Monday 26 December 2011

Pemilihan Baju dan Bentuk Badan

Posted by karmilaillang at Monday, December 26, 2011

Assalamualaikum semua...selamat pagi Isnin, sebelum ni pernah kongsikan tentang Handbag dan bentuk badan kali ini pulak mari kita berkongsi pasal cara pemilihan pakaian  mengikut bentuk badan... dengan perkembangan fesyen zaman sekarang ni tidak kira la macam mana pun rupa bentuk badan kita, kita stilll boleh bergaya kan.. tapi kita kena pilih pakai yang yang sesuai dengan bentuk badan kita agar tidak nampak pelik dan yang paling penting mengikut syariat kenalah menutup aurat.. heheheheh...
                             

Tips pemilihan pakaian

Segi empat bujur
Wanita yang mempunyai garis pinggang yang kecil atau pun tiada langsung, sesuai memakai baju yang mempunyai lapik di bahu, vest, jaket, atau fabric lembut untuk bahagian atas
Berlian
Bentuk berlian di kategorikan kepada wanita yang mempunyai pinggul atau perut yang agak besar daripada dadanya. Kalau nak Nampak kurus perlulah mengenakan asksesori leher yang labuh, pakaian bercorak sederhana, atau gaun tanpa lengan dan vest terbuka... amat sesuai.. tapi untuk yang beragama islan tidak digalakkan untuk memqkai gaun tanpa lengan.. kalau ada lapik luar yang menutup aurat dibenarkan...janganla pulak jarang ya, sampai menunjukkan bentuk badan.
Bujur telur
Bagi wanita yang mempunya bentuk badan bujur telur pula ... mereka sesuai sekali memakai baju yang mempunyai garis leher berbentuk V. Corak garis menegak, corak garis geometri ataupun  memilih pakain daripada warna2 asli gelap hingga sederhana. + mereka juga boleh mengenakan kasut bertumit  sederhana tinggi, skirt yang labuh di bawah paras lutut ataupun aksesori yang berwarna –warni untuk mengalih perhatian.
Hourglass
Bentuk badan di idamkan sebagai seorang wanita yang mempunyai bentuk badan yang sempurna. Wanita yang mempunyai bentuk ukuran dada dan pinggul yang agak sama. sementara ukuran pinggangnya 25cm(10 inci) lebih kecil daripada dada atau pingulnya. Mereka yang mempunyai bentuk badan seperti ini sesuai dengan apa sahaja pakaian. Dan proses membeli belah pun sngat mudah bagi mereka.
Segi tiga terbalik
Bentuk badan  seperti ini juga bentuk badan ke2 yang diimpikan oleh wanita. Bahagian atas badan lebih besar daripada bahagian bawah. Untuk menyeimbangkan bentuk badan itu, mereka harus memilih skirt bergaris A. Terstur yang garang, corak bergaris mendatar serta berseluar labuh, atau meminimumkan bahagian atas badan blaous berkolar luas.
Segi3( buar pear)
Bentuk badan yang biasa dimiliki oleh wanita. Bahagian pinggul lebih besar daripada dada. Wanita seperti itu perlu mengenakan pakaian yang mempunyai pelapik bahu. Ia adalah acsesory penting mereka. Selain itu warna gelap termasuk hitam adalah sesuai untuk bahagian skirt ataupon seluar.


ok, harap kita faham serba sedikit tentang pemilhan baju dan bentuk badan, jangan nak pakai jak sebab kena fikir persepsi orang yang melihat kita sama ada tergelak atau pun mengagumi.Tapi tips paling berguna jangan korbankan aurat kita kerana perkembangan fesyen semata-mata ^-*.






kreditt : http://wwwsweetypinky.blogspot.com/

4 comments:

JR on 26 December 2011 at 11:06 said...

Pakaian apa pun tak apa, yg penting sebagai muslimah perlu berpakaian menutup aurat dan menyembunyikan lekuk2 aurat di dada, pinggang, perut dsb nya...

Entri terbaru di blog JR: "Mengapa Malaikat Maut Suka Cabut Nyawa Orang Pada Pagi Isnin?"

Pen Biru on 26 December 2011 at 11:13 said...

alamak dik.kalau dah badan bulat cmni, payah nor nak cari yg sesuai..last2 t-shirt jugak la jawabnya

MellProps on 26 December 2011 at 11:32 said...

hihi...yang penting tak over n seksi..^^

Unknown on 27 December 2011 at 10:09 said...

waaahhh . bagusnya . nampak mcm shape hourglass shape jek tembam . hikhikhik . perasannn :P

Post a Comment

 

Anugerah Cinta Copyright © 2012 Design by Asrarqulub Arts Asrarqulub Arts