAHWIN adalah satu sikap dan tindakan yang berani untuk memutuskan berlabuhnya cinta, ketika ribuan kapal pesiaran yang gemerlap memanggil-manggil..


♥ BERKAHWIN adalah proses penggabungan dua orang berkepala batu dalam satu ruangan, dimana mereka akan diuji sejauh mana pembuktian cinta mereka yang sebenarnya.


♥ Kerana MENIKAH adalah proses pengenalan diri sendiri mahupun pasangan kita. Tanpa mengenali diri sendiri, bagaimana kita boleh memahami orang lain?  Tanpa boleh memerhatikan diri sendiri, bagaimana kita boleh memerhatikan pasangan hidup?


♥ Kerana PERKAHWINAN sangat memerlukan keberanian tinggi, toleransi sedalam samudera, serta jiwa besar untuk ‘menerima’ apa yang ada dan apa adanya.



♥•♥ Jika Anda Berani Mencintai ♥•♥
♥•♥ Anda Harus Berani Menikahi ♥•♥
♥•♥ Khususnya Kepada Kaum Lelaki ♥•♥
♥•♥ Jangan Hanya Pandai Menabur Janji ♥•♥
♥•♥ Di Sana dan Sini Banyak Terluka ♥•♥
♥•♥ Akhirnya Memupuk Rasa Sakit Hati ♥•♥


Siapa yang berani mencintai, maka dia harus bersedia untuk menikahi..
Bukankah dengan menikah, mereka akan disejajarkan Rasulullah SAW dengan mujahid fii sabilillah yang dijanjikan akan mendapat pertolongannya!
Kerana kata Baginda, tiga golongan yang mendapat bantuan Allah adalah mereka   yang menikah untuk memelihara kesucian diri, hamba yang hendak membayar kemerdekaan dirinya, dan orang-orang yang berperang di jalan Allah.
~ (HR Ahmad, Turmudzi, an-Nasa’i dan Ibnu Majah)
by : Akhwat Cinta

Andai Ramadhan ini ramadhan terakhir buatku

Posted by karmilaillang at Friday, August 19, 2011 0 comments


Jika Ramadhan Ini Terakhir Buatku,
Maka Selayaknya Aku Merendah Diri Pada Kholiqku,
Pada-Nya Ku Merintih Mengadu Tanpa Malu,
Agar Husnul Khatimah Di Akhir Hidupku.

Apakah Yang Aku Mahu Pada Saat Malam Seperti Itu,
Tiada lain Melainkan Buktikan Kehambaanku Pada Penciptaku,
Menyemai Perasaan Bertuhan Di Sejadah Solatku,
Memohon Munajat Sepuas Hatiku.

Kebaikan Seribu Bulan Yang Dianugerahkan Itu,
Umpama Amalan Rahmat Memenuhi Ruangan Qalbu,
Sudah Ku Dambakan Bertahun-Tahun Yang Lalu,
Mana Mungkin Akan Ku Sia-Siakan Ia Berlalu Sayu.

Ya Allah, Kurniakan Aku Malam Rahmat Penuh Barakah Itu,
Biar Aku Tenang Sampai Masuknya Waktu Subuh Berlalu,
Bersama Hembusan Rahmat Kasih Sayang Melalui Malaikat-Mu,
Menyentuh Jawarihku Yang Kian Merindu...
by : Kamarudin Toyo ---http://kamarudintoyoas-sabahi.blogspot.com

Tuesday 16 August 2011

Ramadhan-16

Posted by karmilaillang at Tuesday, August 16, 2011 0 comments
" Jika ingin meraih bahagia mengapa harus melakukan sesuatu yang membuatmu tidak bahagia..tak selamanya defenisi kebahagian itu harus sama di dalam kamus kehidupan setiap orang, jika ingin kebahagian itu mudah engkau raih, maka jadikanlah hidupmu itu sederhana kerana bahagia ada di 
dalam hati kita, bukan pada diri orang lain "

salam ramadhan semua, hari ni ramadhan masuk hari ke-16, Alhamdulillah yang masih sentiasa  kuat meneruskan ibadat d bulan ini, semakin hari ramadhan kian meninggalkan kita, semakin berkurang jemaah untuk solat terawih dan semakin ramai pulak yang berada di pusat membeli belah. Perkara ini, nampk macam normal tapi hakikatnya pada mereka yang menghargai..bukan bermaksud sambutan syawal tidak di buat.. 0^0..


