Monday 30 July 2012

Ketahuilah Realitinya

Posted by karmilaillang at Monday, July 30, 2012 1 comments


Telah dikhabarkan bahawa Dajjal laknatullah dan para wazirnya telah berada di London untuk acara gilang gemilang Olympic 2012

BERITA GHAIB.

Telah dikhabarkan bahawa Dajjal laknatullah dan para wazirnya telah berada di London untuk acara gilang gemilang Olympic 2012. Mereka telah lama membuat persiapan untuk acara ini sejak dahulu lagi kerana melalui acara sukan antarabangsa inilah, mereka dengan
 mudahnya mengumpulkan penduduk seluruh dunia bagi menjayakan agenda mereka untuk menyihir seluruh dunia.

Bandar London telah dipilih kerana London merupakan pusat segala agenda jahat mereka dalam merosakkan dunia selama ini, manakala tahun 2012 pula adalah tahun yang sangat signifikan bagi mereka. Ia adalah tahun yang mana Dajjal laknatullah telah bebas daripada rantai yang mengikatnya selama ini. 2012 juga mempunyai maksud tersirat yang tersendiri. Kita tahu bahawa puak Illuminati, salah satu cabang pasukan Dajjal laknatullah sentiasa mempunyai kod-kod rahsia tersendiri bagi menjalankan agenda mereka. Kita tahu bahawa tulisan Arab dan Ibrani (Hebrew/ tulisan yahudi) ditulis dari sebelah kanan ke kiri. Jika 2012 itu diubah kepada huruf dan dibaca dari kanan ke kiri ia akan kelihatan seperti ZIOZ. Di dalam kod ini, huruf Z yang terakhir boleh diputar melawan arah jam menjadi huruf N. Dengan ini terbongkarlah dalang di sebalik Olimpik London 2012 atau Olimpik London ZION.

2012 = ZOIZ ZOIZ = ZIOZ ZIOZ =ZION

Zion sebagaimana yang kita tahu adalah sebuah bukit di Jerusalem, yang diidamkan oleh Yahudi untuk membina Haikal Sulaiman bagi membina tapak kezahiran Dajjal laknatullah atau Mosyaikh mereka ke dunia bagi menguasai dunia.

Bermula 27 Julai 2012 iaitu pada hari Jumaat ini, apabila api Majusi Olimpik London 2012 dinyalakan, maka Dajjal laknatullah beserta para wazirnya akan menyebarkan sihir berat ke seluruh penduduk dunia, lebih-lebih lagi yang melihatnya secara langsung di London , atau pun yang menontonnya melalui televisyen dan internet tidak akan terlepas daripada sihir-sihirnya. Dan sesiapa yang terkena sihirnya, hampir mustahil tidak akan menjadi pengikutnya ketika kezahirannya kelak. Bagi pendokong perjuangan Islam akhir zaman dan pejuang Kebenaran dan pengikut Imam Mahdi dan Fata At Tamimi, bersiap sedialah untuk serangan berterusan sihir berat ini ke atas anda. Pagarlah diri anda dengan kaedah masing-masing. Semoga ALLAH SWT melindungi kita semua dengan berkat bulan Ramadhan ini

Wanita itu istimewa

Posted by karmilaillang at Monday, July 30, 2012 0 comments


Ya Allah, mengapa wanita sering menangis?

Jawabnya:

Kerana wanita itu unik.
Aku ciptakannya sebagai makhluk istimewa,
AKu kuatkan bahunya untuk menjaga anak-anaknya,
AKu lembutkan hatinya untuk memberi rasa aman,
AKu kuatkan rahimnya untuk menyimpan benih manusia,
AKu teguhkan peribadinya untuk terus berjuang pada saat yang lain menyerah,
AKu berikannya naluri untuk mencintai anak-anak dalam apa jua keadaan sekalipun,
AKu kuatkan batinnya untuk tetap menyayangi walau dikhianati oleh teman,
Walau disakiti oleh “orang” yang dia sayangi..
Wanita makhluk kuat,
Tetapi jika satu saat dia menangis itu kerana AKu berikannya air mata untuk membasuh luka batin dan memberi kekuatan baru.

