Boboi tidak pernah membantu isterinya membuat kerja-kerja rumah. Malah dia sering merungut sendirian kerana telah merasa bosan setiap hari pergi kerja, sedangkan Peah isterinya hanya tinggal di rumah. Kalau boleh, dia mahu isterinya tahu betapa penat dan letihnya dia bekerja setiap hari untuk menanggung keluarga.
Satu malam.....Boboi berdoa, "Ya Allah. Aku bekerja 8 jam sehari sedangkan isteriku hanya tinggal di rumah bersama anak-anak. Aku mahu supaya dia tahu betapa letihnya aku bekerja. Tolonglah Ya Allah, tukarkanlah aku dan isteriku, biar aku yang menjadi isteri untuk sehari sahaja supaya dia pula dapat merasakan betapa letihnya aku bekerja. Biar aku pula yang berehat di rumah"
Tuhan Yang Maha Mengetahui telah mengakabulkan permintaan Boboi. Pagi besoknya, ia bangun dari tidur, dan pastinya sebagai seorang isteri. Bangun saja dari tidur, dia bergegas ke bilik air, cuci gigi dan terus ke dapur menyediakan sarapan untuk suami dan anak-anak. Selepas itu bangunkan anak-anak dan melayan mereka bersarapan, pada masa yang sama melayan suami bersarapan juga. Selepas menghantar suami yang nak pergi kerja ke pintu, kembali membetulkan baju anak-anak yang nak ke sekolah dan menyediakan air yang anak-anak nak bawa ke sekolah..
Selepas itu panaskan enjin kereta dan bergegas hantar anak-anak ke sekolah. Balik dari sekolah terus ke pasar untuk membeli ikan dan keperluan dapur yang lain. Dekat dua jam baru sampai balik ke rumah. Simpan barang-barang dapur ke dalam almari dapur dan ikan simpan dulu ke dalam peti ais. Kemudian kutip kain kotor untuk dicuci dengan mesin sehingga selesai dan dijemur. Selepas itu baru memasak untuk anak-anak yang akan balik dari sekolah nanti.
Selesai masak, jam sudah menunjukkan pukul 12.45 tengahari.Terpaksa pula bergegas ambil anak dari sekolah. Selesai ambil anak, beri pula mereka makan sebelum mengatur anak-anak supaya membuat kerja sekolah. Selepas itu terpaksa pula kemas rumah supaya jangan bersepah sangat. Kemudian angkat kain jemuran. Tiba-tiba anak bongsu menangis kerana terjatuh, sudah...mestilah nak beri rawatan dan pujuk supaya tangisan tidak berlarutan. Sudah selesai, kain-kain yang baru diangkat perlu pula dilipat dan disusun dalam almari. Sedar tidak sedar, waktu zohor sudah tinggal berapa minit saja lagi. Terpaksa bergegas pulak tunaikan Zohor sebelum tertinggal.
Selesai salam, azan Asar kedengaran. Selesaikan pulak Asar sebelum menyambung apa-apa kerja yang belum siap. Belum sempat rehat, terpaksa pula balik ke dapur untuk menyiapkan makan malam. Lepas Maghrib, terpaksa layan suami dan anak-anak makan, selepas itu cuci pinggan mangkuk, lepas tue, mandikan anak yang masih kecil, lepas tue uruskan supaya anak-anak masuk tidur..dan macam-macam lagi. Dekat pukul 11.00 malam barulah semua kerja rumahtangga selesai.. Badan pun dah longlai..bolehlah rasanya nak berehat sikit..
Oppps..belum sempat rehat rupanya, suami juga mahu layanan. Berdosa isteri kalau tidak melayani kemahuan suami. Tambahan pula malam ini malam jumaat. Maka suami dilayani dengan sewajarnya sehinggalah dia terkulai dan lansung tertidur...tidak apsti pukul berapa....
Setelah terjaga sebelum dinihari, boboi segera bangun dan berdoa semula "Ya Allah, barulah kini aku tahu... aku sudah tidak sanggup lagi menjadi isteri. Aku keluar bekerja seharian pun tidak sepenat ini, Ada juga masa berehat, minum kopi dan berbual dengan kawan-kawan. Tolonglah kembalikan aku sebagai seorang suami semula. Taubat aku tidak sanggup sudah menjadi isteri. Salah sangka ku selama ini bahawa kerja-kerja isteriku di rumah begitu mudah. Biarlah isteriku terus di rumah dan aku keluar bekerja"
Moral cerita : Isteri perlu disayangi dan dilindungi ia adalah anugerah Tuhan yang tidak ternilai..
Kredittt : Facebook
0 comments:
Post a Comment