Friday 12 August 2011

Semanis Senyuman..

Posted by karmilaillang at Friday, August 12, 2011 0 comments

Inilah aq, tika  wajah seperti ini.. pastinya hati ku berbicara duka dengan seribu masalah yang bermain di fikiran, senyum itu pasti walau apa pun yang berlaku, suka duka sedih gundah lebih-lebih lg kalau bergambar.Senyuman yang terpancar pada setiap wajah ku mampu memberikan seribu persepsi bagi orang yang memahaminya. ku ingat lagi tarikh gambar ini di ambil, di saat hatiku sedang gundah memikirkan apa yang perlu ku lakukan seterusnya.

adakah aq perlu terus di sini atau sebaliknya, langkah ku penting untuk menentukan masa hadapan yang bakal aq hadapi. namun aq tidak seteguh karang di lautan, yang mampu bertahan di kala ombak menghempasnya tidak pernah goyah walau sedikit pun. oh Tuhan ku mohon kekuatan dariMu agar aq mampu meneruskan kehidupan yang ku rasakan baru bermula tika ini.

benar dikatakan masalah yang kita hadapi mampu mematangkan kita, namun sejauh mana masalah itu mampu membuat kita berubah menjadi yang lebih baik. mungkin mampu mematangkan kita namun tidak semua masalah itu kita mampu tinggalkan untuk tidak menemuinya lagi..

Ramadhan-12

Posted by karmilaillang at Friday, August 12, 2011 0 comments
assalamualaikum, pa khbr pagi ini, ramadhan masuk hr ke 12 hr ni. Apa khbr iman kita sehingga hr ni? sekejap lg ramadhan bakal melabuh kan tirainya.. adakah telah cukup bekalan yang kita bawa untuk menanti ramadhan akan datang ataupun ramadhan kali ini adalah ramadhan yang terakhir buat kita." inilah ayat yg aq suka ckp sejak akhir2 ni, adakah kali ini adalah ramadhan yang terakhir buat aq?" tak pelik mungkin, meningati mati itu indah di kala kita masih di beri kesempatan untuk beramal. tapi kadang-kadang kita takut sebab pahala yang kita bawa mungkin belum mampu menandingi dosa yang kita lakukan..

harapan ku cuma satu, di kesempatan ini aq mampu untuk beramal sebanyak mana yang aq mampu dan di beri peluang untuk merasa ramadhan akan datang. ku berharap agar semua doa yang ku pohon di makbulkan InsyAllah..aq yakin apa yang berlaku hari pasti ada hikmah yang tersembunyi buat ku dan masa hadapan.

Kisah iklan di TV....

Posted by karmilaillang at Friday, August 12, 2011 0 comments

Kebenaran Di Sebalik Penipuan Dan Kebetulan Iklan Hari Raya TV3 2010

Iklan-iklan Aidilfitri yang dipaparkan oleh sebuah saluran televisyen terkemuka Malaysia, TV3 setiap kali mendapat sambutan hangat dan komen yang memberangsangkan oleh para penonton dari segi kualiti dan mesej yang disampaikan selain daripada iklan yang dikeluarkan oleh Petronas. Hinggakan ada yang tertunggu-tunggu di kaca televisyen setiap kali musim perayaan hampir tiba semata-mata untuk menunggu iklan-iklan ini disiarkan. Namun Iklan Aidilfitri 2010 tampil dengan membawakan 1001 kelainan. Apakah yang lainnya? sila lihat sendiri videonya di link ini:

http://www.youtube.com/watch?v=YKN5jW8WJ9Y



Di sini ada beberapa ulasan tentang iklan yang dipaparkan. Sama ada pembaca-pembaca yang bijak sekalian hendak mempercayainya atau tidak, terpulang.






Scene 1 - Budak Lelaki Melayu sedang menilik-nilik sebuah buku bergambar di malam yang gelap dalam sebuah pondok buruk beratapkan rumbia dengan bertemankan sebiji mentol. Terdapat sebuah sangkar burung yang tergantung di sebelah kanan tingkap yang terbuka.

