Friday 28 August 2015

Isu Guru dan Pelajar

Posted by karmilaillang at Friday, August 28, 2015 0 comments

Saya...
Pernah didenda jalan itik dari hujung kelas dan ke kelas lain...
Pernah dibaling dengan duster dan chalk. (cgu tu cakap muka mcm ayam berak kapur) sbb guru menerangkn saya berkhayal 
Pernah didenda oleh seorang cikgu berdiri di luar kelas sambil mengantung kertas dileher yang ada tulisan "kaki retort". 
Dilastik di dagu  menggunakan getah sayur sebab tidak mengetahui jalan kerja matematik.
Pernah didenda berdiri di atas meja dan kerusi, pernah dikatakan penipu sebab karangan di buat terlalu panjang oleh Cikgu Asli
Pernah dicubit dan dipulas dipinggang oleh teacher
Dimalukan dikhalayak ramai depan kawan2..
Banyak lagi.. tapi... saya tak balas dendam pada cikgu2..saya tak aibkan mereka... kerana mereka antara asbab saya seperti sekarang dan kini saya sudah pun bergelar sebagai seorang cikgu dan saya faham hati seorang guru...


(JASAMU DIKENANG WAHAI GURU2KU)
Ada yang panggil saya ...
♡ cikgu sebab saya mengajar subjek geografi, KHB, PJK, PSV
♡ Ustazah sebab mengajar di sekolah agama hihihi
Apa pun panggilan yg pljr2 panggil ...Guru tetap guru.. sekalipun sudh pencen... panggilan keramat cikgu, teacher , ustaz/ zah akan kekal hingga akhir hayat.
Yang penting HARGAILAH.. SYUKURILAH kerana pernah belajar daripada GURU.

Thursday 27 August 2015

Rezeki

Posted by karmilaillang at Thursday, August 27, 2015 0 comments

Rezeki itu bukan hanya pada duit,
sihat itu rezeki,
anak itu rezeki,
dapat bos yang baik itu rezeki,
dapat kerja yang baik itu rezeki,
bahagia itu rezeki,
dapat isteri /suami yang baik itu rezeki,
rezeki itu apabila kita menikmati, sedangkan ramai orang diluar sana tidak dapat menikmatinya.....

betul kan.... 

Wednesday 26 August 2015

Soalan Tipikal

Posted by karmilaillang at Wednesday, August 26, 2015 0 comments
i
Pertanyaan tipikal: Kalau kau tiada keluarga, nanti sudah tua siapa mau jaga?

Sebenarnya, ayat tanya itu tiada masalah. Nadanya hampir maksum, maksudnya pun suci. Tetapi premis di mana soalan itu diolah mengandungi unsur keraguan yang tinggi. Kenapa? Sebab ia disoal oleh si penanya dengan andaian: "Oh, aku sudah beranak pinak. Mesti hari-hari tuaku akan terjamin."

Itu satu perspektif yang khilaf, dan sangat perlu dinilai semula.

ii
Memang betul, keluarga adalah kekayaan paling berharga. Tetapi ia jarang dicari dan dikumpul oleh manusia. Kenapa? Kerana kita selalu tersihir dengan pesona dunia materi. Hingga kita hilang masa untuk mencipta harta daripada nilai-nilai kekeluargaan.

Sukacita saya mahu beri peringatan. Katakunci dalam ayat di atas adalah 'nilai' (dalaman), bukan 'kekeluargaan' (fizikal). Kita tidak mendapat 'keluarga' hanya kerana seseorang itu lahir daripada ibubapa yang sama. Atau kerana kita jatuh cinta padanya, lalu mengambil keputusan untuk berkahwin.

Kekeluargaan sejati itu terletak pada 'nilai'. Bukan hanya ikatan berciri luaran. Ia tidak terbina secara automatik semata-mata atas dasar perkahwinan atau persamaan darah daging. Keluarga yang sebenar-benarnya menuntut lebih daripada itu. Sekadar berkongsi genetik, atau sebab kita menghadiahkan ovum/sperma yang halal kepada seseorang: itu bukan jaminan mutlak kita sudah mendapat satu ‘keluarga’.

Nilai kekeluargaan boleh dibina dengan pelbagai bentuk dan cara lain.

iii
Pertanyaan tipikal lagi: Kau bila mau kahwin? Siapa mau jaga kalau sudah tua?

