Salam Petang Jumaat... ^-*
Pernah tak anda terfikir hikmah disebalik bulu mata anda? Sejujurnya saya sendiri pun tak pernah fikirkan tentang perkara ini.
Jadi di sini saya nak share sedikit ilmu yang saya dapat dari tazkirah oleh Ustaz Amar.
Setiap apa yang kita lakukan pastinya sebagai seorang hamba inginkan rahmat dari Allah S.W.T. Dan setiap kali kita melakukan kesalahan pastinya dan jangan sesekali kita terlambat untuk memohon ampun dan taubat kepada Allah S.W.T.
Apabila kita betul-betul muhasabah dan insafi diri kita, hati kita akan rasa sebak dan menangis kerana takut akan segala kelalaian dan dosa yang telah kita lakukan selama ini.
Jadi apabila telah terbuka hati kita dan apabila kita mula sedar akan kekhilafan diri, menangis dan mengadulah segalanya kepada Allah S.W.T...keluarkan saja air mata itu, kerana tangisan itu menandakan kita sebagai hambaNya yang kerdil betul-betul ingin memohon keampunan dan taubat dari-Nya.
Siapa sangka dengan air mata keinsafan tersebut, terhapus dosa-dosa yang pernah kita lakukan. Sesungguhnya Allah S.W.T itu Maha pengampun lagi Maha penyayang.
InsyaAllah di akhirat kelak, moga terselamat kita dari menjadi penghuni neraka. Bahkan darjatnya juga akan ditinggikan oleh Allah selaras dengan janji-Nya yang berbunyi :
"Dan bagi orang yang takut akan saat menghadap Tuhannya ada dua Syurga"
(Surah Ar-Rahman : 46)
Disinilah hikmah bulu mata kita itu terlihat..
Bila kita menangis kerana takutkan Allah S.W.T, di akhirat kelak bulu mata kita akan menjadi saksi kita pernah menangis kerana rasa insaf dan taubat kepada Allah S.W.T. Pernahkan anda dengar, diakhirat kelak, semua anggota badan kita yang akan menjadi saksi tentang segala amal yang telah kita lakukan. Begitu juga dengan bulu mata kita.
Jadi bila kita betul-betul menangis kerana Allah S.W.T, biarkan air mata itu membasahi (terkena) pada bulu mata kita. Dan usapkan air mata yang mengalir itu di pipi dan anggota badan kita yang lain. Jangan lap dengan tudung atau kain. InsyaAllah dengan rasa yang penuh ikhlas – sangat berkat air mata tersebut.
"Dan takutlah kepadaKu, jika kamu benar-benar orang yang beriman."
(Surah al-Imran : 175)
3 comments:
huhu T_T
Air mata keinsafan lebih mahal nilainya dari air mata kekecewaan...
Tajuk entri terbaru di blog JR: "Orang Islam Buang Kepala Babi Di Masjid??"
besar rahmat Allah
Post a Comment