“WANITA itu ISTIMEWA”

Sunday 29 July 2012

Bersabarlah dalam menghadapi Ujian

Posted by karmilaillang at Sunday, July 29, 2012 1 comments
Alangkah indahnya kalau dapat
kita fahami bahawa setiap inci UJIAN
yang kita ALAMI adalah 
sentuhan KASIH SAYANG daripada Allah

Tidak pernah sekalipun UJIAN datang untuk menjauhkan hamba daripada Tuannya,
Bahkan untuk menjadikan manusia ingat dan dekat kepada PENCIPTA...

__________________________________________


Wahai Hati...
Bersabarlah dalam menanti,
Yakinlah janji-Nya adalah pasti..
Pada akhirnya kebahagiaanlah yg kelak kan diraih.

Wahai Jiwa...
Tenanglah dalam lara,
Percayalah bahwa janji-Nya adalah nyata,
Jangan pernah ragu dengan kehendak_Nya
DIA lebih tau mana yang terbaik untuk para
hamba2-Nya.

Wahai Raga...
Tetaplah istiqomah dalam asa,
Cinta yang suci sedang menguji keimanan kita,
Seberapa sabar kita dalam menunggu...
Seberapa kuat kita saat tertatih...
dan seberapa tegar kita disaat rapuh...

Segala uji dan cobaan-Nya tak pernah ada yang sia2,
Dibalik itu semua pasti ada hikmah dan
barakahnya, bersabarlah untuk suatu Keindahan,
Kebahagiaan itu pasti kan datang untukmu,
Disaat yang Indah di waktu yang tepat...
Aamiin Ya Allah...

Friday 27 July 2012

Taat pada boyfriend

Posted by karmilaillang at Friday, July 27, 2012 4 comments


Perempuan selalu cinta dalam-dalam. Tak berpada-pada. Dia percaya  lelaki itulah yang dia bakal kahwini. Mungkin dia anggap, relationship itu sebagai satu test, adakah dia wifey material. Jadi dia kena tunjuk betapa wifey materialnya dia. Dengan taat pada boyfriend.

I’ve seen this a lot (ehem, girlfriends). And at one point in my life, I used to be that girl too.

“Weh jom keluar lepak jap. Lamanya tak jumpa!” “Jap aku tanya boyfriend aku”. Wow, sejak bila berdosa andai boyfriend tak redhakan pemergianmu untuk melepak bersama teman-teman? Bilakah tanggungjawab menjagamu beralih dari ibubapa ke boyfriend mu? LOL.

Bila liat nak solat, boyfriend call dan tanya dah solat belum? Wow terus laju capai telekung dan bersolat wow wow, cuba kalau Mama atau Daddy yang suruh pergi solat, tunggu lagi beberapa minit nak habis waktu baru bergegas.

Ibubapa nasihat belajar rajin-rajin, oh it’s just another nasihat yang berulang sejak dari tahun satu lagi. Tapi bila boyfriend bagi kata-kata semangat nak exam, sayang jangan lupa baca Allahuma Yassir Wala Tuassir ya xoxo. The moment dapat anugerah dekan terus update status FB I can’t do it without you, you are my drive, my inspiration, my backbone. Wah tiba-tiba dia jadi tulang belakang kau, entah engkau tulang rusuk kiri dia ke idok, belum confirm lagi.

Bila pakwe ajak keluar weekend, terus OKAY! *sambil cancel semua plans lain*. Kalau family kata baiklah we’re having dinner this weekend, jawapannya “Tengoklah kalau I free”.

Kalau nak pergi clubbing, "weh nanti jangan tag gambar aku, nanti boyfriend aku nampak". Oops, taknak hancurkan hati boyfriend uols! Hati mak bapak camne? Oh lupa mak bapak takde Fesbuk. Sorry sorry, ini tak valid.

There’s a difference between being a good partner, and secara buta tuli taat. If he is a good partner to you, and you repay him with kindness as well, you’re a good partner. Kalau dia treat you macam bangang, tapi you still put him first, that’s… sorry to say, buta tuli taat.