Pertama, siapa bagi jaminan bahawa kita semua akan sempat tua? Of course, we always pray for the best. Sentiasa memohon usia dipanjangkan, dan umur diberkati. Tetapi hanya Tuhan yang maha tahu apa takdir di hadapan. If He wishes, He can take us at the young age. So, why should we get overly obsessed in strategising who is going to look after us when we become old and schizophrenia? We may not even need it, in the first place.

Kedua, ikhlaskan diri dalam membina keluarga. Bukan dengan niat mahu bikin anak seramai mungkin, supaya kelak mereka boleh bergilir-gilir pelihara kita pada hari-hari tua. Who knows: you may outlive them all. Atau mungkin mereka semua akan berkahwin dengan orang Arab, lalu berhijrah ke Tabuk; dan hanya pulang ke tanahair sekali dalam setiap tiga tahun.

Tuhan adalah penjaga terbaik manusia. Jika Dia mengkehendaki, Dia boleh datangkan sesiapa saja sebagai penjaga (termasuk anak Bangla dari Lautan Hindi yang hanyut ke pantai Sabandar selepas tongkangnya pecah). Begitu juga, jika bukan atas rahmat dan izin-Nya, darah daging sendiri pun boleh buang ibubapa.

iv
Pun begitu.
Sebenarnya mencipta peluang dan menyimpan harapan (dalam konteks ini merujuk pada usaha; bercinta, berkahwin dan beranak-pinak): itu tidak salah. Kita semua memang patut ikhtiarkan sesuatu pada masa sekarang, supaya nanti ada sandaran pada masa depan.



Tetapi jangan terlalu yakin dan taksub pada perancangan sendiri. Sampai gigih sangat mahu menghakimi orang lain dengan membanding-bandingkan piawai hidup yang dipilih sendiri. Keyakinan begitu yang patut dihindari. Sila percaya ini. Kerana sifat-Nya yang kaya tanpa batasan, Tuhan ada strategi yang unik untuk setiap satu ciptaan-Nya. Justeru, tidak perlu dikepohkan sangat kenapa takdir setiap manusia berbeza-beza.

Saya tahu nada ayat di atas itu sangat Ustazah Wardina dan Ustazah Abby Abadi. Tapi apa salahnya mengulang-ulang sesuatu yang sudah klise, selagi mana ia masih relevan untuk dijadikan refleksi, kan?

iv
Pertanyaan-pertanyaan tipikal selepas ini harus diubah kepada begini:

Kau ini belum-belum mau kahwin, nanti sudah tua kalau tiada anak siapa mau jaga?

Kemudian tambah: Mari saya pinjamkan rahim isteri saya untuk kau buat anak

 [Nota: jika si penanya adalah lelaki].

Atau, begini: Mari saya pinjamkan rahim saya sendiri untuk buat anak. Saya pun sebenarnya sudah lama mengidam sperma segar awak yang masih belum pernah tumpah sampai sekarang

[Nota: jika si penanya adalah perempuan].

Secara peribadi, saya fikir pertanyaan tipikal bentuk baharu di atas berciri lebih positif dan konstruktif. Sebab selain membangkitkan isu dan masalah, ia juga memberi cadangan penyelesaian yang amat praktikal.


By : Dr. Rem


Tuesday 25 August 2015

Belajarla berterima kasih

Posted by karmilaillang at Tuesday, August 25, 2015 1 comments
Pada setiap ruang yang bercahaya, sedarlah bahawa ada sebatang lilin sedang membakar dirinya untuk melawan kegelapan.

Lilin yang tersisih di sudut paling jauh, jika diabaikan terlalu lama: selain membakar dirinya demi memberi sinar, ia juga akhirnya boleh membakar rumah. Hingga seluruhnya luluh menjadi abu.

Kadang-kadang kita lupa. Ada ketika, api sebatang lilin kecil yang tidak dijaga bisa terpercik merata kerana tiupan angin yang selalu berubah-ubah.

