Sahabat,
carilah hikmah di setiap ketentuan Tuhan, semoga timbul Kesabaran dan Kesyukuran
setiap yang payah pasti ada Kesenangan
dan setiap kesabaran pasti ada Ganjaran
Jika sesuatu di takdirkan untuk kita, tiada siapa yang dapat menghalang
namun, jika di takdirkan bukan untuk kita, pasti takkan dimiliki walaupun sudah berada dalam genggaman
sahabat,
sekuat mana pun godaan yang kita hadapi
sekukuh apa pun cubaan yang harus kita depani
sebesar apa pun kegagalan yang kita rasai
sesusah mana pun hari-hari yang kita lalui
jangan pernah berhenti berharap kepada Allahu Rabbi
jangan berhenti berdoa kepada illahi
kerana apa?
kerana harapan adalah masa depan
kerana harapan adalah sumber kekuatan
kerana apa
kerana doa adalah pintu kebaikan
dan kerana doa adalah senjata orang beriman
kredit gmbr : waheeda.
0 comments:
Post a Comment