Bila buta tuli taat, you lose your value and above all, you lose yourself. 

So ladies, don’t give your all just yet. Not until he sits on the cushion and the pakciks around him said “SAH”. Biarlah orang kata jual mahal, sebab benda mahal memang kita kena jual mahal okay belajarlah ekonomi/business.

Tulisan kak Hanis Zalika

Friday 20 July 2012

Aq yang mencecah usia :)

Posted by karmilaillang at Friday, July 20, 2012 5 comments


Adakalanya kita tercari-cari sahabat yg amat memahami,
Adakalanya kita tidak akur pd shbt yg x sepengertian dgn kita
Bertingkah kata, menegakkan hujah masing2
Berbolak balik mempertikai sesama sendiri 
Tapi itulah asam garam persahabatan
Dalam duka ada senyuman 
Dalam senyuman ada air mata 
Pahit memejam mata bersama 
Manis berkongsi senyum
Persahabatn itu adalah tali2 ujian Allah
Buat kita sebagai hamba
"Selamat meraikan ulang tahun kelahiran Adikku"
*Moga tabah & sabar meneruskn hidup melakar corak takdir melalui dgn rahmat & magfirah moga sucsess dunia akhirat.Amin*

Salam Ramadhan

Posted by karmilaillang at Friday, July 20, 2012 1 comments

Mengingat Kata yang Salah, 
Hati yang Berprasangka,
Janji yang terlupakan,Sikap & Sifat yang menyakitkan,
Ramadhan ini ingin ku ucapkan sejuta kata maaf..
Semoga ramadhan ini membawa seribu ketenangan..
Selamat berpuasa.. :)


"Kurangkan juadah, tambahkan sedekah, lebihkan ibadah."

Thursday 12 July 2012

Sekurang-kurangnya

Posted by karmilaillang at Thursday, July 12, 2012 8 comments
Kita tulis benda-benda baik, tak semestinya kita baik.....tapi sekurang-kurangnya kita tak tulis sesuatu yang tidak baik

Kita cakap benda baik, tak semestinya kita baik.....tapi sekurang-kurangnya kita tak cakap perkara-perkara yang tidak baik kan..

kita buat baik, tak semetinya baik..tapi sekurang-kurangnya kita tak buat kita tak buat benda yang tidak baik kan?

kita bukanlah bagus sangat, tapi InsyaAllah...tak salah kita menuju dan berusaha untuk menjadi baik.... :)










Thursday 5 July 2012

Manusia itu...

Posted by karmilaillang at Thursday, July 05, 2012 2 comments

Tuesday 3 July 2012

Keajaiban Zikir Kepada Otak Manusia

Posted by karmilaillang at Tuesday, July 03, 2012 1 comments


Otak hanyalah aktiviti-aktiviti bio-elektrik yang melibatkan sekumpulan saraf yang dipetanggungjawabkan untuk melakukan tugas-tugas tertentu bagi membolehkan ia berfungsi dengan sempurna.

Apabila seseorang itu berzikir dengan mengulangi kalimah-kalimah Allah seperti Subhanallah, beberapa kawasan otak yang terlibat menjadi aktif (seperti imej ini).

Ini menyebabkan berlakunya aliran bio-elektrik di kawasan-kawasan saraf otak tersebut. Apabila zikir itu berulang-ulang kali, aktiviti saraf menjadi bertambah aktif dan turut menambah tenaga bio-elektrik. Dengan itu otak menjadi aktif secara keseluruhan.

Otak mula memahami perkara baru, melihat dari perspektif berbeza dan semakin kreatif dan kritis, sedangkan sebelum berzikir ianya tidak jadi begini. 

Otak yang segar dan cergas secara tidak langsung mudah mempengaruhi hati untuk melakukan kebaikan dan menerima kebenaran.

Dan bayangkan pula, jika amalan zikir ini kita ajarkan pada anak-anak yang masih kecil. Tak tergambar manfaatnya. Maha suci Allah yang Maha Berkuasa.
 

Anugerah Cinta Copyright © 2012 Design by Asrarqulub Arts Asrarqulub Arts