Thursday, 1 December 2011

Just Pray

Posted by karmilaillang at Thursday, December 01, 2011
Kadang-kadang ada banyak perkara yang berselirat di hati, 
namun sayang tak mampu di terjemahkan dalam lisan kata,
bahkan tak mampu juga di alirkan rasa dalam untaian ayat bahasa,
Ah. Mungkin sahaja Tuhan mahu segala rasa itu menjadi rahsia hati antara kita dan DIA,
malahan mungkin sahaja hanya DIA yang layak mengetahui apa yang berselirat di hati.


When Allah says YES, no one can say NO.


Pesan saya, jika rasa tak mampu, lepaskan sahaja.
Jangan menyeksa kedua-dua belah pihak.
Kedua-duanya faham akan takdir Tuhan bukan?


...kerna Tuhan bekerja dalam rahsia


Sesungguhnya dalam penciptaan langit dan bumi, dan silih penggantian malam dan siang 
terdapat tanda-tanda bagi orang yang beraqal. 
(Iaitu) orang-orang yang mengingati Allah sambil berdiri dan duduk atau dalam keadaan baring dan mereka memikirkan tentang penciptaan langit dan bumi
 (lantas berkata): Ya Tuhan kami, tidaklah Engkau menciptakan ini dengan sia-sia, 
Maha Suci Engkau maka peliharalah kami daripada siksaan neraka. (Ali-Imran : 190)

0 comments:

Post a Comment

 

Anugerah Cinta Copyright © 2012 Design by Asrarqulub Arts Asrarqulub Arts