Thursday 13 October 2011

8 penyakit boleh sembuh dengan berjalan kaki

Posted by karmilaillang at Thursday, October 13, 2011
Jika kita selama ini malas untuk berjalan kaki, fikirkanlah kembali. Menurut satu kajian, berjalan boleh mengurangkan lapan jenis penyakit. Malah boleh menyembuhkan penyakit tanpa harus mengeluarkan duit...hihihihi.



Bermula dari sekarang rajin-rajinlah berjalan dan kita pasti dapat merasakan manfaatnya. Berikut 8 jenis penyakit yang boleh disembuhkan dengan berjalan yang tertumpu pada kaki.

1, Serangan jantung
- Dengan berjalan kaki kita boleh mengurangkan risiko serangan jantung. Otot jantung memerlukan aliran darah lebih deras (dari pembuluh koroner) agar segar dan berfungsi secara normal dengan mengepam darah tanpa henti.
- Berjalan dengan cepat boleh mengalirkan darah ke dalam jantung. Selain selalu berjalan, kolestrol yang baik akan bekerja sebagai span penyerap kolestrol dan akan meningkat ketika kita berjalan laju.

2, Stroke
- Satu kajian dilakukan kepada 70 ribu pesakit di Harvard School of Public Health yang bekerja sambil berjalan kaki sebanyak 20 jam dalam seminggu, hasilnya risiko diserang stroke menurun hingga dua pertiga.

3, Membakar lemak
- Berjalan kaki setiap hari akan meningkatkan kadar metabolisma tubuh, selain jumlah kalori kita akan hilang ketika kita melakukan aktiviti berjalan kaki, kelebihan kalori yang tersimpan di dalam tubuh akan terbakar dan secara tidak lansung peningkatan berat badan juga akan menurun.hihihi

4, Melansingkan badan
- Jika kita mempunyai berat badan yang berlebihan,  kerana pergerakan kaki hingga ke seluruh tubuh mampu menurukan berat badan dan lemak yang ada terutamanya di bahagian perut. Bermula dari hari ini amalkanlah berjalan kaki sekurang-kurangnya satu jam.

5, Kanser akan hilang dengan sendirinya kita rajin berjalan kaki. Kanser yang dimaksudkan adalah sejenis kanser usus besar (Colorectal Carcinoma)
- Kita mengetahui, pergerakan badan dapat melancarkan peristaltik usus, sehingga mampu membuang air besar dengan lebih lancar. Kanser usus berlaku disebabkan najis yang berkumpul lama dalam saluran pencernaan.
- Sementara dalam satu kajian lain, berjalan kaki juga boleh menurunkan risiko terkena Kanser payudara.

6, Mencegah Osteoporosis
- Selalu berjalan kaki bukan hanya otot-otot badan menjadi sihat, namun tulang di dalam badan kita juga akan menjadi sihat dan kuat
- Mengelak daripada terkena osteoporosis bukan hanya sekadar mengambil vitamin D dan kalsium yang banyak, namun tubuh juga memerlukan gerakan badan sekurang-kurangnya 15 minit dibawah sinaran matahari pagi...

7, Mencegah Kencing Manis
- Kajian daripada National Institute of Diabetes and Gigesive & Kidney Diseasese, dengan rutin berjalan kaki kira-kira 6km perjam, dalam tempoh sekitar 50 minit, kita mampu mencegah penularan penyakit diabetes tahap 2, khususnya bagi mereka yang berbadan gemuk.
- Selain gula dalam darah boleh dikawal dengan cara pergerakan badan, ubat tidak diperlukan. Anda hanya memerlukan rutin berjalan kaki untuk terus menjaga kesihatan badan dan sekaligus terhindar dari penyakit diabetes.

8, Stress
- Dengan berjalan kaki dengan cepat boleh mengurangkan tekanan yang kita hadapi, selain menghirup udara yang segar. Dan bermula dari hari ini, rajinlah kita berjalan kaki bagi mengelakkan stress.. 0^0





kredit : Sorotnews




0 comments:

Post a Comment

 

Anugerah Cinta Copyright © 2012 Design by Asrarqulub Arts Asrarqulub Arts