Friday, 14 August 2015

Rezeki

Posted by karmilaillang at Friday, August 14, 2015

Saluran rezeki ada macam-macam. Salah satu daripadanya: memaafkan kesalahan ketika kita mampu membalas dendam.

Rezeki datang tidak semestinya dalam rupa duit berguni-guni. Ia boleh muncul dengan pelbagai rupa yang lain.

Misalnya, dalam bentuk berkat. Kuantiti duit mungkin kekal sama, tapi kuasa beli meningkat. Dulu bergaji seribu, mau makan lauk ayam sekali sebulan pun perit. Sekarang mampu ke KFC tiga kali seminggu, walaupun jumlah gaji masih begitu.

Atau, dalam bentuk nikmat baru. Dulu nampak budu dan cencaluk pun boleh pening separuh mati. Sekarang sampai kemaruk melahap dua mangkuk sehari. Bermakna, nikmat dunia yang diberi oleh-Nya sudah bertambah satu lagi. Itu juga merupakan rezeki.

Dalam rupa lain yang tiada kena mengena dengan aspek materi dan ekonomi, rezeki boleh datang dalam bentuk damai di hati dan katarsis jiwa. Atau barangkali Tuhan memberi rezeki dengan cara menyembunyikan aib kita; atau menjauhkan bala dan musibah.

Mari kita semua belajar ringankan hati untuk memberi maaf; dan mensyukuri setiap rezeki yang didatangkan. Barangkali inilah kunci untuk mencari bahagia yang semakin jauh daripada kehidupan manusia.

0 comments:

Post a Comment

 

Anugerah Cinta Copyright © 2012 Design by Asrarqulub Arts Asrarqulub Arts