" Saya mengaku saya bercinta semasa zaman persekolahan. Tingkatan enam. Mencintai seorang lelaki yang kini menjadi suami saya. Kami membawa percintaan kami dengan mengejar cita-cita kami. Belajar bersungguh-sungguh. Saling menasihat dan memberi semangat. Kadang hanya merenung dari jauh, kadang mengirim pesan dengan sesiapa, kadang berjumpa di hadapan taulan dan keluarga. Kami berusaha membawa cinta kami agar tidak sia-sia, agar tidak mengorbankan masa depan. Belajar tetap menjadi keutamaan. Dari sekolah sehingga ke universiti, begitulah kami sandarkan pada takdir ketentuan."
Saya bukan mahu mengangkat cinta kami di mata sesiapa. Saya cuma hairan melihat sebilangan remaja yang menganggap cinta itu cukup sekadar memberi rasa, berjumpa dan bermadah asmara. Seolah masa depan itu tidak penting. Seolah cinta sahaja cukup untuk mengenyangkan perut.
Realitinya, cinta tidak boleh beli beras! Cinta tidak boleh membeli keperluan harian!
Cinta bukan bermesej atau bergayut di telefon tak kira masa. Cinta bukan luahan rasa di dinding FB sahaja. Cinta itu usaha! Cinta itu belajar dan kerja! Cinta itu bukan sekadar madah rasa dan kata! Tolonglah buka mata, buka minda!
*Khas untuk sesiapa yang terasa. Semoga insaf dan berubah. Maaf zahir batin.
0 comments:
Post a Comment