Belajarlah berterima kasih. Kalau tidak mampu tunjukkan dengan perbuatan, paling kurang pun zahirkan dengan kata-kata. Meski dengan nada yang sangat plastik. Itu lebih baik daripada berlagak patung cendana bisu, sedikit pun tiada jiwa dan perasaan..
Dr.Rem

Wednesday 19 August 2015

Persepsi vs realiti

Posted by karmilaillang at Wednesday, August 19, 2015 0 comments

i
Empat hari dulu, saya sempat singgah di opis seorang sahabat. Sekadar chit-chat selepas begitu lama tidak berjumpa. Sedang saya asyik bercerita pasal pengalaman umrah semasa di Saudi; tiba-tiba…

“Hah, ada seorang saudara saya baru saja tangguhkan rancangan mau buat umrah. Sepatutnya pergi bulan depan.” Kata dia.

“Kenapa?” Tanya saya.

“Takut!” Ringkas saja jawapan dia. Tapi jelas disabitkan dengan isu semasa negara yang paling gempar ketika ini.

ii
Ketakutan begini adalah perkara normal. Sebagai manusia, kita semua memang mudah terpengaruh dengan persepsi tertentu. Apatah lagi, bila info dan berita itu berkumandang di mana-mana pada skala global.

Seorang kawan saya pun baru saja membatalkan percutian ke Jepun, yang sepatutnya pada pertengahan bulan depan. Juga dengan alasan yang sama: takut. Dia sanggup hanguskan tiket promosi yang sudah dibeli sejak tahun lepas.

Of course we all get nervous to fly because of the current incident. I’m going to Penang in two-week time – and I already have a little bit of doubt. A feeling I never experienced before.

Tapi kita semua perlu memerangi rasa takut dalam diri. Dengan cuba memahami realiti sebenar di lapangan; dan bukan hanya dipukau oleh persepsi semata-mata. Don’t get me wrong. I don’t mean to undermine what we feel as a human. Rasa takut dan was-was adalah fitrah manusia. However, life must go on, no? We have no choice – but to conquer those feelings.

iii
Mengikut rekod statistik, pengangkutan udara jauh lebih selamat daripada pengangkutan darat. Sebagai timbangtara berdasarkan nisbah penduduk: risiko seseorang berdepan dengan kemalangan maut menerusi penerbangan adalah 1 dalam 8.5 juta (setiap tahun) dan 1 dalam 100 ribu (seumur hidup).

Dibanding pula dengan kemalangan maut di jalanraya (mengambil contoh UK, iaitu antara negara yang paling selamat sistem pengangkutan daratnya): risikonya adalah 1 dalam 20 ribu (setiap tahun) dan 1 dalam 250 (seumur hidup). Kebarangkalian ini pula tentu lebih tinggi di Malaysia atau negara-negara sedang membangun lain!

Nota: Data diambil daripada World Health Organisation (WHO) dan dibundarkan kepada nombor bulat terdekat.

So now, do you see the actual reality? Kebarangkalian untuk seseorang maut akibat kemalangan kereta adalah 400 kali lebih tinggi berbanding kemalangan kapal terbang. Why nobody stops him/herself from traveling by cars?

iv
Tapi sekurang-kurangnya kemalangan di jalanraya tidaklah sampai hilang lenyap tanpa petunjuk: balas kawan saya yang baru membatalkan trip ke Jepun itu. Bila saya cuba berkongsi fakta empirikal di atas.

Kalau itulah persepktif yang mahu dipupuk dalam minda: bah, suka hati kamulah. Saya kata begitu, tapi cuma dalam hati. Malas sudah mau berhujah tentang persepsi vs realiti.

Ajal maut itu adalah rahsia Tuhan. Bomoh paling handal di dunia – dengan menggunakan teropong buluh yang ditebang dari seluruh hutan tropika di Asia Tenggara, atau menjunjung buah kelapa yang dikait dari semua pohon di Hawaii – pun tidak mampu membuat nujum ramalan tentang ini. Jadi tidak perlulah kita semua terlalu gusar memikirkan soal mati di mana: darat, udara atau laut.

v
Kematian bukanlah penamat mutlak kehidupan. Ia adalah satu permulaan untuk sebuah kehidupan yang lebih abadi.

Bila dan di mana kematian itu datang: itu bukan persoalan signifikan. Yang lebih penting: apa yang bakal kita tinggalkan di dunia sebagai amal jariah, dan apa pula bekal yang akan kita bawa untuk bertemu Tuhan. Ini yang lebih utama digusarkan.

