Thursday 28 July 2011

Sabar itu payah, tapi hilang sabar itu mudah.

Posted by karmilaillang at Thursday, July 28, 2011 0 comments

Semalam, mungkin aq melakukan satu kesilapan mungkin jugk bukan aq yang salah, tapi hakikat seorang manusia ‘sabar itu payah, tp hilang sabar itu mudah’... benar sungguh hakikat kata-kata itu, terlalu susah untuk kita melihat orang yang hidup pada hari ini, mempunyai kesabaran ketika marah dan sebaliknya, banyak yang berlaku adalah sangat mudah untuk hilang sabar. Mungkin juga di sebabkan emosi yang terlalu menguasai diri dan sifat terburu-buru untuk menlontarkan kata-kata terhadap orang yang salah. Tanpa berfikir, tindakan apa yang sepatutnya dilakukan apabila marah, orang tua berpesan berfikir dulu sebelum bertindak. Kerana mulut perasaan binasa..  ( :
Terlalu banyak punca, mengapa kita selalu hilang sabar..... punca utama adalah salah faham. Setiap perkara yang kita lakukan, kefahaman terhadap apa yang kita lakukan adalah sangat penting. Tidak perlu menyibukkan diri, untuk memahami sesuatu perkara yang kita lakukan tetapi kita perlu bertanya, bertanya tidak salah tapi menyibuk adalah satu kesilapan.
Selain itu, salah faham juga boleh menyebabkan hubungan sesama manusia berubah menjadi benci dan dendam. Sekiranya tiada usaha untuk kita perbetulkan perkara ini mungkin boleh menjadi penyakit hati yang merosakkan semua organ dalaman kita yang sempurna kerana hati adalah organ penting yang kita miliki untuk melambangkan siapakah diri kita sebenarnya. Duduk berbincang untuk memberi kefahaman yang sebenar adalah satu langkah mudah dan tepat, selain semua manusia yang dikurniakan akal boleh melakukannya...kesimpulan asas  kita perlu bersuara apabila kita di kira sebagai pesalah dalam sebuah situasi “ salah faham”......







 

Anugerah Cinta Copyright © 2012 Design by Asrarqulub Arts Asrarqulub Arts