"Aku tak boleh buatlah kerja tu. Susah! Mustahil boleh buat."
"Apa dia cakap tu. Macam bodoh je. Mengarut. Menyampah nak dengar!"
"Kau tak payahlah bajet rajin. Baca buku. Bukan boleh dapat A pun!"
Bla. Bla. Bla. Itu contoh kata-kata orang yang sentiasa berpersepsi negatif. Cakaplah apa-apa sahaja, semua perkara dipusingnya menjadi negatif. Tidak ada yang baik melainkan buruk-buruk belaka.
Saya rimas dengan orang yang negatif. Serius rimas.
Ya, masalah memang membebankan. Tapi kalau otak asyik fikir negatif, masalah tidak selesai pun. Merungut itu boleh sahaja tapi janganlah diamal setiap masa. Kehidupan ditangani dengan langkah dan tingkah, bukan keluhan yang tak sudah.
Tidaklah salah berkeluh kesah, itu lumrah. Tetapi andai setiap masa merungut sahaja, itu masalah.
0 comments:
Post a Comment