Saturday, 8 October 2011

Resipi Kak Ona 0^0

Posted by karmilaillang at Saturday, October 08, 2011
Assalamualaikum semua, bila cerita pasal "resipi Kak Ona", kita akan masak-masak dalam blog saya..Kak ona ni kawan saya, seorang guru walaupun tak kenal rapat tapi rasanya bahagia mengenali diri kakak ni, jadi makanan pertama yang saya nak kongsi adalah...makanan kegemaran saya..simple je.

CHEESE CAKE SIMPLE TAPI SEDAP


BAHAN-BAHAN..

BAHAN KEK

3 biji telur (saiz besar)
250gm tepung optima
1 atau 2 sudu minyak masak
Kertas minyak utk alas

TOPPING DAN INTI

1 ketul (250gm) cream cheese phildephia
1/2 tin susu pekat yang saiz tinggi (ikut suka mo manis mcmana)

1/2 ketul cheedar cheese, diparut

CARA MEMBUAT KEK

1. pukul telur sampai kembang
2. masukkan tepung optima, pukul sampai putih krim
3. masukkan minyak...pukul hingga sebati
4. Bahagikan adunan kepada dua bhgn dan di masukkan ke dalam loyang yang
telah dialas dengan kertas minyak (lebih senang,elakkan dari melekat
diloyang)…jangan takut kalo tgk adunan 2 sket sgt lepas adunan dibagi dua…
xpa,nanti dia kembang jd tebal gak 2…
5. bakar dengan 180-190drjh celcius selama lebih kurang 10 minit atau hingga
masak(ikut kesesuaian oven masing2)...atasnya akan jd wana coklat, tapi jgn
risau memang begitu hihi...
6. bila dah masak,kuarkan dari oven...buang kulit atas yang wana coklat 2...
7. Ulang langkah 5 dan 6 untuk adunan yang 1 lagi...

CARA MEMBUAT TOPPING DAN INTI

1. pukul cream cheese dengan susu pekat sehingga menjadi cream dan tidak berketul(paling bagus...kuarkan awal2 dari peti sejuk dulu supaya lembut dan mudah diputar)
2. k..letak kek lapisan pertama di bekas, sapu krim cis yg da diputar td...jgn berabis plak ya...kasi simpan untuk topping keseluruhan kek... letak lapisan kek kedua,sapu baki creame cheese bersusu tadi di keseluruhan kek...
3. parutkan chedar cheese di keseluruhan kek (ikut suka,tapi kalo banyak sgt takut nanti masin, x balance ngan rasa krim cheesenya)

makan untuk hidup, hihihi....SELAMAT MENCUBA

1 comments:

nurdani on 10 October 2011 at 17:09 said...

wah....tertelan air liur...nak cuba sebab saya suka kek.hehe

Post a Comment

 

Anugerah Cinta Copyright © 2012 Design by Asrarqulub Arts Asrarqulub Arts