Wednesday 18 November 2015

Apabila, mereka hanya ingat agama itu Solat...

Posted by karmilaillang at Wednesday, November 18, 2015 1 comments


Sebentar tadi saya singgah ke sebuah surau untuk menunaikan solat Maghrib.

Keadaan telekung bersepah, tidak dilipat malah diampai begitu sahaja. Dan ini bukanlah satu situasi yang asing di kebanyakan surau/ masjid di Malaysia. Acapkali perkara sebegini terhidang di depan mata.

Inilah salah satu masalah sikap segelintir kaum perempuan. Malasnya bukan kepalang, hatta lipat rapikan telekung pun mengharapkan orang. 

Usai menggunakan telekung surau/ masjid, hanya segelintir sahaja yang melipatnya/ menggantungnya dengan rapi, segelintir lagi cuma tahu pinjam dan guna, kemudian sepah dan ampaikan di mana-mana. Sehingga akhirnya telekung berbau dan agak kotor.

Telekung dipinjamkan percuma, itu pun susah mahu dijaga.

Kita semua tahu kebersihan itu sebahagian daripada iman. Jangan tahu sahaja, tetapi mengaplikasikannya tidak mahu. Sekalipun dalam keadaan tergesa-gesa, kemaskanlah telekung yang sudah diguna, rapikan sejadah seeloknya. Ingatlah, menjaga kebersihan itu tuntutan agama.

"Diriwayatkan dari Sa'ad bin Abi Waqas dari ayahandanya, dari Rasulullah s.a.w : Sesungguhnya Allah SWT itu suci dan menyukai hal-hal yang suci, Dia Maha Bersih yang menyukai kebersihan, Dia Maha Mulia yang menyukai kemuliaan, Dia Maha Indah yang menyukai keindahan, kerana itu bersihkanlah tempat-tempatmu." - Hadis Riwayat Tirmizi.

Maka, berubahlah!

by : Siti Habibah

Friday 13 November 2015

Anak Sulung

Posted by karmilaillang at Friday, November 13, 2015 2 comments
Barakah Anak Sulung Perempuan
" Keberkatan yang paling banyak bila anak itu ialah seorang perempuan, anak perempuan itu mendapat banyak Keberkatan daripada Allah سبحانه وتعالى Khususnya kalau anak pertamanya ialah perempuan. Rasulullah صلى الله عليه وسلم Bersabda, Diberkati oleh Allah سبحانه وتعالى yang anak pertamanya ,anak sulungnya itu ialah perempuan. Dapat Doa Khusus dari Rasulullah صلى الله عليه وسلم

Kerana itu Para Salafus Solehin رضي الله عنهم وأرضاهم, kalau mereka sudah Kahwin, mereka memohon kepada Allah سبحانه وتعالى, Yaa Allah berikanlah anak aku yang pertama perempuan. Kenapa Para Salafus Solehin doa macam tu? kerana nak Doa Khusus dari Rasulullah صلى الله عليه وسلم .
Sebab orang jahil dulu jika anak sulungnya perempuan mereka sedih bahkan ada yang lari dari kampungnya kerana takut dihina. Tapi Allah سبحانه وتعالى nak Memuliakan apa yang mereka hina.
Bayi ini takkan keluar dari perut ibunya melainkan dengan Izin Allah. Bila lahir sahaja anak lelaki , Allah سبحانه وتعالى Berfirman kepadanya, Keluarlah dan Mudah mudahan kamu tolong ayah mu.
Tapi bila lahir sahaja anak perempuan, Allah سبحانه وتعالى Berfirman kepadanya, Keluarlah dan Aku Yang Menolong ayah mu. اللهم صل على سيدنا محمد . Inilah Barakah anak sulung perempuan "
- Murobbi Ad Da'ie IlaAllah Al Fadhil Al Ustaz Sheikh Abdullah Bin Muhammad Bin Salim Al Jahaf حفظه الله تعالى -


Wednesday 28 October 2015

Info Berkaitan Daun Ganja

Posted by karmilaillang at Wednesday, October 28, 2015 0 comments


FAKTA DAUN GANJA 

1. Daun ganja boleh hasilkan kertas sangat bermutu melebihi kualiti double AA kerana tidak akan kuning simpan lama untuk ribuan tahun. Menariknya 1 ekar pokok ganja sama dengan 4 ekar hutan perlu ditebang bagi hasilkan kertas.

2. Seluar jean yg bermutu tahan lama, like better than Levis memerlukan daun ganja. TAHUKAH ANDA JEANS LEVI'S 501 YANG PERTAMA DIBUAT DARI FIBER GANJA

3. Biji pokok ganja boleh hasilkan minyak bagi buat plastik yg plastik tu mesra alam.

4. Biji benih pokok ganja tinggi protien guna untuk produk makanan.

5. Pokok ganja ada jantan dan betina, imej daun ganja yg famous tu pokok betina, pokok jantan pulak kurang daun dan tidak menarik.

6. Keajaiban ganja dalam bidang perubatan akan membuatkan syarikat ubat Freemason terancam dan gulung tikar.

SEBAB UTAMA FREEMASON HARAMKAN GANJA 

1. Pokok Marijuana, canabis, ganja, pot atau hemp TIDAK menimbulkan ancaman kepada masyarakat umum, sebaliknya Pokok Ganja adalah sangat berbahaya bagi syarikat-syarikat minyak, alkohol, tembakau industri dan sejumlah besar syarikat-syarikat kimia. Berbagai perniagaan besar, dengan pelaburan berbillion ringgit menggunakan pengaruh mereka, dengan menekan kebenaran melalui undang2. 

2. Kebenarannya adalah jika ganja itu ditanam macam pokok kelapa sawit dan digunakan untuk dijadikan produk komersil, hal itu akan membuat bom atom industri! Pengusaha belum pernah dididik tentang potensi produk dari pokok ganja ini. Billionaire dan golongan2 elit telah bersekongkol untuk menyebarkan maklumat yang salah tentang tanaman yang sangat serbaguna ini, dan jika digunakan dengan betul, akan menghancurkan syarikat mereka. 

