Saturday, 8 October 2011

Indahnya Kasih Sayang

Posted by karmilaillang at Saturday, October 08, 2011

Kasih sayang adalah satu sifat yang terpuji yang amat digalakkan bagi setiap orang, belaian dan layanan yang mesra akan melahirkan suasana yang mesra, harmoni dan tenang dalam kehidupan. oleh itu Islam amat menekankan tentang pentingnya nilai kasih sayang dalam sistem kekeluargaan da juga kehidupan bermasyarakat.

Antara bentuk kasih sayang itu adalah...
  • Ucapan dan kata-kata yang menggunakan perkataan yang manis dan bersopan
  • Melalui sentuhan yang lemah lembut
  • Melalui pujukan, pujian, penghargaan dan senyuman
Apabila ditinjau tentang kehidupan masyarakat hari ini ternyata punca perpecahan yang berlaku ialah kerana kurangnya semangat kasih sayang dalam pergaulan mereka. Dan akibatnya, mudahlah musuh Islam menyebarkan pelbagai hasutan dan propaganda agar umat islam terus berpecah dan bertelingkah sesama sendiri yang akhirnya membawa kepada kejatuhan umat.


kredit: Abd_Rahim

0 comments:

Post a Comment

 

Anugerah Cinta Copyright © 2012 Design by Asrarqulub Arts Asrarqulub Arts