Tuesday 12 August 2014

Salam Aidilfitri

Posted by karmilaillang at Tuesday, August 12, 2014 0 comments

dari kami .......beradik-beradik 


Jangan lupa puasa 6 ya kawan-kawan

Friday 18 July 2014

Mencari Damai Abadi

Posted by karmilaillang at Friday, July 18, 2014 0 comments

Ya Allah yg mengurniakan 10 mlm terakhir Ramadhan kepada kami..
Tunjukkan lah jalan yg sebenar..
Makbulkanlah doa org yang teraniaya..
Sedarkanlah para pendosa..
Dan kurniakanlah kebahagiaan sesuai dgn kehendakMu..
Kerana hanya Kau yg mengetahui..
Jika ini Ramadhan terakhirku..

Salam Takziah

Posted by karmilaillang at Friday, July 18, 2014 0 comments


MH17. 


Antara dugaan dan ujian. 

Antara kesalahan insan dan peringatan Tuhan.

Salam takziah.

Sekali lagi Malaysia diselubung duka...Al-fatihah

Kerana Mulut Badan Binasa

Posted by karmilaillang at Friday, July 18, 2014 0 comments
Isu Kiki. 

Ketika memandu kita jarang sekali dapat mengawal emosi dengan baik. Berapa ramai yang boleh mengawal mulut dan hati dari mencarut serta mengeji tatkala memandu? 

Si Polan memandu tanpa signal, kena maki. Si Polan memandu perlahan, kena keji. Si Polan memandu kereta tua asap hitam pekat, kena perli. Walaupun mungkin kita cuma sibuk jeling dan maki dalam kereta sendiri. Emosi tetap emosi.

Pemandu dan emosi; berpisah tiada.

Begitu juga dalam isu Kiki. Mungkin dia terlalu penat, tertekan atau baru sahaja diuji dengan ujian yang lain hingga gagal mengawal emosi tatkala ujian bertimpa lagi.

Benar video tersebut amat memalukan dan menjengkelkan. Siapa sahaja yang menontonnya akan terkedu dan terpaku melihat adab yang biadab.

Tetapi jalan terbaik buat semua adalah saling muhasabah, itu pengajaran buat kita agar tidak melakukan kesalahan yang seumpama. Bukan bahan untuk dikeji selama-lama.

Mereka pun sudah saling bermaafan. Kedua-duanya akur dengan khilaf sendiri. Saya percaya Kiki sudah mendapat bahana aib yang dahsyat akibat tingkah yang biadab. Janganlah kita pula menternak dosa atas dosa orang lain.

Siapa kita mahu menghukum? Kita juga manusia pendosa. Cuma mungkin aib masih terjaga, tidak terbuka hijabnya.

Berhentilah mengeji. Kiki sudah dapat pengajaran sendiri. Jangan dipijak harga dirinya, dia juga manusia biasa, tidak sunyi dari dosa.

"Sesiapa yang membela harga diri saudaranya yang muslim, nescaya Allah swt menjaga wajahnya dari neraka pada hari kiamat" (Hadis Riwayat At-Tirmidzi).


bieb-

Monday 14 July 2014

Surat Cinta Untuk Israel

Posted by karmilaillang at Monday, July 14, 2014 0 comments


Surat Cinta Untuk Israel

Anak-anak yang sedang kaudodoikan ketika ini 
dengan bedilan yang mencarik tulang dan daging
kelak dewasa bersama cinta di hujung senjata
yang berlumur darah tak pernah kering
dan luka yang tak mungkin sembuh.

Nanti mereka datang ke anjung kediamanmu
yang kaurampas dari nenek moyang mereka
membawa sekuntum mawar di tangan
tapi seribu mortar tersembunyi di dada.

Kemudian mereka pulangkan semula
kenangan ngeri yang pernah kautinggalkan
di rumah mereka bertahun-tahun dahulu
sebagai ganti keadilan yang telah lama mati.

Sungguh mudah kau menuduh mereka teroris
pengganas yang konon tak kenal erti kemanusiaan
padahal benci mereka bukanlah dendam melulu
sekadar mahu mengingatkan seluruh sejagat
pada hutang sejarah yang kau enggan bayar.

