Thursday, 8 October 2015

Tentang Luka

Posted by karmilaillang at Thursday, October 08, 2015
i
Ada luka yang terlalu samar untuk difahami.
Ada luka yang terlalu jauh untuk didekati.
Ada juga luka yang tidak mahu dipujuk.
Tapi percayalah, semua luka boleh disembuhkan.
Melainkan luka yang sengaja disembunyi sehingga mati.
ii
Jangan sekali-kali meremehkan luka orang lain.
Biar pun ia kelihatan begitu kecil.
Siapa tahu, barangkali luka itu satu-satunya pancaindera yang masih ada.
Selepas seluruh deria lain dibunuh tanpa sedikit pun rasa simpati.
iii
Luka di tangan, selalunya menjadi kudis terlebih dulu, sebelum sembuh.
Seperti juga luka di hati. Marah mesti diluahkan, sebelum sakitnya hilang.
Ada luka yang mudah sembuh tanpa perlu sebarang apologi.
Ada luka yang enggan sembuh selamanya, kerana terlalu menuntut maaf.
iv
Luka adalah milik yang amat peribadi.
Kita yang memilih bagaimana mengakrabinya.
Kita boleh biarkan luka menjadi penjara dalam hidup.
Atau menukarnya sebagai momentum sebuah perjalanan baharu.


.by : Dr. Rem

0 comments:

Post a Comment

 

Anugerah Cinta Copyright © 2012 Design by Asrarqulub Arts Asrarqulub Arts