1.Budak Lelaki Melayu - Orang Melayu
2.Buku - Bible
3.Pondok Buruk Beratap Rumbia - Kemiskinan
4.Malam Yang Gelap - Islam yang mundur
5.Mentol Lampu - Pencerahan (Illumination) - Lucifer@Iblis
6.Sangkar Burung - Simbol manusia yang terkurung dan terkongkong dengan ajaran ISLAM
7.Tingkap Terbuka - Jalan keluar dari kemiskinan dan kemunduran







Scene 2 - Close up sehelai mukasurat yang mempunyai gambar sebuah beca bewarna merah dengan berlatarbelakangkan sebuah pokok Krismas dan North Star (Bintang Utara), menutup sehelai mukasurat lain bertulisan JAWI yang diterbalikkan (inverted).

1.Mukasurat Bergambar - Bible (Christianity)
2.Mukasurat Jawi terbalik - Al-Quran yang dihinakan
3.Beca Merah - Samaran untuk kenderaan Santa Claus

4.North Star - Bintang Kelahiran Horus (Dajjal)
5. Pokok Krismas - Simbol Paganism





Scene 3 - Keluarnya bintang-bintang kecil beraura yang membawa cahaya dari gambar beca. Budak Melayu delighted (kagum dan gembira). Bintang-bintang berterbangan keluar dari tingkap rumah buruk lalu membentuk sebuah beca merah berlampu lip-lap dengan seorang lelaki separuh abad yang memakai songkok (bukan ketayap) putih dan berambut putih. Lelaki separuh abad mempelawa budak Melayu untuk bersama-sama menaiki beca merah dan seterusnya meninggalkan pondok buruk.

1.Bintang-bintang kecil beraura - Keajaiban, kekayaan, kemahsyuran, kemodenan etc.
2.Lelaki Rambut Putih Dan Bersongkok Putih - POPE - Ketua Agama Kristian
3.Pelawaan Menaiki Beca - Pelawaan Masuk Kristian

Scene 4 - Budak Lelaki Melayu dengan seorang Budak Perempuan Melayu masuk ke dalam beca dan terus duduk bersandar. (Scene ini memaparkan kejayaan memurtadkan (merosakkan) Bangsa Melayu)

1.Budak Lelaki Dan Budak Perempuan Melayu - Bangsa Melayu.

Scene 5 - Beca terbang ke Pulau Pinang, Teluk Intan, dan Kuala Lumpur. Tempat-tempat ini bercahaya dan bersinar (illuminated) dengan kehadiran beca merah.

1.Pulau Pinang - Tempat Illuminati mula bertapak (Francis Light)
2.Teluk Intan, Hilir Perak (Anson) - Ada Illuminati Lodge kat sini. Rotary club pun bersepah.
3.Kuala Lumpur - Malaysian Illuminati punya capital.

Scene 6 - Tiba-tiba ada satu pasangan tambahan budak lelaki/perempuan melayu dalam beca.

1.Pasangan Melayu Extra - Murtad dan kerosakan makin berkembang dan mendapat sambutan

Scene 7 - Beca berhenti depan unit kondo. Satu pasangan budak Melayu lagi diorang pickup. Budak Melayu Kampung gembira sampai bercahaya-cahaya mukanya.

1. Kondo - Bandar/Middle Class. Budak kampung dah diterima oleh orang bandar. Masuk Kristian adalah cool, urban, modern dsbnya.




Cuba perhatikan, mengapa perlu ada awan yang 'menyalib' setiap menara masjid ini? Kebetulan jugakah ini? Atau memang di setiap menara-menara mana-mana masjid terdapat awan seperti ini?




Apa sebab perlu dipaparkan teratai dalam iklan Aidilfitri sedangkan banyak lagi bunga yang boleh disiarkan. Teratai ini mempunyai bahan yang menyala (pelita) di tengahnya seolah-olah teratai Buddha ketika melakukan upacara keagamaan mereka.




Mungkin gambar ini kelihatan biasa bagi sesiapa yang tidak menyedari tapi secara kebetulan atau tidak, inilah hasil penelitian yang diperoleh..