Sebenarnya dunia ini penuh cinta
kau sengaja memilih benih sengketa
kerana tanah tempatmu menanam
bukan kebun milikmu sendiri.

13 Julai 2014
Rumah Pangi - Dr. Rem

Thursday 15 May 2014

Cerita tentang guru lagi......menjelang hari guru

Posted by karmilaillang at Thursday, May 15, 2014 0 comments



PBS. Pentaksiran Berasaskan Sekolah. Sistem ini telah dicanangkan dengan cantik oleh pihak kementerian. Tetapi pengisian dan pelaksanaannya amat bermasalah. Kelam kabut. Seolah kita tidak mengkaji dengan teliti sebelum membuat keputusan untuk mengaplikasikannya.

Seribu satu keluhan dan kemarahan disuarakan oleh guru-guru. Bukan kerana tidak mahu melaksanakan kerja. Tetapi kerana kepincangan PBS itu sendiri yang akan memberi kesan kepada sekolah, anak-anak dan ibu bapa. Maka, semua pihak perlu ambil peduli. Hal ini melibatkan masa depan anak-anak kita.

Pembinaan instrumen. Tidak wujud keseragaman. Instrumen dibina oleh guru berdasarkan deskriptor yang ditetapkan. Kualiti instrumen tidak terjamin. Kesahan dan kebolehpercayaan soalan penilaian amat rendah. Malah guru-guru boleh membeli instrumen yang sudah sedia ada di pasaran. Pihak kementerian tidak memantau pun instrumen yang digunakan. Murid-murid mungkin boleh membeli instrumen yang digunakan oleh guru di mana-mana kedai buku. Soalan pentaksiran juga boleh dijangka oleh murid. Panduan dokumen standard yang wajib dinilai oleh guru boleh diakses sesiapa sahaja. Murid boleh mengagak soalan yang akan dinilai berdasarkan dokumen terbabit.

Pentaksir. Guru-guru menjadi pentaksir atau penilai sepenuhnya terhadap murid. Masalah timbul apabila guru bukan opsyen terpaksa mengajar sesuatu subjek dan terpaksa menaksir murid tersebut. Contohnya, Cikgu beropsyen Sejarah yang terpaksa mengajar Geografi diminta mentaksir murid bagi subjek Geografi. Maka, keraguan terhadap pentaksiran oleh guru terbabit mungkin timbul kerana guru tersebut bukan 'ahli' atau bukan 'pakar' dalam subjek terbabit. Ini ditambah lagi dengan bilangan guru yang tidak mencukupi, sehingga terdapat guru yang terpaksa menaksir ratusan murid dalam satu-satu masa bagi satu-satu subjek.

Sistem. SPPBS amat bermasalah. Sekiranya sistem atas talian ini diakses oleh ramai guru, sistem ini akan menjadi sangat perlahan dan 'pening'. Data yang diisi hilang atau perlu direkod berulang kali. Sistem juga sering tidak dapat ditembusi. Guru-guru berjaga malam dan berusaha memasuki sistem tanpa mengira masa. Rekod penilaian dan pencapaian yang hendak diisi dalam sistem atas talian ini sangat banyak, melibatkan ratusan atau ribuan murid bagi pelbagai subjek. Contohnya, seorang guru yang mengajar 9 kelas dengan purata 35 orang murid setiap kelas perlu memasukkan pencapaian 315 murid dalam satu-satu masa. Pencapaian pula perlu diisi sepanjang tahun; berkali-kali.

Dokumentasi. Guru dikehendaki mengisi bukti kerja murid ke dalam fail dan mengemaskini pada setiap masa. Masukkan pertaksiran terkini dan terbaik ke dalam fail murid, keluarkan pentaksiran yang lama; proses ini dilakukan bagi setiap murid untuk setiap subjek. Proses ini berjalan sepanjang tahun. Mesyuarat PBS juga wajib dijalankan hampir setiap bulan, disertai dengan minit, jadual pengoperasian, dan lain-lain. Sukatan perlu dihabiskan. PBS wajib dijalankan. Maka yang lelah adalah guru dan murid.

