Wednesday, 7 December 2011

FITNAH - Pepsi,Cola Cola, Tropicana Twister Tercemar Dengan Darah HIV..

Posted by karmilaillang at Wednesday, December 07, 2011



Sejak seminggu ni, ada jugak terbaca berkaitan berita ni, siap di siarkan di NTV7, tapi berita dekat TV lain tak da pulak. Pagi-pagi ni terbaca pulak post kawan blogger berkaitan perkara ni. Dekat bawah ni saya terangkan keadaan sebenar dan ini adalah mesej pesanan ringkas SMS yang disebarkan.

Dalam beberapa hari akan datang ni, tolong jangan minum apa2 produk dr syarikat pepsi seperti tropicana, slice,7up, coca-cola dll... dimana seorang pekerja dari syarikat ini telah mencampurkan darah nya yang mengandungi kuman hiv, untuk rujukan ada disiarkan dalam NTV7 ..... sila sebarkan...
Kalau korang nak tau sebelum ini juga pernah berlaku kejadian seperti ini penyebaran melalui mesej pesanan ringkas SMS dan juga di laman sosial.

Benda macam ni sama macam kes penyebaran email tentang kicap yang mengandungi virus HIV pada tahun 2004 dan juga kes sos tomato yang mengandungi virus HIV pada tahun 2010.

Okay.. Di sini saya nak bagi tahu, sekiranya terjadi juga darah yang mengandungi HIV tersebut ke dalam minuman korang tak perlu gusar.

Kalau korang nak tau ,

HIV tidak boleh hidup lama di luar badan. Walaupun sejumlah kecil darah yang dijangkiti HIV atau air mani adalah dimakan, pendedahan kepada haba udara, memasak, dan asid perut akan memusnahkan virus itu. Oleh itu, tiada risiko dijangkiti HIV yang berlaku daripada makan makanan.
ini pula laporan dari CDC, iaitu Center for Disease Control and Prevention

Dimana,

Tiada insiden makanan yang tercemar dengan darah atau air mani yang dijangkiti HIV telah dilaporkan ke CDC. Tambahan pula, CDC tidak menerima sebarang laporan jangkitan HIV akibat daripada memakan makanan, termasuk bahan perasa.

Korang jugak boleh usha kat urbanlegends.about.com tentang kes-kes palsu seperti ini yang di keluarkan pada tahun-tahun yang lepas.

Di situ menyatakan penyebaran ini adalah sama sekali paslu dan tidak benar, Mungkin ada agenda yang ingin menjatuhkan keuntungan syarikat tersebut.

Di sebabkan saya hati-hatilah dengan sebarang penyebaran SMS dan saya tak mudah percaya tu saya buat kajian ni dan saya share kan dekat korang, semoga korang yang membaca ni share kan pada kengkawan yang lain yang tak tahu...




9 comments:

Wira Azhar on 7 December 2011 at 19:13 said...

yup...jangan mudah percaya

Mazni on 7 December 2011 at 19:15 said...

Thu dah pasal bende ni.. Mmg tpu pon. Ni mesti boikot pasal nak lakukan produk org lain kot. Hihi

CikguShikin on 7 December 2011 at 19:43 said...

Parasit.

1. Pihak Pepsi rugi.
2. Pihak syarikat telekomunikasi untung.

Kenyataan 2 valid untuk SMS berantai dan SMS yang lain2 yang perlu disebarkan..

Anonymous said...

Di pepsi tu orang melayu yang ramai bekerja.

Apa pun kalau was was tak usah minumlah.

milo on 7 December 2011 at 21:31 said...

yup, virus HIV xleh hidup diluar drh, so xperlu bimbang..virus xleh nak multiply(membiak) dlm medium mcm tu..it required pure blood yg dlm circulation kite.. :)

Kira Kekuri on 7 December 2011 at 22:04 said...

salam, ada gak dapat mcg mcm tuh. hmmnn mesti org yg buat cerita tuh nak jatuhkan syarikat pepsi kola. huhuu

Nadiah Jahari on 8 December 2011 at 03:30 said...

Nice one ;) Salam ziarah.

Dingdang on 8 December 2011 at 11:20 said...

follow sini.

MisS NaSiHa on 8 December 2011 at 18:58 said...

tapi air coca cola ni mmg x elok pon..bahaya! :)

Post a Comment

 

Anugerah Cinta Copyright © 2012 Design by Asrarqulub Arts Asrarqulub Arts