Rasanya semua sudah makruf tentang bintang 6 bucu yang terpapar bukan? Masya Allah.. Anda punya akal, nilailah kesemua ini dengan akal bijak anda..

Mungkinkah semua ini adalah kebetulan? Banyakkan membaca tentang agenda kafir laknatullah terhadap umat Islam memandangkan iklan ini berkaitan dengan perayaan umat Islam. Ingatlah, Allah berfirman dalam al-Quran: "Tidak akan pernah redha orang2 Yahudi dan Nasrani kerhadap kamu sehingga kamu menuruti telunjuk mereka" (2:120).



p/s: Untuk makluman, TV3 telah pun menarik iklan raya ini pada malam semalam dengan memaklumkan penarikan itu melalui Buletin Utama malam semalam (5 September 2010). Di harapkan perkara sebegini tidak akan berlaku lagi di masa akan datang. Insya-Allah.

Monday 8 August 2011

Belajar untuk memahami

Posted by karmilaillang at Monday, August 08, 2011 0 comments


Assalamualaikum, salam ramadhan semua...
Bila kita belajar untuk memahami erti kehidupan, banyak yang perlu kita fahami, kenapa begini, kenapa begitu.. kadang terkejut jugak... tapi namanya jugak kehidupan. kita cuma perlu belajar untuk menghadapinya. Apa yang berlaku dengan kita pasti ada hikmah di sebaliknya

selain kehidupan, kita jugak perlu memahami keadaan orang yang berada di sekitar kita. ada yang cerewet, ada yang selamba badak jak. Macam aku ni, tidaklah serumit yang disangkakan tp tidaklah jugak poyo bebanar hehehe, tp kadang tue kita perlu belajar untuk merumitkan keadaan agar kita mampu untuk mendapatkan yang terbaik, ceng..





Monday 1 August 2011

Cuma dalam 2 nafas

Posted by karmilaillang at Monday, August 01, 2011 0 comments


Subbahanallah.......


"HIDUP KITA CUMA DI DALAM 3 HARI:
Semalam ~ Sudah menjadi sejarah.
Hari Ini ~ Apa yang sedang Kita lakukan.
Esok ~ Hari yang belum pasti.

Hisablah Hari pertama semoga Hari yang kedua
Kita lebih baik kerana mungkin ajal Kita pada Hari yang kedua.

HIDUP CUMA DALAM 2 NAFAS:
Nafas Naik.
Nafas Turun.

Hargailah Nafas yang naik kerana udara yang disedut
Adalah pemberian Allah secara percuma Dan
Carilah keredhaan~Nya dalam menggunakannya.

Bertaubatlah dalam Nafas yang kedua kerana mungkin itu
Nafas yang terakhir keluar dari tubuh bersama
Nyawa Dan roh untuk meninggalkan dunia yang fana ini.

HIDUP CUMA ADA 2 PILIHAN :
Hidup dalam keredhaan Allah.
Hidup dalam kemurkaan Allah.

HIDUP YANG ABADI CUMA ADA 2 TEMPAT :
Kekal di dalam neraka.
Kekal di dalam syurga.

Ingatlah kecelakaan neraka itu amat mengerikan
Dan Kita hanya diyakinkan oleh keyakinan Kita kepada rukun IMAN.
Rukun Iman itu pula Ada 6 Dan apabila
Hilang salah satu daripadanya maka hilanglah IA.

Kelazatan Dan kesejahteraan syurga itu maha HEBAT.
Tidak terduga oleh fikiran Kita Dan untuk mendapatkannya
Terjemahkan rukun ISLAM yang 5 itu
Dan puncaknya adalah SOLAT .. . Amat sukar untuk dipercayai
Bagi yang ingin ke SYURGA tetapi tidak bersolat,
Umpama seorang yang mahu menaiki kapal terbang,
Tetapi tidak mempunyai boarding pass.

Dan
mereka yang sengaja melalaikan solat,
Umpama mengeposkan sepucuk surat tanpa melekatkan setem .. .
Apabila ditanya bagaimana surat itu akan sampai
Pada penerimanya .. . Lalu dia pun berkata
Setemnya akan dihantar kemudian.

