Pada 1964, Ulama besar Nusantara, Buya Hamka pernah ditahan secara zalim oleh Presiden Indonesia Soekarno, dengan tuduhan kononya terlibat dalam rencana pembunuhan beliau. Hamka ditahan tanpa dibicara, bahkan buku-bukunya dilarang untuk diedarkan.
Setelah Buya Hamka dibebaskan, taqdir Allah, akhirnya Soekarno digulingkan , dikenakan tahanan rumah, kehiduapnnya mulai terasing, lalu dalam keadaan uzur beliau meninggalkan pesan buat orang yang pernah dizaliminya, Buya Hamka. ia berbunyi, "bila aku mati kelak, minta kesudian Hamka untuk menjadi imam solat jenazahku"..
Apabila pesan itu disampaikan, Buya Hamka terkejut, tanpa fikir panjang, beliau melawat ke Wisma Yaso, tempat jenazah Bung karno disemayamkan. Sesuai dengan wasiat Soekarno, Buya Hamka pun memimpin solat jenazah tokoh yang pernah menghumbankannya ke penjara itu. Dengan ikhlas beliau menunaikan wasiat itu, mereka yang hadir pun terharu.
Lalu, apakah Buya Hamka itu menaruh dendam pada soekarno? Dengan tulus ikhlas beliau mengatakan, "aku tidak pernah dendam kepada orang yang pernah menyakitiku. Dendam itu termasuk dosa. Selama dua tahun empat bulan aku ditahan, aku merasakan itu semua merupakan anugerah yang tiada terhingga daripada Allah kepadaku, sehingga aku mampu menyelesaikan kitab tafsir Al-Quran 30 Juz. Jika bukan dalam tahanan, tidak mungkin aku punya waktu untuk menyelesaikan pekerjaan itu".........
Kesimpulannya : Maafkanlah sesiapa pun yang memusuhimu, jangan sesekali menyimpan dendam, ketahuilah bahawa pasti ada hikmah di sebalik segala-galanya....
SALAM MAAL HIJRAH 1437H
0 comments:
Post a Comment