Thursday, 1 December 2011

Berlawak itu ada Hadnya

Posted by karmilaillang at Thursday, December 01, 2011


Assalammualaikum..sapa tengok Festival Filem Malaysia hari tue??
semua tahu pengacaranya adalah Ogy Ahmad Daud dan JoHan Raja Lawak..
memang nampk juga la Johan banyak buat lawak menggunakan kak Ogy macam cakap dia tua la dan macam2 lagi..pedas juga laa..bila diri kita dijadikan subjek lawak dan ditertawakan oleh orang lain..

of course la sape pun sakit hati kan..namun aku kagum gak la kak Ogy tuh sebab dia pandai cover malu dan aku sendiri pun ingat dia ok jak time tue dan x ambik hati pun dengan lawak si Johan tue..

rupanya dalam hati ada bara Laa beb..siap nak saman Johan yg didakwa menghinanya..
aku sebenarnya memang mengakui Johan nih bersalah juga..sebab dia datang lewat reheasal..pukul 3 kena datang..pukul 6petang baru sampai..3 jam kak ogy tue nak menunggu..masak laa..nak berbincang dan merancang dah x sempat sangat..namun terkejut juga sampai nak saman kan..dan sekiranya johan tue datang mintak maaf pun kak Ogy tetap nak saman untuk dijadikan pengajaran haha walaweiii Kak Ogy tue pun bermulut laser tapi bila dia dilaserkan meletup terus dia hehe..

actually kalau tengok balik Pak nil dulu pun pernah berkecil hati dengan Zizan dan pernah meluahkan kekecewaannya di twitter namun setelah si Zizan meminta maaf terus Pak nil dengan besar hati memaafkannya..tapi kak Ogy nih orang tetap penderian..well kite tunggu dan lihat jela apa jadi..tengok galaksi or melodi kot2 ada cita pasal ni nanti..

inilah petikan kata2 kak OGY-

“Dia memang kurang ajar. Bukan setakat bakat saya, malah arwah ibu dan bapa saya turut dipersenda sesuka hati. Namun yang paling saya terkilan, dia boleh mempersendakan Tahun Gajah, tahun kelahiran Nabi Muhammad junjungan kita.

“Ini satu penghinaan dan saya tak boleh bertoleransi dengan orang yang biadap seperti itu,” katanya yang dipetik dari laman blog terkenal, Beautifulnara.com, semalam.


“Saya tahu dia berbakat untuk buat lawak tetapi cara dia melampau. Sudahlah masa latihan sebelum majlis berlangsung dia datang lewat.


“Kami diminta datang pukul 3 petang, dia sampai pukul 6 petang. Macam mana tu? Tiga jam saya menunggu, tetapi dia langsung tidak minta maaf pada saya.



“Pembantu peribadi dia yang malu dan berkali-kali minta maaf dari saya. Mana budi bahasa? Tetapi saya sedikit pun tidak bising pada dia,” katanya lagi
cerita penuh baca kat sini..






3 comments:

Elie Lily on 1 December 2011 at 21:13 said...

dats why orang cakap, nak bercakap dan berlawak, perlu fikir dulu..jangan main taram saja! sama lah macam menulis dalam belog!kan? huu

karmilaillang on 1 December 2011 at 21:36 said...

betul2..apa yg kita buat semua kena fikir...sebb tu wujud pepatah "teljk perahu bole undur telajak kt buruk pdhnya"

nurmisnan on 3 December 2011 at 23:20 said...

Ogy ini ada pendirian walaupun org kata dia gedik
dan terkinja2 atas pentas. Itu sememangnya dia dari dulu hingga sekarang. Cuma bezanya dia sudah bertudung.

Jika di lihat kes begini memang Johan bersalah...
Tiada mohon maaf dan tiada rasa hormat pd yang lebih senior..

Post a Comment

 

Anugerah Cinta Copyright © 2012 Design by Asrarqulub Arts Asrarqulub Arts