Friday, 16 December 2011

Polis Perempuan Bertudung Pertama di Sweden

Posted by karmilaillang at Friday, December 16, 2011

Donna, 26 tahun merupakan perempuan bertudung pertama yang direkrut sebagai polis di Sweden. Lihat gambar yang dipaparkan.


Donna Eljammal yang berusia 26 tahun, merupakan polis Muslimah pertama di Sweden yang mengenakan tudung. Demikian dilaporkan akhbar tempatan.


Dia mendedahkan bahawa keinginannya untuk menjadi anggota polis jauh sebelum dirinya memakai tudung. "Sejak saya masih kecil, saya ingin membantu orang lain sehingga boleh bergerak dan bukan hanya duduk di depan komputer," katanya.

Beberapa tahun yang lalu mengenakan tudung menjadi mungkin, sebagai sebahagian daripada pakaian seragam polis, pasca beberapa perdebatan. Menurutnya, Sweden ialah sebuah negara multikultural dan itu penting dimana dalam setiap bidang, akan ada orang-orang dari latar belakang yang berbeza, kerana ingin meningkatkan pengetahuan dan pemahaman.

"Saya membesar di PiteƄ kecil dan kami berada di antara keluarga pendatang pertama di sana. Bahkan ketika saya bekerja di lapas (Lembaga Pemasyarakatan), saya adalah orang pertama yang memakai tudung. Tapi tidak ada banyak komentar tentang tudung ketika mereka harus tahu saya sebagai peribadi," jelasnya.

Eljammal tidak berfikir untuk membuka jilbabnya semasa bekerja. Dia melihat tudung sebagai sebahagian daripada dirinya dan boleh melakukan segala sesuatu dengan tudung, sehingga dia melihat tidak ada gunanya untuk membukanya.

seronok rasanya tengok Polis Wanita dan lain2 dari pasukan seragam kita memakai tudong. Sejuk rasa dunia ini. Amiinn...

Alhamdulillah ... semoga menjadi pencetus semangat muslimah lain agar mempertahankan keperibadian mereka serta keberanian mempertahankan agama . Allahuakbar !




kredit: Mohd Shubhi

1 comments:

C`ayob.com on 17 December 2011 at 07:49 said...

awak orang sabah ke? sabah kat mana?

Post a Comment

 

Anugerah Cinta Copyright © 2012 Design by Asrarqulub Arts Asrarqulub Arts