Pada setiap ruang yang bercahaya, sedarlah bahawa ada sebatang lilin sedang membakar dirinya untuk melawan kegelapan.
Lilin yang tersisih di sudut paling jauh, jika diabaikan terlalu lama: selain membakar dirinya demi memberi sinar, ia juga akhirnya boleh membakar rumah. Hingga seluruhnya luluh menjadi abu.
Kadang-kadang kita lupa. Ada ketika, api sebatang lilin kecil yang tidak dijaga bisa terpercik merata kerana tiupan angin yang selalu berubah-ubah.
Belajarlah berterima kasih. Kalau tidak mampu tunjukkan dengan perbuatan, paling kurang pun zahirkan dengan kata-kata. Meski dengan nada yang sangat plastik. Itu lebih baik daripada berlagak patung cendana bisu, sedikit pun tiada jiwa dan perasaan.. Dr.Rem
30 Soalan 'Deep Talk' Boleh Ditanya Bersama Pasangan
12 hours ago
1 comments:
Klu tak nak berterima kasih..senyum je..hehe
Post a Comment