Tuesday 27 December 2011

Memperingati Bencana Tsunami 2004

Posted by karmilaillang at Tuesday, December 27, 2011
Kemarin 26 Disember di mana Bencana Tsunami telah berlaku 7 tahun yang lalu, walaupun sudah 7 tahun berlalu namun, bagi mereka yang mengalami dan kehilangan insan yang tersayang dalam bencana itu pastinya masih segar dalam ingatan mereka.


Beribu-ribu orang berkumpul di satu padang golf di bandar Lhoknga, Aceh Besar bagi memperingati ulang tahun ketujuh bencana tsunami yang melanda wilayah itu dan mengorbankan beribu-beribu nyawa. 

Mereka yang menghadiri majlis peringatan bencana alam yang berlaku ekoran gempa bumi sekuat 8.9 pada skala Richter pada 26 Disember 2004, berdoa untuk kesejahteraan lebih 200,000 mangsa yang terkorban dalam bencana itu.

Agensi berita Antara melaporkan Lhoknga merupakan antara bandar di utara Aceh yang paling teruk dilanda tsunami dengan 80 peratus kawasannya musnah. Antara yang menghadiri majlis itu ialah Gabenor Aceh, Irwandi Yuruf, Beribu-ribu pelajar sekolah, kakitangan awam, tentera serta pelancong Jepun turut menghadiri upacara itu.

Di Phuket, majlis serupa diadakan di Mai Khao bagi memperingati lebih 5,000 mangsa yang terkorban dalam bencana tsunami di negara itu.
Lebih separuh daripada 5,395 mangsa yang terkorban itu dan 2,817 orang yang masih hilang di Thailand merupakan warga asing yang bercuti di resort-resort di pulau Phi Phi dan Phuket serta wilayah Phangnga.

Pengarah Pihak Berkuasa Pelancongn Thailand di Phuket, Bang-orurat Shinaprayon berkata, pihak berkuasa telah memasang sistem amaran di pantai-pantai yang menjadi destinasi pelancongan popular.
''Maklumat laluan kecemasan juga dipaparkan di kebanyakan hotel,'' katanya.
Pulau peranginan itu dijangka menarik 5.1 juta pelancong pada tahun ini.

cukuplah sebagai seorang insan yang mengetahui perkara ini dan turut mempengeringati kejadian yang seakan-akan teguran dari Allah S.W.T, turut menghadiahkan Al-Fatihah kepada keluarga mereka yang terlibat di seluruh dunia.


1 comments:

JR on 27 December 2011 at 17:35 said...

Tsunami dilihat ramai sebagai "kiamat kecil". Sesiapa yg belum bangun dari tidur, elok terjaga kerana kiamat makin dekat...

Tajuk entri terbaru di blog JR: "Senarai 10 Berita Terhangat Malaysia 2011"

Post a Comment

 

Anugerah Cinta Copyright © 2012 Design by Asrarqulub Arts Asrarqulub Arts