Thursday, 27 October 2011

Tidak Boleh..

Posted by karmilaillang at Thursday, October 27, 2011

Dalam kehidupan ini ada tujuh hal yang kita TIDAK BOLEH ubah iaitu :

1. Jenis Kelamin dan Jantina

Memang boleh buat pembedahan untuk mengubah alat sulit. Tetapi masih tidak mampu mengubah roh orang berkenaan. Lagipun hukumnya haram. Terimalah diri seadanya samada lelaki atau wanita.


2. Ibu Bapa

Mesti hormat ibu bapa dengan apa cara sekalipun! Samada dia kaki botol, pelacur mahupun perompak, tetap kena hormat mereka. Cuma kita wajib memberi nasihat dan teguran tanpa henti.


3. Tarikh Lahir

Sudah ditetapkan oleh Allah, sebelum dunia dijadikan kita tidak boleh memilih tarikh lahir kita. Ia memang sudah ditentukan sejak azali dan jangan sesekali kita menyesalinya.


4. Bentuk Fizikal

Jika rambut anda kerinting, hidung tak mancung, pipi tersorong-sorong, kulit gelap, terima sajalah. Memang ramai yang ingin mengubah bentuk wajah mereka samada membuat pembedahan plastik mahupun mencukur kening, tetapi tetap nampak aneh dan tidak semulajadi.


5. Masa Lalu

Past is the past. Jangan menyesali masa yang sudah berlalu melainkan untuk dijadikan sebagai pengajaran. Jadikan masa lalu sebagai batu loncatan untuk masa depan.


6. Kedudukan Dalam Keluarga

Kedudukan kita sebagai anak sulung, bongsu atau tengah, tidak akan dapat diubah sekalipun anda merasa beban memikul tanggungjawab sebagai anak sulung.


7. Suku Bangsa

Jangan menyesal jadi orang Melayu, Jawa, Cina atau India. Walaupun Melayu sering di’cop’ sebagai pemalas, berusahalah untuk mengubah tanggapan tersebut. Perkara yang kita boleh ubah adalah cara kita berfikir. Jika berubah maka berubahlah hidup kita.


kreditt: Asraf

0 comments:

Post a Comment

 

Anugerah Cinta Copyright © 2012 Design by Asrarqulub Arts Asrarqulub Arts