Friday, 14 October 2011

Bagaimana Menyayangi Seseorang

Posted by karmilaillang at Friday, October 14, 2011
Bagaimana bila kita menyayangi seseorang


1, Sayangi dia dengan hati, bukan dengan perasaan.Jika anda meletakkan sesuatu hubungan berdasarkan perasaan, ia akan hanya akan gagal hal ini kerana perasaan senantiasa berubah dari masa ke semasa.

2, Sayangi dia seadanya, di dunia terdapat hampir 6 bilion manusia dengan 6 bilion personaliti. Dia sebenarnya seorang yang istimewa dan biarkan dianya kekal begitu. Jangan sesekali terfikir untuk mengubah apa-apa tentang dia kerana sekali kita mengubahnya, selamanya kita akan terus mengubah dirinya. Tentu anda masih ingat, kita terpikat kepadanya kerana dia adalah dia. Maka, tiada alasan untuk kita mengubah dia untuk menjadi seseorang yang lain.

3, Sayangi dia sepenuh hati, sesungguhnya dia telah banyak berkorban untuk kita. Dengan kelebihan yang ada padanya, dia berpeluang untuk menjalinkan hubungan dengan seseorang yang lebih sempurna tapi demi cinta, dia telah memilih diri kita. Maka jangan sekali kali kita mencuba untuk mempermainkan keluhuran cintanya.

4, Hormati pendirian dan keputusan dia, jangan kita merayu dan jangan kita membuat alasan supaya dia menerima cinta kita kerana kelak, yang akan kita dapat darinya hanyalah cinta simpati dan bukannya cinta setulus hati.

5, Yakinkan diri kita akan keistimewaan dia, dia adalah satu-satunya di dunia dan jangan mengharapkan kesempurnaan dari dia kerana dia telah cukup sempurna semenjak kita mula terpikat kepadanya.

6, Percaya akan dirinya, senantiasa berbaik sangka padanya, jika kita juga menginginkan begitu darinya. Pastikan kita akan senantiasa memperlakukan diri kita pada tempatnya sebelum melakukan apa-apa.Jika kita sendiri tidak dapat menerimanya, apalagi dia.

7, Jangan berjanji menyayangi dia untuk selama-lamanya kerana selama-lamanya bagi kita mungkin akan berakhir keesokkan harinya, tapi berjanjilah untuk menyayangi dirinya seolah-olah hari itu adalah hari yang terakhir untuk kita berdua.

8, Berbinta dengannya adalah seperti memberi hati kita kepadanya untuk dilukai tapi keprcayaan itupenting.Percayalah kepadanya, nescaya dia akan melindungi jiwa dan raga.

9, Jangan sesekali meninggalkan dia tanpa alasan, dia bukan hanya menangis kecewa dan kemudian meneruskan hidupnya seperti biasa,ketahuilah bahawa jiwanya akan mati secara perlahan.

10, Jangan cepat berbangga dengan diri kita, mendapatkan hatinya bukanlah satu kejayaan yang mutlak tapi anugerah itu hanya layak kita peroleh setelah kita berjaya menyayanginya hingga akhir hayat. Ketahuilah, dia memilih kita adalah kerana dia percaya bahawa kita adalah seorang yang jujur dan akan menepati janji. Kita telah bersusah payah dan berusaha dengan segala upaya untuk memenangkan cintanya, maka dengan itu haruslah kita juga berusaha untuk terus mencintai dirinya apapun seadanya.

"Cinta saya akan membuatnya buta, buka berkenaan siapa saya dan berkenaan siapa dia", 
m/s97 : Hidup Penuh Cinta



0 comments:

Post a Comment

 

Anugerah Cinta Copyright © 2012 Design by Asrarqulub Arts Asrarqulub Arts