3. Mana Perkataan buruk pasal ganja ini datang? Pada pertengahan tahun 1930-an, Pelabor industri arak, rokok dsb yg bakal terjejas telah membuat propaganda menodai nama baik dan fenomenal sejarah tanaman ganja ...


 SALAH FAHAM MASYARAKAT TERHADAP MARIJUANA 
Ganja adalah satu tumbuhan herba sebagaimana juga daun ketum,jika di ambil mengikut sukatan tertentu untuk menyembuhkan penyakit ia di bolehkan.

Kita akan hidup lebih sihat jika HOSPITAL dan FARMASI menjual ubat berasaskan ganja dan ketum, habbatus sauda, Zafaran etc.. tetapi sebaliknya kita disuruh telan pil2 merbahaya ciptaan Freemason (Rockefeller) yg mana pil2 itu sebenarnya meracun kita perlahan2.

Harus diingatkan bahawa, sesungguhnya ganja itu adalah sejenis tumbuhan, tumbuhan yang diciptakan ALLAH S.W.T , setiap tumbuhan ciptaan tuhan itu adalah yang paling baik, dan harus diingatkan bahawa pokok ganja itu sudah lama wujud sebelum tahun kelahiran Rasulullah lagi. Jadi sekiranya ia berbahaya & dikategorikan sebagai dadah, sudah pastinya rasulullah melarangnya. 

itu 1, yang ke-2, ( mabuk ) ok, mari bukak kamus, mabuk itu adalah khayal, khayal bermaksud ( tidak berkelakuan seperti manusia normal ) jadi adakah ganja membuatkan penghisapnya jadi tidak normal? 

Jika anda kata yva, sesungguhnya fakta anda salah, jawapannya TIDAK, orang yang menghisap ganja tidaklah khayal, tetapi merehatkan minda dan fizikal si penghisapnya, kebiasaannya orang yang tengah mabuk akan merogol, membunuh dan bertindak ganas sehingga sanggup melanggar undang2 negara, tetapi ganja tidak memyebabkan semua tu, kesan sampingan hisap ganja hanya ada 3 bende sahaja, saye ulang, 3 bende sahaja iaitu LAPAR, HAPPY DAN CERGAS .. 

Kalau masih nak tetapkan pendirian anda dengan mengatakan ganja itu dadah, biar saye quote kan apa yg selalu org kata '' Dadah merupakan satu istilah khas yang merujuk kepada sejenis bahan yang mendatangkan kemudaratan kepada kesihatan seseorang dari segi fizikal, mental dan emosi serta tingkahlaku pengguna apabila digunakan.

Akibat daripada kesan ini, seseorang yang menyalahgunakan dadah akan menjadi ketagih dan akan terus bergantung hidup kepadanya '' ok, si penghisap ganja tahu bahawa ganja tidak menyebabkan ketagihan, dan tidak memberikan sebarang kemudaratan,TAK PERCAYA? Cuba tanya rawatan pemulihan dekat mana2 pusat serenti yang terdekat tentang cara rawatan penghisap ganja, anda sendiri akan tahu, jadi masih layakkah ganja diketegotrik

Friday 16 October 2015

Penjagaan Diri & Kediaman dari Gangguan Makhluk Halus

Posted by karmilaillang at Friday, October 16, 2015 0 comments
Daripada Ustaz Syahidan (KUIS)


......Lafazkan Assalamualaikum dan Bismillah sebelum melangkah masuk ke rumah. Begitu juga ketika menutup pintu apabila keluar dari rumah. Sebab syaitan yang memecah belahkan keamanan keluarga sentiasa menunggu peluang untuk masuk ke kediaman kita. Lebih bagus  beri salam setiap kali masuk ke mana-mana pintu (kecuali bilik air) sebab port-port syaitan kebiasaannya di pintu-pintu. 

..... Lazimi membaca membaca dan memasang ayat suci Al-Quran di rumah.

..... Gunakan semua bilik yang ada di dalam rumah

..... Tutup tong sampah dan jangan biar sampah bertaburan seperti tulang dan lain-lain sebab itu semua makanan jin.

..... Sebelum maghrib tutup semua pintu dan tingkap. Malam-malam elakkan buka pintu atau tingkap sebab angin malam tidak elok untuk badan dan kebiasaan sihir dihantar menggunakan jin dan "kenderaan" jin adalah angin.

..... Angkat baju diampaian sebelum maghrib. Yang ini berkait dengan sihir melalui angin. Sesetengah alim ulama akan basuh semula baju yang terhampar pada waktu maghrib dan ke atas.

.... Kalau orang tidur mengigau, sentuh dan kejutkan dia

.... Tidur dalam keadaan mengiring ke kanan. Kalau tidur telentang, letak bantal di atas badan.Orang perempuan bila tidur, rambut kena letak bawah kepala (jangan lepaskan ke atas bantal)

.... Bagi rumah yang pintu-pintunya berhadapan dengan pintu lain, tutup salah satu dan buka salah satu. Sebab pintu-pintu yang saling berhadapan boleh jadi laluan makhluk halus.

.... Kalau terlupa bagi salam masa masuk rumah, Keluar semula dan masuk balik dengan bagi salam.

.... Elakkan ketawa dan bersedih yang berlebihan

.... Elakkan duduk di pintu

.... Selalu-selalu baca surah Al-Baqarah

.... Selalu alih-alihkan barang dalam rumah, Jaga suasana balik dalam  rumah, jangan buat perkara lalai sebab benda-benda macam ini yang tarik perhatian makhluk halus. Jin/Syaitan suka berdampingan dengan manusia yang kelalaian.

Thursday 15 October 2015

Pesan Buya Hamka

Posted by karmilaillang at Thursday, October 15, 2015 0 comments

Pada 1964, Ulama besar Nusantara, Buya Hamka pernah ditahan secara zalim oleh Presiden Indonesia Soekarno, dengan tuduhan kononya terlibat dalam rencana pembunuhan beliau. Hamka ditahan tanpa dibicara, bahkan buku-bukunya dilarang untuk diedarkan.

