Monday 22 July 2013

Ramadhan 13

Posted by karmilaillang at Monday, July 22, 2013 0 comments
Ramadhan ke 11. 

In my life,
I dont have everything.
I just own something.
It's better than have nothing, rite:)

Wednesday 10 July 2013

ini masalah....

Posted by karmilaillang at Wednesday, July 10, 2013 0 comments
 
Sesuatu yang hitam boleh jadi putih. Bergantung kepada persepsi diri. Minda kita dikawal oleh persepsi. Ada yang melihat masalah sebagai ujian. Ada yang melihat masalah sebagai bebanan. Itu juga persepsi.

"Aku tak boleh buatlah kerja tu. Susah! Mustahil boleh buat."

"Apa dia cakap tu. Macam bodoh je. Mengarut. Menyampah nak dengar!"

"Kau tak payahlah bajet rajin. Baca buku. Bukan boleh dapat A pun!"

Bla. Bla. Bla. Itu contoh kata-kata orang yang sentiasa berpersepsi negatif. Cakaplah apa-apa sahaja, semua perkara dipusingnya menjadi negatif. Tidak ada yang baik melainkan buruk-buruk belaka.

Saya rimas dengan orang yang negatif. Serius rimas.

Ya, masalah memang membebankan. Tapi kalau otak asyik fikir negatif, masalah tidak selesai pun. Merungut itu boleh sahaja tapi janganlah diamal setiap masa. Kehidupan ditangani dengan langkah dan tingkah, bukan keluhan yang tak sudah.

Tidaklah salah berkeluh kesah, itu lumrah. Tetapi andai setiap masa merungut sahaja, itu masalah.


Tuesday 9 July 2013

Bila cerita tentang bola...... - kata Dia

Posted by karmilaillang at Tuesday, July 09, 2013 0 comments
 
Saya suka makan budu. Sedap. Sesekali rindu juga bersarapan dengan nasi bungkus di Kelantan. Cuci mata di Pasar Khadijah atau Wakaf Che Yeh. Rantau Panjang pun seronok. Yang nyata, Kelantan tidak perlu bangunan tinggi untuk mempamerkan keindahan negeri.

Berkunjung ke Johor juga mengujakan. Menghabiskan masa di Danga Bay adalah antara perkara yang tidak akan saya siakan. Menghayati keindahan laut dan teluk. Damai.

Rakan-rakan dari Kelantan dan Johor juga baik-baik belaka. Manis, cantik dan kacak.

Sekalipun saya berasal dari Sabah, tetapi saya tidak rasa terasing di bumi Malaya. Saya tidak melihat perbezaan yang nyata. Selok belok hampir sama. Lekuk jalan hampir serupa. Raut wajah semua pun manis juga.

Peliknya segelintir kita berseteru kerana negeri. Semangat assabiyah yang disatu atas prinsip kenegerian. Mengutuk dengan sindiran. Bersatu dengan kebencian.

Darah sama merah sekalipun mungkin rambut sudah berbeza tona. Jasad sama hamba sekalipun mungkin berbeza harta.

Malaysia tanah kita. Negeri cuma beza nama. Intinya masih sama. Kita, rakyat Malaysia.

*Final bola sepak Piala FA; jangan gaduh. Sokong pilihan hati. Jangan maki keji. 


saya selalu terlewat :)

Labbaika Ya Ramadhan

Posted by karmilaillang at Tuesday, July 09, 2013 0 comments
Assalamualaikum, Bismillahirrahmanirrahim..

Dari Abu Hurairah Radhiallahu ‘Anhu bahwa Nabi Shallallahu ‘Alaihi wa Sallam bersabda:

“Jika datang Ramadhan, maka dibukalah pintu-pintu surga, ditutup pintu-pintu neraka dan syaitan dibelenggu.” 
(HR. Muslim)

Thursday 4 July 2013

Cintaku Padamu =)

Posted by karmilaillang at Thursday, July 04, 2013 0 comments
 
Komen seorang Teman, berkaitan dengan cinta zaman persekolahan
" Saya mengaku saya bercinta semasa zaman persekolahan. Tingkatan enam. Mencintai seorang lelaki yang kini menjadi suami saya. Kami membawa percintaan kami dengan mengejar cita-cita kami. Belajar bersungguh-sungguh. Saling menasihat dan memberi semangat. Kadang hanya merenung dari jauh, kadang mengirim pesan dengan sesiapa, kadang berjumpa di hadapan taulan dan keluarga. Kami berusaha membawa cinta kami agar tidak sia-sia, agar tidak mengorbankan masa depan. Belajar tetap menjadi keutamaan. Dari sekolah sehingga ke universiti, begitulah kami sandarkan pada takdir ketentuan."

Saya bukan mahu mengangkat cinta kami di mata sesiapa. Saya cuma hairan melihat sebilangan remaja yang menganggap cinta itu cukup sekadar memberi rasa, berjumpa dan bermadah asmara. Seolah masa depan itu tidak penting. Seolah cinta sahaja cukup untuk mengenyangkan perut.

Realitinya, cinta tidak boleh beli beras! Cinta tidak boleh membeli keperluan harian!

Cinta bukan bermesej atau bergayut di telefon tak kira masa. Cinta bukan luahan rasa di dinding FB sahaja. Cinta itu usaha! Cinta itu belajar dan kerja! Cinta itu bukan sekadar madah rasa dan kata! Tolonglah buka mata, buka minda!

*Khas untuk sesiapa yang terasa. Semoga insaf dan berubah. Maaf zahir batin.
 

Anugerah Cinta Copyright © 2012 Design by Asrarqulub Arts Asrarqulub Arts