Ada 2 penyelesaian dalam kes ini :
Dia mungkin didenda .. . Atau, suratnya masuk tong sampah.

Oleh itu, tidakkah Kita semestinya bersyukur
Atas segala nikmat yang Allah kurniakan kepada Kita .. .
Sekurang-kurangnya Allah telah memberi udara
Secara percuma untuk Kita berzikir mengingati~Nya
Setiap detik Dan ketika, hinggalah Kita kembali
Kepada Allah dalam keadaan jiwa yang tenang .. .
Lalu masuk ke dalam syurga dalam keadaan
Kita redha Dan Allah meredhai.

Semoga Kita semua berbahagia + sejahtera senantiasa
.. . Di dunia jua di akhirat kelak serta
Di dalam rahmat Allah s.w.t.


Ramadhan Kareem

Posted by karmilaillang at Monday, August 01, 2011 0 comments
Assalamualaikum....




Pejam celik, pejam celik tup2 da pun 1 ogos 2011 bersamaan 1 ramadhan 1432H pada tahun ini, ramadhan yang mulia kembali lagi, aku sangat bersyukur kerana masih berkesempatan bertemu dengan ramadhan yang paling di rindui oleh semua muslimin dan muslimat... bulan ramadhan ni best, bulan ini lah bulan yang buat perut kita berehat, selama 11 bulan beroperasi tanpa henti, selain banyak kelebihan pada setiap malamnya, pahala yang kita buat InsyaAllah berlipat kali ganda ganjarannya. yang paling penting tiada syaitan mahupun hantu.. sebab mahkluk Allah ni, di rantai di ikat. betapa mulia bulan ramadhan..

Diri ku berharap, agar setiap hari-hari dalam bulan ramadhan akan ku lalui dengan sebaik mungkin, agar menjadi ramadhan yang terbaik bagi diriku dan juga umat islam semua. Ajal maut di tangan Allah taala', siapa kita untuk menafikannya tidak akan lewat walau sesaat pun, jadi marilah kita memanfaatkan ramadhan kali ni, sebagai ramadhan terakhir buat kita....

Dan kita pasti ingat,puasa puasa jugk aurat mesti jaga, terawih terawih jugak solat 5 waktu mesti jaga. belajarlah memulakan sesuatu yang baik pada bulan ini, andai 30 hari kita lakukan dengan baik, InsyaAllah... ini lah permulaan yang baik bagi bulan2 yang akan datang.PEACE.....

SELAMAT MENUNAIKAN IBADAH PUASA, MUDAH-MUDAHAN AMALAN KITA DI TERIMA ALLAH S.W.T. MAAF ZAHIR BATIN


ulang tahun Ku...

Posted by karmilaillang at Monday, August 01, 2011 3 comments
Alhamdulillah, baru jak lepas ulang tahun yang ke 25 untuk ku... hanya satu ku pinta agar rezeki ku di murahkan oleh Allah s.w.t. kata- kata buat diri sendiri "selamat ulang tahun mil, semoga d panjgkan umur , d murahkan rezeki dan d percepatkan apa yang patut. hehehhe


kepada semua sahabat andai, yang wish.. thanks so much..sebab ingat, banyak member yang lahir bulan julai. Orang yang lahir bulan julai ni, istimewa ckit.....konon, semua bulan kelahiran pun istimewa. 




Hadiah paling best tahun ni, dapat hanphone touch skrin ok, sapa mau bagi....alhamdulillah, minta hadiah jugk ni orang yang bagi hadiah ni, ketahuan mahunya ehheheh, apapun terima kasih bnyk-bnyk, mcm ndak lanyak pulak pakai handphone mahal ni, namanya jugk hadiah jgn cerewet.... di bagi handphone, minta kereta."ndak besyukur betol lah awak ni"


semoga di panjangkan umur untuk ulang tahun kelahiran pada tahun hadapan, semoga hari-hari yang mendatang lebih baik dari sebelumnya, terima kasih Ya Allah kerana masih menginzinkan ku menyedut udara Mu.
 

Anugerah Cinta Copyright © 2012 Design by Asrarqulub Arts Asrarqulub Arts