Setelah Buya Hamka dibebaskan, taqdir Allah, akhirnya Soekarno digulingkan , dikenakan tahanan rumah, kehiduapnnya mulai terasing, lalu dalam keadaan uzur beliau meninggalkan pesan buat orang yang pernah dizaliminya, Buya Hamka. ia berbunyi, "bila aku mati kelak, minta kesudian Hamka untuk menjadi imam solat jenazahku"..

Apabila pesan itu disampaikan, Buya Hamka terkejut, tanpa fikir panjang, beliau melawat ke Wisma Yaso, tempat jenazah Bung karno disemayamkan. Sesuai dengan wasiat Soekarno, Buya Hamka pun memimpin solat jenazah tokoh yang pernah menghumbankannya ke penjara itu. Dengan ikhlas beliau menunaikan wasiat itu, mereka yang hadir pun terharu.

Lalu, apakah Buya Hamka itu menaruh dendam pada soekarno? Dengan tulus ikhlas beliau mengatakan, "aku tidak pernah dendam kepada orang yang pernah menyakitiku. Dendam itu termasuk dosa. Selama dua tahun empat bulan aku ditahan, aku merasakan itu semua merupakan anugerah yang tiada terhingga daripada Allah kepadaku, sehingga aku mampu menyelesaikan kitab tafsir Al-Quran 30 Juz. Jika bukan dalam tahanan, tidak mungkin aku punya waktu untuk menyelesaikan pekerjaan itu".........

Kesimpulannya : Maafkanlah sesiapa pun yang memusuhimu, jangan sesekali menyimpan dendam, ketahuilah bahawa pasti ada hikmah di sebalik segala-galanya....

SALAM MAAL HIJRAH 1437H




Monday 12 October 2015

Pernah Tak......

Posted by karmilaillang at Monday, October 12, 2015 1 comments

Pernah Tak , ada dalam situasi ini??
 Bawa mak ayah pergi klinik, mak ayah bayar sendiri sebab kita pun tak mampu nak tolong bayar... sedangkan dari kecil mak ayh yang bayarkan bil kita.. kadang terpaksa meminjam.. ada yang sampai sekarang masih mengharapkan mak ayah yang bayar

Bawa mak ayah pergi pasar malam/supermarket... mak ayah bayar sendiri, sedangkan dari kecil lagi mak ayah yang turuti apa yang kita nak sampai abaikan keinginan sendiri...

Mak ayah pegang apa-apa tapi kita buat tak tahu, sebab nanti short duit belanja kita, berguling-guling kita berontak nak juga sesuatu tueeee

Nak keluar makan takut nak pelawa mak ayah sekali sebab nanti kena bayar lebih... padahal dulu kita menangis-menangis nak kfc mak ayah terpaksa ikat perut waktu kerja sebab terguna duit belanja

Nak balik kampung melawat mak ayah pun tak mampu sebab kos minyak, tol dan belanja di kampung..padahal dulu nak ke mana pun mak ayah sanggup pinjam kereta, sanggup naik turun bas bawa kita berjalan

Waktu balik kampung tak hulur wang belanja padahal dari sekolah mak ayah la yang bagi duit belanja

Tak Payah cakap bab memberi..sampai dah kahwin dah anak anak pun masih meminta pada mak ayah... itu saya dulu, waktu seronok, waktu senang.....insan pertama yang kita cari ialah pasangan kita....rai kan bersama...tapi waktu susah, waktu musibah insan pertama yang kita cari ialah mak ayah...

Mak ayah kita tak pernah berfikir-fikir 2 kali untuk beli atau berbuat sesuatu untuk kita walaupun dia pun takda waktu tue.. tak pernah sebut dan bagi alasan, semuanya ditelan, kalau cakap takut kita rasa serba salah nak minta tolong..sedangkan kita sekarang mak ayah minta sikit.. panjang berjela penerangan kita, untuk itu untuk ini....

Persoalannya BILA???? kita tak mampu beri balik... bukan soal wang..sikit atau banyak sebab mereka bukan mengharapkan kemewahan tapi pemberian dari insan bergelar anak walaupun sikit...ingat, setiap kali alasan yang kita beri... umur mak ayah kita makin meningkat dan mereka takda masa yang banyak untuk tunggu kita "mampu"... dan bagi mereka yang sudh tiada mak ayah, ia bukan alasan untuk kita berhenti memberi pada mereka..


Friday 9 October 2015

Bersabarlah...

Posted by karmilaillang at Friday, October 09, 2015 0 comments



Thursday 8 October 2015

Tentang Luka

Posted by karmilaillang at Thursday, October 08, 2015 0 comments
i
Ada luka yang terlalu samar untuk difahami.
Ada luka yang terlalu jauh untuk didekati.
Ada juga luka yang tidak mahu dipujuk.
Tapi percayalah, semua luka boleh disembuhkan.
Melainkan luka yang sengaja disembunyi sehingga mati.
ii
Jangan sekali-kali meremehkan luka orang lain.
Biar pun ia kelihatan begitu kecil.
Siapa tahu, barangkali luka itu satu-satunya pancaindera yang masih ada.
Selepas seluruh deria lain dibunuh tanpa sedikit pun rasa simpati.
iii
Luka di tangan, selalunya menjadi kudis terlebih dulu, sebelum sembuh.
Seperti juga luka di hati. Marah mesti diluahkan, sebelum sakitnya hilang.
Ada luka yang mudah sembuh tanpa perlu sebarang apologi.
Ada luka yang enggan sembuh selamanya, kerana terlalu menuntut maaf.
iv
Luka adalah milik yang amat peribadi.
Kita yang memilih bagaimana mengakrabinya.
Kita boleh biarkan luka menjadi penjara dalam hidup.
Atau menukarnya sebagai momentum sebuah perjalanan baharu.