Ini bukan ceramah agama atau khutbah rohani. Ini cuma satu refleksi diri. Sambil memujuk hati sendiri pada detik-detik yang cemas begini. Selagi kita belum mati, kehidupan harus dinikmati dan dihayati. Dengan segenap hati dan dada yang lapang. Kerana itulah kunci hubungan kita (makhluk yang lemah) dengan Dia (khalik yang maha segala): tawakal.

Semoga kita semua dilindungi oleh-Nya, sepanjang masa.



by Dr.Rem

Tuesday 18 August 2015

Berkongsi...

Posted by karmilaillang at Tuesday, August 18, 2015 0 comments


Nasi yang tumpah, jangan diungkit-ungkit.
Relakan saja menjadi makanan semut dan burung-burung.

Buah yang gugur, jangan disebut-sebut.
Halalkan saja menjadi habuan ulat dan mergastua rimba.

Sebesar mana pun lapar manusia; nasi sepinggan, buah segugus masih boleh diagih-agih. Rezeki kita, rezeki mereka: sudah ditentukan Tuhan.

Seluruh hidup sang nafsu, ia memang tak pernah merasa cukup. Justeru, tak perlu tunduk pada hasutan segala kehendak. Yang selalu tamak dan kedekut mahu berkongsi.

Sukatan keperluan bagi setiap makhluk, telah lama diketahui oleh-Nya. Yakin dan percayalah.


by : Dr Rem 

Monday 17 August 2015

Kerana - Nya

Posted by karmilaillang at Monday, August 17, 2015 0 comments

MUTIARA KATA

Orang yang terlalu memikirkan akibat daripada sesuatu keputusan atau tindakan yang diambil, sampai bila-bila pun dia tidak akan menjadi orang yang berani

seorang sahabat adalah yang dapat mendengarkan lagu di dalam hatimu dan akan menyanyikan kembalikan tatkala kau lupa akan bait-baitnya

tidak ada simpanan yang lebih berguna daripada ilmu, tidak ada sesuatu yang lebih beruntung daripada adab.

tidak ada kawan lebih bagus daripada akal tidak ada benda ghaib yang lebih dekat daripada maut

Friday 14 August 2015

Bersama mereka, membawa kenangan yang kekal Abadi

Posted by karmilaillang at Friday, August 14, 2015 0 comments
Majlis Ifhtifal Ilmi Sekolah-sekolah Agama Malaysia Kali ke 2

Sekolah Agama Tinggi Tengku Ampuan Jemaah , Selangor Darul Ehsan





Team Wilayah Persekutuan , SMA MAIWP, SMISTA & SMA MAIWPL

Tahniah dan Jumpa Lagi 2016, di Pahang Darul Makmur 

Salam Akhir Lebaran 2015

Posted by karmilaillang at Friday, August 14, 2015 1 comments


Rezeki

Posted by karmilaillang at Friday, August 14, 2015 0 comments

Saluran rezeki ada macam-macam. Salah satu daripadanya: memaafkan kesalahan ketika kita mampu membalas dendam.

Rezeki datang tidak semestinya dalam rupa duit berguni-guni. Ia boleh muncul dengan pelbagai rupa yang lain.

Misalnya, dalam bentuk berkat. Kuantiti duit mungkin kekal sama, tapi kuasa beli meningkat. Dulu bergaji seribu, mau makan lauk ayam sekali sebulan pun perit. Sekarang mampu ke KFC tiga kali seminggu, walaupun jumlah gaji masih begitu.

Atau, dalam bentuk nikmat baru. Dulu nampak budu dan cencaluk pun boleh pening separuh mati. Sekarang sampai kemaruk melahap dua mangkuk sehari. Bermakna, nikmat dunia yang diberi oleh-Nya sudah bertambah satu lagi. Itu juga merupakan rezeki.

Dalam rupa lain yang tiada kena mengena dengan aspek materi dan ekonomi, rezeki boleh datang dalam bentuk damai di hati dan katarsis jiwa. Atau barangkali Tuhan memberi rezeki dengan cara menyembunyikan aib kita; atau menjauhkan bala dan musibah.

Mari kita semua belajar ringankan hati untuk memberi maaf; dan mensyukuri setiap rezeki yang didatangkan. Barangkali inilah kunci untuk mencari bahagia yang semakin jauh daripada kehidupan manusia.
 

Anugerah Cinta Copyright © 2012 Design by Asrarqulub Arts Asrarqulub Arts