Kekeliruan maklumat. Pelbagai pihak memberi maklumat yang berbeza. Contohnya, jurulatih A menyatakan A. Jurulatih B pula memberi penerangan berbeza. Perbezaan pendapat dalam pembinaan instrumen, cara pengujian murid, dokumentasi, sistem pentaksiran sering berlaku. Sehingga guru sebagai pelaksana pening lalat, mazhab mana yang perlu dipegang dalam pelaksanaan PBS ini. Sini kata lain. Sana kata lain. Mangsa? Guru dan murid.

Banyak lagi masalah dan kelompongan dalam pelaksanaan PBS ini. Sukar untuk dijelaskan terperinci lewat status ini. Saya memuji keprihatinan serta semangat pihak kementerian dalam melakukan transformasi. Tetapi pelaksanaannya sangat caca merba. Seolah ini adalah sistem tergesa-gesa. Sistem yang kurang penyelidikan barangkali dan dieksperimenkan kepada murid. Cantik di atas kertas sahaja. Indah khabar dari rupa.

Semoga kemelut berkaitan PBS akan dapat diselesaikan dengan baik.

PBS; sudah cukup cukup sudah!


by : Some One :)

Wednesday 14 May 2014

Menjelang Hari Guru ......

Posted by karmilaillang at Wednesday, May 14, 2014 0 comments
beberapa saat lalu
PENDIDIKAN MALAYSIA: Sebuah Tragedi

(Ucapan YDP PIBG yang menyentuh hati.......)

" .......negara Jepun yang tewas dalam perang dunia kedua, bangkit menjadi negara maju dalam masa singkat. Begitu juga Korea yang musnah kerana perang saudara juga bangun dan telah mengalahkan Jepun dalam beberapa aspek! Negara kita Malaysia...masih terkial-kial mencari identiti dan solusi khasnya terhadap bidang pendidikan! ........"

Aku fikir ada benarnya! Selepas merdeka ada sekolah aliran Inggeris, sekolah tersebut dihapuskan dan dijadikan sekolah aliran Bahasa Kebangsaan, kerana konon hendak mertabatkan Bahasa Melayu. Kemudian tukar pula Matematik Sains dalam Bahasa Inggeris (PPSMI), kerana alasan istilah Sains banyak dalam Bahasa Inggeris.

Kemudian dihentikan PPSMI, tukar pulak MBMMBI, import guru dari India ajar Bahasa Inggeris. Sebelum tu panggil Peacecorps dari USA ajar BI. Apa yang berlaku dalam masa dua bulan, bukan murid kita yang mahir BI, tetapi Mat Saleh tu yang pandai cakap Melayu! 

Tukar menteri, maka bertukarlah polisi! Nama kementerian pun telah bertukar beberapa kali. Mula Kementerian Pelajaran, lepas tu tukar Kementerian Pendidikan, lepas tu tukar Kementerian Pelajaran semula! Yang terkini tukar balik kepada Kementerian Pendidikan! Banyaknya ringgit yang dibelanjakan untuk menukar2 tu tak dapatlah nak dihitung!

Dulu diperkenal 6 anjakan pendidikan, bagai nak rak guru2 diarah menghafal setiap ayat. Kemudian tukar menteri baru, kena hafal pulak 5 polisi baru. Sekarang ada pulak PPPM, diarah hafal pulak 3 gelombang, 5 aspirasi perubahan, 6 aspirasi murid, 11 anjakan dan macam2 lagi. 

Ironinya bidang pendidikan negara semakin merudum! Sistem pentaksiran pula ditukar konon tidak mahu fokus kepada akademik semata2, tambah 3 lagi aspek pentaksiran. Sistem komputer pulak yang sepatutnya mempercepatkan proses menjadi lambat hingga guru2 terpaksa berjaga ke 3 pagi. Kisah guru bangun jam 3 pagi ini telah menjadi bahan ketawa rakan2 guru dari negara jiran......

Yang menyentuh hati ialah...hingga kini...kita masih terkial2 mencari identiti dan solusi! Sedang negara jiran yang dulunya mundur, kini telah jauh di hadapan. Vietnam umpamanya, ibarat pelari yang berjaya memintas laju tanpa menoleh lagi ke belakang!