.by : Dr. Rem

Wednesday 7 October 2015

Oki Setiana Dewi

Posted by karmilaillang at Wednesday, October 07, 2015 0 comments

Assalamu’alaikum sahabat..
Carilah jodoh yang bukan hanya mencintaimu.
Tapi juga yang menyayangi orang tua dan saudaramu.
Carilah jodoh yang bukan hanya pandai memujimu.
Tapi juga dia yang pandai membimbingmu.
Carilah jodoh yang bukan hanya siap mencukupi kebutuhan makanan, pakaian juga tempat tinggal untukmu.
Tapi juga dia yang berjuang mencukupi kebutuhan emosional, intelektual, juga spiritualmu.
Carilah jodoh yang bukan hanya siap membawamu keliling dunia.
Tapi juga yang siap bersamamu menapaki surga.
Semoga sahabat layak mendapatkan yang seperti itu. Aamiin
ROBBI HABLII MIILANDUNKA ZAUJATAN THOYYIBAH AKHTUBUHA WA ATAZAWWAJ BIHA WATAKUNA SHOIHIBATAN LII FIDDIINI WADDUNYAA WAL AAKHIROH, artinya : Ya Robb berikanlah kepadaku istri yang terbaik dari sisi-Mu, istri yang aku lamar dan nikahi dan istri yang menjadi sahabatku dalam urusan agama, urusan dunia dan akhirat.
ROBBI HABLII MIN LADUNKA ZAUJAN THOYYIBAN WAYAKUUNA SHOHIBAN LII FIDDIINI WADDUNYAA WAL AAKHIROH, artinya : Ya Robb berikanlah kepadaku suami yang terbaik dari sisi-Mu, suami yang juga menjadi sahabatku dalam urusan agama, urusan dunia & akhirat.
aamiin

Tuesday 6 October 2015

Allah sebaik-baik Perancang

Posted by karmilaillang at Tuesday, October 06, 2015 0 comments
Allah jugak merancang!
Dari sekecil2 perancangan kita
Hingga sebesar2 perancangan kita

Perlu kita ingat
Allah jugak merancang
Kadang kita fikir jalan yang lurus
Allah akan bagi lencongan sikit
Kadang lencongan yang banyak
Kadang halangan yang sukar
Jangan pernah merungut
Jangan pernah salahkan takdir
Perlu kita tahu
Allah rancangkan yang TERBAIK utk kita
Cepat atau lambat
Mudah atau sukar
Pastinya pada masa yang TEPAT
InshaAllah.
Sentiasa bersangka baik
Sentiasa Bersyukur!


Monday 5 October 2015

Sahabat

Posted by karmilaillang at Monday, October 05, 2015 1 comments

Kadang - kadang sahabat yang suka belanja kita makan, bukan kerana mereka berharta tapi sebab mereka meletakkan persahabatan melebihi duit......

Kadang - kadang sahabat yang rajin bekerja, bukan kerana mereka tunjuk pandai tapi sebab mereka memahami maksud tanggungjawab.......

Kadang - kadang sahabat yang memohon maaf dulu selepas pergaduhan, bukan kerana mereka salah tapi sebab mereka menghargai orang di sekeliling mereka......

Kadang - kadang yang sukarela membantu kita, bukan kerana mereka berhutang apa-apa tapi sebab mereka lihat kita sebagai seorang sahabat......

Kadang-kadang sahabat yang selalu SMS DAN WATTSAPP anda, bukan kerana mereka tak de benda lain nak buat tapi sebab mereka INGAT PADA ANDA.......

Satu hari, kita semua akan terpisah, kita akan terkenangkan pelbagai perbualan dan impian yang kita ada.

Hari berganti hari, bulan, tahun, hingga hubungan ini menjadi asing........

Satu hari anak2 kita akan jumpa gambar kita dan bertanya,
"Siapa mereka semua tu?".....
Dan kita tersenyum dengan air mata yang tidak kelihatan kerana hati ini terusik dengan kata yang sayu, lalu berkata,
"DENGAN MEREKALAH SAYA ADA HARI YANG PALING INDAH DALAM HIDUP SAYA." .... ..



TERIMA KASIH SAHABAT
Ada 3 Hal dlm hidup yg tidak boleh kembali :
1. Waktu
2. Kata-kata
3. Kesempatan

Ada 3 Hal yg dapat menghancurkan hidup seseorg:
1. Kemarahan
2. Keangkuhan
3. Dendam

Ada 3 Hal yg tidak boleh hilang:
1. Harapan
2. Keikhlasan
3. Kejujuran

Ada 3 Hal yg plg berharga:
1. Kasih Sayang ..
2. Cinta
3. Kebaikan

Ada 3 Hal dlm hidup yg tidak pernah pasti :
1. Kekayaan
2. Kejayaan
3. Mimpi

Ada 3 Hal yg membentuk watak seseorg :
1. Komitmen
2. Ketulusan
3. Kerja keras

Ada 3 Hal yg membuat kita sukses :
1. Tekad
2. Kemahuan
3. Fokus

Ada 3 Hal yg tidak pernah kita tahu :
1. Rezeki ..
2. Umur
3. Jodoh

TAPI, ada 3 Hal dalam hidup yg PASTI :
1. Tua
2. Sakit
3. Kematian.

Amin....

Friday 2 October 2015

Bahagia Itu Satu Pilihan

Posted by karmilaillang at Friday, October 02, 2015 0 comments

Bahagia itu pilihan!
Bahagia itu terletak pada hati kita
Bahagia itu luas konsepnya
Bahagia itu tidak perlu di cari,
Tapi kita perlu ciptakan
Bahagia itu terletak pada sekeping hati
Sekeping hati yang selalu BERSYUKUR!
Tak perlu miliki segalanya utk bahagia
Jadikan apa yang ada untuk lebih bahagia
Bila merasa tidak bahagia,
Baiki hubungan kita dengan Allah
Baiki hubungan kita dgn ibubapa
Baiki hubungan kita dengan orang2 sekeling kita
InshaAllah, bahagia Milik Kita!

Wednesday 30 September 2015

Be The Best

Posted by karmilaillang at Wednesday, September 30, 2015 0 comments

Tuesday 29 September 2015

Penyakit & Doa

Posted by karmilaillang at Tuesday, September 29, 2015 0 comments
























Jihad Takaful

Posted by karmilaillang at Tuesday, September 29, 2015 0 comments





Fikir...Fikirkan.......


