Pernahkah kamu memancing ikan? kalau tak pernah memancing pernahkah kamu melihat orang memancing? kalau tak pernah pun, bolehkah kita bayangkan yang seseorang sedang memancing..?. Baiklah , katakanlah kita sedang menemani seseorang yang sedang asyik memancing. Tiba-tiba mata kailnya disentap oleh seekor ikan dan dia segera memutar pemutar tali pancing. Sekali sekala dia menghenjut-henjut jorannya supaya mata kailnya semakin menyangkut di mulut ikan. Akhirnya, ikan itu dapat dinaikkan ke darat. Kita sebagai peneman yang bersama pemancing melihat pemancing tersenyum lebar. Gembira benar hatinya, kita juga pastinya akan turut tersenyum kerana itu bermakna satu kemenangan. Dan kita pastinya ghairah melihat pemancing itu cuba untuk membebaskan ikan itu daripada mata kailnya.
Tiba-tiba, setelah dia melepaskan mata kail daripada mulut ikan, dia mencampakkan kembali ikan itu ke dalam air. Eh, apa hal? kita pastinya memandang pemancing itu dengan seribu tanda tanya, tapi dia bersahaja seolah-olah tindakannya itu tidak menimbulkan sebarang persoalan. Kita pasti akan tertanya-tanya, apakah yang akan dirasa dan dideritai oleh ikan itu? Bolehkah ia menyambung hidupnya dengan mulut yang terluka atau mungkin juga isi perutnya yang telah koyak. Sudah tentu ia kan mengalami kesakitan sebelum akhirnya mati, dengan mulut yang terluka dan perut yang koyak, dia tentu tidak dapat mencari makanan, untuk berenang pun mungkin tidak mampu. Dia mungkin juga akan disisihkan oleh kawan-kawannya kerana sudah tidak aktif lagi.
Begitulah juga setelah aku memberi banyak pengharapan kepada seseorang, setelah dia mula menyayangi aku hendaklah aku menjaga hatinya. Jangan sesekali terus meninggalkannya begitu sahaja kerana dia akan terluka oleh kenangan bersamaku dan mungkin tidak dapat melupakannya selagi dia mengingati aku. Sebab itu apabila aku merelakan hatiku untuk bercinta, seriuslah dalam tindakan dan keputusan itu, sebab jika aku hanya main-main, akan ada pihak yang menangis..
Tentu aku dapat bayangkan betapa sakit dan menderitanya ikan menjalani hidupnya setelah dilemparkan kembali ke air. Begitulah, alangkah sakitnya hidup bersama hati yang robek kerana mengingati seseorang.
Cinta adalah fitrah manusia.Allah menjadikan cinta untuk memberi keseronokan kepada hamba-hambaNya menjalani hidup mereka, tapi tahukah kita lebih ramai orang yang menderita kerana cinta daripada yang berbahagia kerana cinta.
Kenapakah terjadi perkara sedemikian.
Jika aku sedang bercinta atau pun akan bercinta suatu hari nanti, akan ku peliharalah hatinya dan rencailah cinta itu dengan kejujuran, kesucian dan keikhlasan serta dasarkan cinta ku kerana Allah. Hanya cinta yang begini akan kekal, selainya pasti menempuh jalan yang berliku dan akhirnya menumpahkan air mata kesedihan...
Maka itu, jika aku belum bersedia untuk berlaku jujur janganlah bercinta dulu...Jika aku belum bersedia untuk setia janganlah cuba-cuba memberikan hati kepada orang lain...sebab perbuatan yang sebegini akan hanya menghabiskan masa, mebazirkan air mata dan perbuatan aku itu akan memulakan satu derita..
Renungkan lah....Wahai Pemilik HATIKU MILIKMU....dan Ingatlah, kita adalah apa yang kita usahakan...Jangan sesekali memberikan harapan kepada orang lain, yang mana kita sendiri pun tidak pasti akan kesudahannya..Jika hari ini kita melukakn seseorang, suatu hari nanti kita pula akan dilukai seperti mana kita pernah melakukan dahulu..Sesungguhnya setiap perbuatan itu akan ada balasannya..
credit untuk : Shah Affendy
0 comments:
Post a Comment