Produk pendidikan kita juga terkial2 tidak menjadi.....murid2 semakin tidak beradab, ajaran agama makin terpinggir daripada hidup mereka. Di sekolah, masalah2 disiplin tidak berubah, bahkan semakin bertambah kronik! Peraturan2 disiplin sekolah masih menggunapakai pekeliling tahun 50-an. Kalau diubahpun, ia diubah kepada yang lebih teruk dan tidak membantu membuat penambahbaikan.

Agaknya sistem pendidikan kita terlalu di'politik'kan serta di'business'kan. Bila politik dan business mencampuri sebarang urusan, maka akan punah-ranahlah urusan itu! Ini kerana politik dan business lebih menjurus kpd kepentingan diri, parti, kroni dan kompeni! 

Perlantikan org2 yg diamanahkan memegang kuasa akhirnya dipilih lebih berdasar kepada kroni berbanding kompetensi! Maka kuasa diguna semahunya utk menjaga kepentingan politik dan business tadi mengakibatkan berlaku side-effects yang memudhoratkan!

Bukan dari saya tapi amat bermakna untuk direnungkan. Tolong sampaikan aje. Bukan utk didebatkan tapi untuk membuka minda kita...




Monday 12 May 2014

Seorang Ibu

Posted by karmilaillang at Monday, May 12, 2014 0 comments

Sebab itu, hari-hari pastinya Hari Ibu, bukan d sambut setahun sekali.. =) cukupla sekadar gambar


Terima Kasih ...

Tuesday 6 May 2014

Nilai...

Posted by karmilaillang at Tuesday, May 06, 2014 0 comments
i
Pertanyaan tipikal: Kalau kau tiada keluarga, nanti sudah tua siapa mau jaga?

Sebenarnya, ayat tanya itu tiada masalah. Nadanya hampir maksum, maksudnya pun suci. Tetapi premis di mana soalan itu diolah mengandungi unsur keraguan yang tinggi. Kenapa? Sebab ia disoal oleh si penanya dengan andaian: "Oh, aku sudah beranak pinak. Mesti hari-hari tuaku akan terjamin." 

Itu satu perspektif yang khilaf, dan sangat perlu dinilai semula. 

ii
Memang betul, keluarga adalah kekayaan paling berharga. Tetapi ia jarang dicari dan dikumpul oleh manusia. Kenapa? Kerana kita selalu tersihir dengan pesona dunia materi. Hingga kita hilang masa untuk mencipta harta daripada nilai-nilai kekeluargaan.

Sukacita saya mahu beri peringatan. Katakunci dalam ayat di atas adalah 'nilai' (dalaman), bukan 'kekeluargaan' (fizikal). Kita tidak mendapat 'keluarga' hanya kerana seseorang itu lahir daripada ibubapa yang sama. Atau kerana kita jatuh cinta padanya, lalu mengambil keputusan untuk berkahwin.

Kekeluargaan sejati itu terletak pada 'nilai'. Bukan hanya ikatan berciri luaran. Ia tidak terbina secara automatik semata-mata atas dasar perkahwinan atau persamaan darah daging. Keluarga yang sebenar-benarnya menuntut lebih daripada itu. Sekadar berkongsi genetik, atau sebab kita menghadiahkan ovum/sperma yang halal kepada seseorang: itu bukan jaminan mutlak kita sudah mendapat satu ‘keluarga’.

Nilai kekeluargaan boleh dibina dengan pelbagai bentuk dan cara lain.

iii
Pertanyaan tipikal lagi: Kau bila mau kahwin? Siapa mau jaga kalau sudah tua?

Pertama, siapa bagi jaminan bahawa kita semua akan sempat tua? Of course, we always pray for the best. Sentiasa memohon usia dipanjangkan, dan umur diberkati. Tetapi hanya Tuhan yang maha tahu apa takdir di hadapan. If He wishes, He can take us at the young age. So, why should we get overly obsessed in strategising who is going to look after us when we become old and schizophrenia? We may not even need it, in the first place.

Kedua, ikhlaskan diri dalam membina keluarga. Bukan dengan niat mahu bikin anak seramai mungkin, supaya kelak mereka boleh bergilir-gilir pelihara kita pada hari-hari tua. Who knows: you may outlive them all. Atau mungkin mereka semua akan berkahwin dengan orang Arab, lalu berhijrah ke Tabuk; dan hanya pulang ke tanahair sekali dalam setiap tiga tahun. 