Friday 18 September 2015

Jerebu... Semoga cepat berlalu pergi

Posted by karmilaillang at Friday, September 18, 2015 0 comments
Jerebu regional (baca: merentas sempadan): siapakah yang memegang kunci penyelesaian?
Ramai yang bertanya tentang pandangan saya, khususnya dari sudut klimatologi sinoptik dan susur-keluk politik alam sekitar di wilayah ASEAN. Tiada yang baru. My opinion remains the same as it has always been over the last several years, whether you agree or not. Saya kongsikan semula entri yang saya tulis dua tahun dulu (yang sebenarnya diubahsuai dari artikel asal tahun 2005!).
Mungkin sudah agak lama, tapi masih relevan. Sebab status quo isu jerebu belum berganjak sampai sekarang.
Nota: Apparently Indo has ratified ATHP in 2014 – well, after 12 years – but under certain 'condition' which betrays the original spirit of 'equal give and take'.
i
Dalam bidang sains atmosfera, pencemaran udara adalah satu tujah-selidik yang penting. Otak saya sudah tepu meleleh, dek bergelumang isu ini sejak dari Master, PhD hinggalah Pos-doktoral. Saya menelitinya menerusi kacukan perspektif Klimatologi dan Geografi; yang menyorot proses fizikal jerebu, dan perkaitannya dengan aspek kemanusiaan.

Serius cakap. Sudah bosan dan letih. Berkokok dengan nada yang sama untuk satu masalah yang tidak pernah selesai. Maka sekali ini, saya tidak lagi mau bercakap atas kapasiti penyelidik, dengan pendekatan akademik yang bersopan-santun. Sekarang saya mau memberontak tentang perkara ini, atas kapasiti seorang manusia normal yang beremosi. Selaku seorang rakyat Malaysia yang sedang marah.
So, get ready people.
[Nota amaran: Ini adalah pendapat peribadi dan kasual. Dilarang memetik apa-apa di sini untuk tujuan sorotan ilmiah, kenyataan rasmi atau siaran akhbar!]
ii
Jerebu adalah terminologi generik yang diguna untuk merujuk bahan cemar udara daripada kategori partikel halus bersaiz antara 0.2 – 2.0 mikron. Ia boleh diakibatkan oleh bermacam punca: asap kilang, kenderaan, pembakaran hutan, etc. Ia juga boleh berlaku pada pelbagai skala: sama bersifat tempatan, atau berciri regional yang merentas sempadan.

Itu jerebu secara umum. Tapi konteks tulisan saya hari ini adalah spesifik. Saya merujuk khusus kepada ‘insiden jerebu Asia Tenggara’, yang juga dikenali dengan panggilan puaka: ‘the ASEAN brown shit’. Puncanya? Alah, satu galaksi sudah tahu. Ia satu malapetaka ciptaan manusia, yang telah mula dikesan di rantau ini sejak 1980-an. Namun insiden kritikal cuma mula terasa sekitar 1990-an.
Siapa pembikin onar? Nanti. Kita akan sama-sama mencemuh tentang ini kemudian. Tapi sebelum itu, saya mau memahamkan dulu modus operandi dan mekanisme di sebalik fenomena yang keji ini. Dari dua sudut penting, iaitu sains tabii (i.e. berkait sirkulasi udara sinoptik Asia Tenggara) dan sains manusiawi (i.e. bersabit percaturan sosiopolitik regional ASEAN).
iii
Kata Plato, pemikir tersohor Yunani yang sudah lama menjadi fosil, permulaan terbaik untuk mencari kebenaran ialah dengan cara menyoal.

Maka, saya mahu bermula dengan membangkitkan satu persoalan untuk difikir dan dijawab oleh para peminat tegar saya di FB ini: Ibukota negara (baca: capital city) manakah yang tidak pernah dilanda oleh ‘ASEAN brown shit’ yang maha celaka ini – sejak dulu, kini dan selama-lamanya? Mungkin ada yang sedikit lemah dalam subjek Geografi. Jadi, biar saya bagi pembayang pilihan: (a) Kuala Lumpur; (b) Bangkok; (c) Jakarta; dan (d) Bandar Seri Begawan. Hah, mana satu? Teka-lah.
Mahu tahu jawapan? Ok, jangan ada yang terkejut badak sampai pengsan terduduk. Ya, jawapannya tidak lain dan tidak bukan adalah: Jakarta. Jika fakta itu diterjemah dalam bahasa ekonomi, kita akan nampak ada sesuatu yang mencurigakan.
Dalam kemelut jerebu sekarang, cuba pertimbangkan situasi hipotetikal ini. Sebagai langkah paling praktikal untuk mengubahsuai last-minute, travel arrangement yang telah dibuat sejak berbulan-bulan dulu; maka, ribuan pelancong Eropah, Arab dan Jepun yang sudah buat tempahan percutian summer di Kuala Lumpur, Singapura dan Borneo – bolehlah melencong ke Jakarta dan lokasi-lokasi menarik lain di sekitar Pulau Jawa. Demi mengelakkan bahana ‘ASEAN brown shit’.
Siapa yang untung agaknya? Bagi sesetengah komuniti, jerebu ini sinonim dengan musibah dan airmata. Bagi sekumpulan manusia lain, ia bakal membawa rupiah melimpah dan bahagia duniawi.
iv
Mari saya jelaskan dari sudut klimatologi sinoptik kenapa Jakarta selalu selamat daripada petaka jerebu regional ini. Yang dicipta di buminya sendiri.

