Thursday, 13 October 2011

Kisah pensil & pemadam

Posted by karmilaillang at Thursday, October 13, 2011
Kalau pensil dan pemadam pun ada sifat bersalah dan ingin memohon maaf, sebagai manusia kita haruslah buang sifat ego untuk maaf memaafkan.. 0^0



Pensil : saya minta maaf

Pemadam : Untuk apa? awak tidak berbuat apa-apa yang salah

Pensil : saya minta maaf sebab awak cedera disebabkan saya. Setiap kali saya membuat kesilapan awak sentiasa ada untuk saya. Tetapi apabila awak membuat kesilapan saya tiada. Awak kehilangan sebahagian daripada diri awak. Awak akan menjadi lebih kecil dan lebih kecil lagi setiap kali disebabkan kesilapan saya...

Pemadam :  itu betul, tetapi saya tidak kisah. Awak lihat, saya telah dilahirkan untuk melakukan tugas ini. Saya telah dibuat unruk membantu awak pada bila-bila masa awak melakukan sesuatu kesilapan, walaupun satu  hari saya tahu yang saya akan hilang dan awak akan menggantikan saya dengan yang baru. saya sebenarnya gembira dengan tugas saya. Saya tidak suka melihat awak sedih, dan saya berharap awak dapat teruskan perjuangan hingga ke titisan karbon terakhir...




0 comments:

Post a Comment

 

Anugerah Cinta Copyright © 2012 Design by Asrarqulub Arts Asrarqulub Arts