Bersyukur merupakan kualiti hati yang terpenting.Dengan bersyukur kita akan sentiasa merasa tenang, tenteram dan bahagia. Dan sebaliknya jika kita tidak selalu bersyukur, kita akan selalu merasa kurang dan tidak bahagia. Ada dua perkara yang selalu membuatkan kita tidak bersyukur.....
Pertama,
Kita sering memfokuskan pada apa yang kita inginkan, bukan pada apa yang telah kita miliki.
Katakanlah kita telah memiliki sebuah rumah, kereta, pekerjaan tetap, dan pasangan yang terbaik.. Tapi kita masih merasa kurang. Fikiran kita dipenuhi berbagai target dan keinginan.
Kita sangat obses dengan rumah yang besar dan cantik, kereta yang mewah, serta pekerjaan yang bergaji besar. Kita ingin itu dan ini. Bila tidak mendapatkannya kita akan terus memikirkannya.
Tapi peliknya, walaupun kita sudah mendapatkan apa yang kita citakan, kita hanya menikmati kesenangan sekejap sahaja.
Kita tetap tak puas, kita ingin yang lebih lagi. Jadi, betapa pun banyaknya harta yang kita miliki, kita tidak pernah menjadi "KAYA" dalam erti yang sebenar.
Mari kita jelaskan pengertian mengenai seorang kaya..Orang yang kaya bukanlah orang yang memiliki apa pun, tetapi orang yang dapat menikmati apapun yang mereka miliki.
Sudah tentu kita boleh memiliki impian hidup, tapi kita perlu menyedari bahawa inilah akar perasaan tidak tenteram.
Kita dapat mengubah perasaan ini dengan fokus pada apa yang sudah kita miliki. Cuba kita melihat keadaan sekeliling, fikirkan apa yang kita miliki dan bersyukurlah.
Pastinya kita akan merasakan nikmatnya hidup. Tumpukan perhatian pada sahabat dan orang-orang di sekeliling kita, pastinya mereka dapat membantu kita untuk hidup dengan lebih tenang.
Seorang pengarang pernah berkata, "menikahlah dengan orang yang kita cintai, setelah itu cintailah orang yang kita nikahi", perbuatan ini pasti akan mewujudkan rasa bersyukur.
Ada cerita yang menarik mengenai seorang miskin yang mengeluh kerana tidak dapat membeli sepasang kasut, sedangkan kasutnya sudah lama koyak. Suatu petang dia melihat seseorang yang tidak mempunyai kaki, tapi tetap ceria. Pada masa itu juga orang miskin tadi berhenti mengeluh dan mula bersyukur.
Kedua,
Perkara yang membuat kita tidak bersyukur, adalah kecenderungan membanding-bandingkan diri kita dengan orang lain. Kita merasa orang lain lebih beruntung, dan kemanapun kita pergi , selalu ada orang yang lebih pandai, lebih kacak, lebih cantik, lebih pecaya diri dan lebih kaya dari kita.
Biasalah "rumput jiran memang selalu kelihatan lebih hijau dari rumput di halaman rumah kita sendiri".
Ada cerita menarik mengenai dua pesakit rumah sakit jiwa.
Pesakit pertama sedang duduk termenung sambil menjerit "siti...siti".
Seorang pengunjung yang bertanyakan masalah yang dihadapi orang ini. Doktor menjawab, orang ini jadi gila setelah cintanya ditolak oleh wanita yang bernama siti...
Pengunjung tadi mengangguk tapi semasa melalui bili lain, dia terkejut melihat ada orang gila lain yang menghantukkan kepalanya di tembok dan berteriak "siti...siti..siti".
Orang ini juga ada masalah dengan siti?, adakah siti yang sama? tanyanya kehairanan.
Doktor kemudian menjawab, Ya, dialah yang akhirnya berkahwin dengan siti.
Hidup akan lebih bahagia kalau kita menikmati apa yang kita miliki. Oleh kerana itu, bersyukur merupakan kualiti hati yang tertinggi.
Bersyukurlah!,
bersyukurlah bahawa kita belum memiliki segala sesuatu yang kamu inginkan. Seandainya sudah, apalagi yang harus diinginkan?
Bersyukurlah apabila kita tidak tahu sesuatu, kerana itu memberimu kesempatan untuk belajar.
Bersyukurlah untuk menghadapi masalah yang sukar, kerana itu akan menjadikan kita untuk hidup lebih kuat.
Bersyukurlah dengan kehidupan kita yang terasa kekurangan, kerana itu memberikan kita kesempatan untuk maju.
Bersyukurlah untuk setiap tentangan, kerana itu akan membangun kekuatan jatidiri kita.
Bersyukurlah, untuk kesalahan yang kita buat, kerana itu akan mengajarkan pelajaran yang lebih berharga.
Dan rasa bersyukur dapat mengubah perkara yang negatif menjadi positif.
Kreditt : Redzuan, (gambar) Waheeda
0 comments:
Post a Comment