Punca utama ‘ASEAN brown shit’ adalah pembakaran hutan/ladang secara terbuka (Nota: Indonesia suka menyebutnya sebagai ‘kebakaran’ dan bukan ‘pembakaran’. Jangan terpedaya. Itu cuma satu helah dan propaganda media). Ini berlaku pada dua wilayah utama: Sumatera dan Kalimantan. Kadang-kadang juga di sekitar Pulau Batam. Ketiga-tiga tempat ini, berdasarkan lokasi relatif latitud, terletak di bahagian utara Jakarta.
Pembakaran terbuka ini pula, selalu berlaku pada monsun barat-daya (Mei-Okt) yang kering. Fasa ini dikenali sebagai ‘musim penyediaan ladang’ – kerana yang menyusul selepas ini adalah monsun timur-laut (Dis-Mac), yang membawa cuaca lebih basah. Dalam konteks pertanian tradisional, monsun susulan itu dikenali sebagai musim semi (baca: menyemai benih).
Kitaran udara sinoptik Asia Tenggara pada monsun barat-daya secara amnya bergerak dari hemisfera selatan (benua Australia bertekanan rendah) ke hemisfera utara (tanah besar China yang bertekanan tinggi). Pengaruh daya korialis akibat putaran bumi, akan memesongkan angin yang bergerak selatan-utara ini menjadi barat-daya. Tetapi arah tiupan yang sudah terpesong sedikit ini tetap akan membawa bahan cemar jerebu (yang terhasil di Sumatera, Batam dan Kalimantan) menjauhi Pulau Jawa, iaitu tempat terletaknya Jakarta, pusat tadbir Indonesia serta pelbagai destinasi pelancongan lain e.g. Bali, Bandung, etc.
Bermakna, serakan jerebu itu akan berbondong-bondong menuju ke bandar-bandar utama Asia Tenggara yang berada di utara kawasan pembakaran. Malaysia Barat, Singapura, Brunei dan Malaysia Timur adalah mangsa-mangsa yang terdekat. So these areas got the ‘best’ of the haze production!
v 
Itu penjelasan kenapa insiden ini berlaku, dari segi sains atmosfera. Dan, itu jugalah yang memberi bayangan kenapa masalah ini tidak pernah selesai sejak 30 tahun dahulu. Ia sentiasa datang semula, berulang-ulang. Sebab negara pencetus onar ini tidak mendapat akibat yang signfikan; berbanding negara-negara jirannya. Jadi, kenapa mereka perlu peduli?

IBU KOTA adalah nadi sesebuah negara. Ia adalah tunggak tadbir-urus dan pusat utama kitar ekonomi; sekaligus menjadi titik tumpuan media yang bakal mengolah persepsi dunia terhadap negara tersebut. Jika Kuala Lumpur diisytihar berjerebu, maka impaknya tercalit ke seluruh negara. Pelancongan akan merudum, termasuklah di Langkawi – sekalipun jerebu di pulau itu barangkali tidaklah terlalu kronik.
Tetapi jika Pontianak (Kalimantan) atau Medan (Sumatera) diberitakan ada jerebu – reputasi Indonesia tidaklah terpukul sangat pada mata dunia. Just remember, the international ‘flag carrier’ for Indonesia is Jakarta. Lantaran itu, jika ditinjau dari sudut pendirian politik serantau – pemerintah Indonesia jelas tidak mempunyai iltizam pentadbiran yang cukup kuat untuk menangani isu ini dengan efektif. Because this ‘brown shit’ doesn’t hit Indonesia where it hurts the most. But it does to other countries: especially Singapore, Malaysia and Brunei.
vi
ASEAN Agreement on Transboundary Haze Pollution (ATHP) digubal oleh ASEAN pada tahun 2002 sebagai usaha membendung insiden dan impak jerebu regional ini. Malaysia adalah negara pertama yang meratifikasinya pada Disember 2002. Kemudian diikuti oleh Singapura dan Brunei pada tahun berikutnya; sebelum disusuli oleh negara-negara lain. Paling akhir menandatangani perjanjian serantau ini adalah Filipina pada 2010.

Itu yang TELAH ratifikasi. Malangnya, masih ada SATU negara yang degil ketegar tidak mahu mengiktirafnya sampai sekarang: iaitu, Indonesia. Ini sangat ironi – kerana kunci penyelesaian jangkapanjang bagi masalah ini terletak di tangan pemerintah Indonesia. Anehnya, negara ini pula yang tidak serius mahu mencari penyelesaian. Kedegilan itu tentu sekali dimotivasikan oleh pelbagai agenda tersembunyi yang bermotifkan dua perkara utama.
Pertama, kuasa politik status quo. Negara ini mahu terus dilihat sebagai ‘entiti paling gagah’ menerusi percaturan tarik-tolak jerebu ini, sesudah mereka kehilangan takhta sebagai juara tetap Sukan SEA, sejak beberapa tahun kebelakangan. Kedua, manfaat ekonomi. Sebenarnya salah satu tarikan pelabur asing untuk membangunkan ladang-ladang komersial di Indonesia (kelapa sawit, khususnya) adalah kerana kos operasi yang murah. Kenapa murah? Sebab boleh bersihkan ladang dengan cara ‘slash-and-burn’ saja. Tidak perlu berbelanja tinggi untuk buruh dan peralatan.
Kenapa begitu sekali; negara itu tiada undang-undang alam sekitar-kah? Memang ada. Tapi keazaman penguasa Indonesia untuk menguatkuasakannya – itu satu hal yang lain. Perlukah Jakarta gigih sangat mahu membanteras perkara ini, sedangkan ia menguntungkan mereka? Itu persoalannya.


vii
ATHP sepatutnya boleh bertindak sebagai platform untuk memberi keadilan (dari segi perundangan) kepada negara-negara yang dimangsakan oleh malapetaka yang bersifat trans-boundary. Selain aspek legal, ia juga satu wadah untuk mengukuhkan kerjasama serantau bagi menangani isu ini – misalnya, menerusi perkongsian kepakaran, teknologi dan tenaga manusia. Sama ada dalam usaha bersama mahu menguatkuasa undang-undang alam sekitar, memantau masalah yang berlaku mahupun menebat impaknya kepada komuniti.

Gagasan ATHP (walaupun skopnya spesifik kepada isu jerebu) ada sedikit persamaan dengan kewujudan ‘court of justice’ bagi European Union. Yang mempunyai kuasa untuk mengurus hal-hal perundangan yang berkait dengan isu-isu rentas sempadan: misalnya, yang melibatkan jenayah dan pencemaran.
Dalam konteks Eropah, jika mahkamah itu tidak diwujudkan – maka, ahli-ahli negara yang berkongsi sempadan, sungai dan ruang udara itu boleh saling ‘mendajalkan’ jiran-jiran di kiri-kanan. Sebagaimana yang sedang dibuat oleh Indonesia sekarang dalam konteks pencemaran jerebu.
viii
Ada macam-macam alasan kerajaan negara seberang bila diajukan isu pasal jerebu. Kadang-kadang sensitifnya terlebih-lebih. Pantang ditegur, mulalah melenting. Seolah-olah mereka adalah mangsa yang menderita, bukan si pembuat onar.