Tuhan adalah penjaga terbaik manusia. Jika Dia mengkehendaki, Dia boleh datangkan sesiapa saja sebagai penjaga (termasuk anak Bangla dari Lautan Hindi yang hanyut ke pantai Sabandar selepas tongkangnya pecah). Begitu juga, jika bukan atas rahmat dan izin-Nya, darah daging sendiri pun boleh buang ibubapa.

iv
Pun begitu.

Sebenarnya mencipta peluang dan menyimpan harapan (dalam konteks ini merujuk pada usaha; bercinta, berkahwin dan beranak-pinak): itu tidak salah. Kita semua memang patut ikhtiarkan sesuatu pada masa sekarang, supaya nanti ada sandaran pada masa depan. 

Tetapi jangan terlalu yakin dan taksub pada perancangan sendiri. Sampai gigih sangat mahu menghakimi orang lain dengan membanding-bandingkan piawai hidup yang dipilih sendiri. Keyakinan begitu yang patut dihindari. Sila percaya ini. Kerana sifat-Nya yang kaya tanpa batasan, Tuhan ada strategi yang unik untuk setiap satu ciptaan-Nya. Justeru, tidak perlu dikepohkan sangat kenapa takdir setiap manusia berbeza-beza. 

Saya tahu nada ayat di atas itu sangat Ustazah Wardina dan Ustazah Abby Abadi. Tapi apa salahnya mengulang-ulang sesuatu yang sudah klise, selagi mana ia masih relevan untuk dijadikan refleksi, kan?

iv
Pertanyaan-pertanyaan tipikal selepas ini harus diubah kepada begini:

Kau ini belum-belum mau kahwin, nanti sudah tua kalau tiada anak siapa mau jaga?

Kemudian tambah: Mari saya pinjamkan rahim isteri saya untuk kau buat anak

 [Nota: jika si penanya adalah lelaki].

Atau, begini: Mari saya pinjamkan rahim saya sendiri untuk buat anak. Saya pun sebenarnya sudah lama mengidam sperma segar awak yang masih belum pernah tumpah sampai sekarang

[Nota: jika si penanya adalah perempuan].

Secara peribadi, saya fikir pertanyaan tipikal bentuk baharu di atas berciri lebih positif dan konstruktif. Sebab selain membangkitkan isu dan masalah, ia juga memberi cadangan penyelesaian yang amat praktikal.


 

by : Dr. Rem

Bersangka baik

Posted by karmilaillang at Tuesday, May 06, 2014 0 comments
 
Sesungguhnya,
Dia memberikan kepada kita apa yang kita perlukan, sekalipun kita sering meminta apa yang kita mahukan.

Wednesday 19 February 2014

Azimat.....

Posted by karmilaillang at Wednesday, February 19, 2014 0 comments

Azimat buat diri ku yg bergeLar "Guru" 

Bila kita mengajar, ajarlah dengan hati, walaupun yang diajar tiada hatinya belajar

Bila kita mengajar, ajarlah dengan rasa tanggungjawab, walaupun yang diajar tiada menjawab

Bila kita mengajar, ajarlah dengan intergriti, walaupun yang diajar meninggi diri..

Ya ALLAH.... SeMOGa diri ini mamPu MenJadi Guru yg Bersifat "Murabbi"


MuhaSabaH Diri ....

cikgu..
berkualitikah kita?
ramai sedang berkata-kata, ke manakah hilangnya kualiti ?

Cikgu
Bagaimana kita menilai?
perlukah kita mengorbankan kualiti hanya untuk menjaga nama?

Cikgu
kita dikatakan telah membunuh beribu murid
hanya kerana pengajaran yang tak berkesan?

Cikgu
kalau kita buat 30 slide untuk mengajar, kita bukan pengajar berkesan
bagi aje pelajar kita membaca kalau begitu

Cikgu
kita seperti belon, hari ini besar dan cantik
tapi esoknya "kempis" kalau tak ditiup setiap hari 
namun jika masih "kempis" maka eloklah dibuang
 

Anugerah Cinta Copyright © 2012 Design by Asrarqulub Arts Asrarqulub Arts