Tuesday, 3 July 2012
Keajaiban Zikir Kepada Otak Manusia
Otak hanyalah aktiviti-aktiviti bio-elektrik yang melibatkan sekumpulan saraf yang dipetanggungjawabkan untuk melakukan tugas-tugas tertentu bagi membolehkan ia berfungsi dengan sempurna.
Apabila seseorang itu berzikir dengan mengulangi kalimah-kalimah Allah seperti Subhanallah, beberapa kawasan otak yang terlibat menjadi aktif (seperti imej ini).
Ini menyebabkan berlakunya aliran bio-elektrik di kawasan-kawasan saraf otak tersebut. Apabila zikir itu berulang-ulang kali, aktiviti saraf menjadi bertambah aktif dan turut menambah tenaga bio-elektrik. Dengan itu otak menjadi aktif secara keseluruhan.
Otak mula memahami perkara baru, melihat dari perspektif berbeza dan semakin kreatif dan kritis, sedangkan sebelum berzikir ianya tidak jadi begini.
Otak yang segar dan cergas secara tidak langsung mudah mempengaruhi hati untuk melakukan kebaikan dan menerima kebenaran.
Dan bayangkan pula, jika amalan zikir ini kita ajarkan pada anak-anak yang masih kecil. Tak tergambar manfaatnya. Maha suci Allah yang Maha Berkuasa.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
1 comments:
kagumnyer dgn kuasa Allah..
Post a Comment