Alasan paling lazim: oh, kebakaran hutan! Macamlah dia saja yang ada hutan. Malaysia, Filipina, Thailand dan Brunei pun ada hutan. Dari jenis yang sama, di bawah pengaruh iklim yang serupa. Kenapa hutan awak saja yang asyik terbakar secara besar-besaran? Hutan negara lain tidak pula dijilat api pada skala gadang begitu.
Satu lagi. Kenapa kebakaran hutan secara massive itu hanya berlaku pada monsun barat-daya, ketika angin sinoptik sedang berpuput dari hemisfera selatan menunju ke negara-negara Asia Tenggara di utara: Singapura, Malaysia, Brunei, et. al. Ketika angin monsun bergerak turun dari utara menuju ke Jakarta, tidak pula berlaku ‘kebakaran’ hutan secara besar-besaran.
Kenapa begitu? Jawabnya mudah. Sebab ini bukan ‘kebakaran’ yang berlaku di luar kawalan. Ini adalah ‘pembakaran’, iaitu satu tabiat keji yang telah dipupuk dan disokong secara sistematik sejak dahulu. Tiada sikap SERIUS pihak penguasa tempatan terhadap permasalahan ini.
ix
Juga sering dinyatakan, kebakaran (atau pembakaran) yang berlaku di ladang dan hutan itu turut melibatkan syarikat-syarikat dari Malaysia dan Singapura. Ini adalah ayat diplomat paling gampang.

Isunya di sini, bukan soal syarikat yang membakar itu berasal dari negara mana. Tidak peduli sama ada kompeni itu berdaftar di Alaska, Malta ataupun Nicaragua. Yang mendapat untung daripada pelaburan mereka itu, siapa? Yang membenarkan mereka datang berladang di sana itu, siapa? Yang menjadi pemerintah tanah di mana jenayah kemanusiaan (baca: ASEAN brown shit) itu dilakukan, siapa pula?
Tidak perlu membabitkan pihak lain kerana kegagalan untuk memantau dan mengurus obligasi negara sendiri. Adakah Indonesia secara tersiratnya mahu memberitahu Malaysia dan Singapura untuk bertindak kepada syarikat-syarikat yang berasal dari dua negara ini? Bagaimana cara? Dengan menghantar PDRM atau penguasa JAS ke Sumatera dan Kalimantan?
Salah satu tujuan ATHP digubal adalah untuk mengusulkan kerangka perundangan ASEAN bagi hal-hal yang bersabit dengan kecurangan alam-sekitar (khususnya, oleh industri perladangan yang boleh mencetuskan jerebu). Tapi Indonesia masih tidak ratifikasi perjanjian tersebut. Jadi bagaimana Malaysia dan Singapura boleh membantu? Sedangkan tidak ada platform untuk berbuat begitu (implementasi perundangan berbentuk rentas sempadan).
x
Buat masa ini, hanya Malaysia yang berani secara konsisten dan berterusan memberi tekanan kepada Indonesia. Agar negara itu meratifikasi ATHP, sekaligus membuka jalan penyelesaian (yang mungkin lebih efektif?) untuk mendepani isu jerebu yang sudah berlanjutan lebih tiga dekad ini.

Singapura dan Brunei masih belum berani mengkritik secara terbuka dalam mana-mana sidang kemuncak rasmi ASEAN. Sedangkan mereka juga mangsa utama. Kita tahu kenapa. Sebab mereka ini negara kerdil (dari segi saiz dan populasi); dan tiada pasukan tentera sendiri. Jadi mereka sangat berhati-hati untuk tidak memprovokasi sang garuda. Sejarah ‘ganyang Malaysia’ cukup sebagai satu peringatan, supaya insiden yang sama tidak berlaku pada mereka.
Vietnam, Laos, Kemboja dan Myanmar terlalu jauh di utara. Kesan jerebu agak minimal. Lagipun ketiga-tiga negara ini sedang bergelut dengan perjuangan sosio-ekonomi yang masih jauh ketinggalan. Tidak berbaloi membuang masa dan tenaga, mahu bertelagah dengan Indonesia untuk isu yang tidak signifikan pada negara sendiri. Sebab itu, mereka tidak masuk campur.
Thailand dan Filipina, sekalipun ada juga terkesan dengan jerebu, namun ia hanya melanda secara kritikal kawasan di selatan (e.g. Patani dan Mindanao). Impaknya tidak terlalu ketara di Bangkok dan Manila, iaitu nadi pentadbiran dan ekonomi utama. Jadi dua negara ini pun tidak bermotivasi sangat mahu menyibuk. Lagipun mereka ada isu domestik yang lebih runcing mahu diurus: iaitu pemberontakan gerila pemisah di wilayah-wilayah selatan (yang kebetulan terdedah kepada petaka jerebu). Siapa tahu, mungkin Bangkok dan Manila diam-diam menyukai kedatangan jerebu. Agar padan muka para pemberontak itu!
xi 
Berdasarkan situasi semasa sosio-politik ASEAN, nampaknya langkah ke hadapan bagi isu jerebu regional: akan banyak bergantung kepada peranan Malaysia. Manakala kunci penyelesaiannya digenggam erat oleh Indonesia.

Dari segi sains atmosfera, fenomena semulajadi kitaran angin sinoptik memang sangat memihak kepada negara pembikin onar. Dari sudut kemelut sosio-politik ASEAN pula, agak tricky bagi Malaysia untuk mendapat dokongan efektif negara-negara lain. Due to the unfortunate circumstances, the other countries are currently dealing with.
Kesimpulan? Tidak ada pilihan lagi, kecuali satu. Malaysia mesti menjadi lebih tegas dan berani, di peringkat regional dan internasional. Sandaran kepada kekuatan ini haruslah dibina di peringkat domestik. Caranya? Rakyat mesti bersatu, dan tidak menzahirkan sebarang petunjuk perpecahan yang akan menaikkan moral negara seberang. Untuk terus memperlekeh tekanan yang cuba diberi oleh negara kita, berhubung isu jerebu ini.
xii
Mari beri segenap jiwa kita untuk membina moral negarabangsa Malaysia yang satu, dalam menangani kemelut sosio-politik serantau ini. Dalam isu ‘pencerobohan Sulu’, kita gagal bersoladiriti dengan padu, kerana terlampau ghairah menyembah berhala politik masing-masing.

Kini, kita diuji sekali lagi dalam isu ‘serangan jerebu’. Ini soal yang terang lagi bersuluh. Bukan perkara yang hanya bersandar persepsi dan kecenderungan mazhab politik semata-mata. Dari sudut mana pun kita melihatnya, ia tetap merupakan satu bentuk ketidakadilan kepada negara. Justeru, mampukah kita bersolidariti menentang kezaliman ini?
Semua penggemar politik kepartian Malaysia – baik dari kelompok pro kerajaan mahupun pro kerabangkang – jadikan musibah ini sebagai titik penyatuan. Buat seketika, tolonglah berhenti menjadi kera-kera fanatik politik yang memecahkan. Kerana kita ada perjuangan yang lebih besar di hadapan.

By : Dr Rem

Thursday 17 September 2015

Insan Terpilih - Tragedi Kren Makkah 1436H

Posted by karmilaillang at Thursday, September 17, 2015 0 comments

Allahummaghfirlaha warhamha wa'afiha wa'fuanha.

Dalam ramai-ramai mangsa jemaah haji yang menjadi korban kren di Tanah Suci, kisah wanita ini yang paling mengusik jiwa saya, dan mungkin anda juga.

Betapa beliau adalah insan yang terpilih di antara yang terpilih. Dipilih menjadi tetamu Allah untuk menunaikan haji pada usia 37 tahun, yg bagi saya sangat istimewa sebab tak ramai yg tunaikan haji pa
da usia 30-an. Kebiasaannya lewat usia memasuki angka emas. Kemudian, beliau terpilih untuk bertemu Tuhan di tempat suci, tempat yg baik dan dalam ibadat yang sangat besar ganjaran pahalanya. Bukan hanya saat beliau masih bernyawa, malah saat beliau mengakhiri nafasnya juga.

Walaupun meninggal dalam keadaan yang tidak dijangka, dalam keadaan yg mengerikan penuh berlumuran darah dan mayat bergelimpangan, beliau terpilih kerana jasadnya adalah jasad yang paling sempurna. Sempurna, bersih dan indah seperti saat hayatnya di dunia. Dan, jenazahnya dimakamkan di perkuburan kekal Ma'la yang mana tidak semua jemaah yang meninggal di Tanah Suci akan dikuburkan di sana. Perkuburan itu hanyalah untuk para syuhada' sahaja! MasyaAllah indahnya wanita ini dijemput Tuhan..

Lihatlah senyumannya saat ingin berlepas ke Tanah Suci. Riang gembira. Seingat saya, antara pengalaman saya menghantar sanak saudara ke dewan pelepasan, suasana yg sering saya lihat penuh dengan linangan air mata dan pelukan erat ahli keluarga. Tapi wanita ini, bahkan ahli keluarganya, tersenyum indah seolah-olah mengerti bahawa wanita kesayangan mereka ini bakal dihantar ke syurga. Wajah wanita ini bersih memancar seri, mungkin tidak sabar bertemu bidadari di sana. Allahu Allah.

Dan saya tidak pernah mengenali wanita ini. Hanya 2 persamaan antara kami berdua: kami rakyat Kelantan dan bergelar seorang guru. Di saat saya mengeluh tentang kerjaya seorang guru dan mengomel tentang anak murid pelbagai ragam, hari ini saya terbayangkan wanita ini saat dia di sekolahnya. Pasti beliau seorang pendidik penyanyang, sabar dan mendidik dengan penuh hikmah. Pasti beliau sentiasa tenang dan tersenyum di sebalik segala ujian. Pasti seluruh rakan sejawat dan anak didik menyenanginya. Dan saya, jauh sekali sepertinya. Allah..

Tadi terbaca nukilan dari adik wanita ini yang menceritakan perihal beliau yang tak pernah meninggalkan solat sunat dhuha dan qiamullail setiap hari. Bagaimana beliau seorang yang berkerjaya mampu mencuri masa untuk menghadap Tuhan di saat guru-guru lain terkejar-kejar ke kelas atau mungkin sedang santai lepak di bilik guru. Dan saya di sini, seringkali punya banyak alasan untuk 2 rakaat dhuha. Sibuk, takde masa, malas nak berwuduk, malas nak mekap banyak kali dan seribu macam alasan lagi. Itu belum masuk soal qiamullail lagi. Astaghfirullah..

Dengar kisah wanita ini, mengingatkan saya pada allahyarham Ammar yang syahid di Turki dan juga salah seorang krew pesawat MH17. Keduanya juga terlibat dalam kemalangan yang tidak ingin kita lihat, namun jasad mereka sempurna tanpa cela. Dan kepulangan mereka juga diiringi jutaan doa dari seluruh rakyat dunia, walhal ketika hayat mereka, tidak ramai yang mengenali.

Cikgu, semoga kematian cikgu dapat menghidupkan jiwa-jiwa yang telah 'mati'.
Saya cemburu dengan Cikgu.
Jika syurga itu tempatmu, moga Cikgu damai di sana bersama para bidadari jelita di taman abadi.
Mungkin kita yang melihat dari jauh sepertinya dia milik syurga.
Namun pandangan Tuhan lebih bijaksana. Dimana tempat Cikgu di sana itulah yg terbaik untukmu.

"Maka segeralah kembali kepada mentaati Allah. Sungguh, aku seorang pemberi peringatan yang jelas dari Allah untukmu." [Az-Zariyat:50]

Alfatihah untuk Allahyarhamah Cikgu Siti Nuroshlizan Zulkifli.

By : Fadhlia Nuur
 

Anugerah Cinta Copyright © 2012 Design by Asrarqulub Arts Asrarqulub Arts