Friday 16 December 2011

Kongsikan

Posted by karmilaillang at Friday, December 16, 2011
Salam Jumaat semua.


Jangan guna minyak masak lebih daripada sekali.. ^-*, dengar macam biasa tapi mari kita kongsi sama-sama. Kita ambil contoh goreng nugget la.Lepas goreng nugget tu, korang simpan minyak tu untuk digunakan lagi sekali atau dua kali (goreng benda yang sama) atau korang buang jak minyak tu terus?
 
Be carefull ya...lepas ni jangan simpan. Lepas guna terus buang, Walaupun korang akan kerap beli minyak masak tapi demi untuk kesihatan kena berkorban sedikit. Kenapa ? Ini sebabnya..
 

Pusat Racun Negara memberi amaran bahawa minyak masak yang digunakan berulang kali boleh menyebabkan hipertensi, merosakkan hati dan meningkatkan risiko kanser.

Pakar runding Pusat Racun Negara, Dr T.Jayabalan berkata, minyak masak tidak sepatutnya digunakan lebih dari sekali.
 
"Apabila digunakan berulang kali, tahap kelikatan hidrokarbon di dalam minyak masak meningkat dan  menyebabkan salur arteri tersumbathipertensi dan merosakkan hati.

"Kebanyakan pengguna tidak membuang minyak yang telah digunakan. Mereka menyimpannya di dalam bekas untuk digunakan sekali lagi sebelum dibuang" katanya ketika dihubungi The Star.

Pertubuhan Kajian dan Pembangunan Kualiti Makanan Universiti Kebangsaan Malaysia, Unipeq Sdn Bhd yang menjalankan ujian ke atas 19 jenama minyak masak mengingatkan orang ramai supaya berhati-hati apabila menggunakan minyak masak dalam bungkusan 1 kilogram.

"Berdasarkan piawaian yang ditetapkan Lembaga Minyak Sawit Malaysia, minyak masak itu tidak sihat," kata Ketua Pegawai Eksekutifnya, Dr Siti Noor Baiyah Abdul Malek.
 
Saya pun sama la kalau goreng nugget, keropok, saya akan simpan minyak tu untuk goreng lagi keesokan harinya atau bila-bila la, Sebab ingat minyak tu bersih jak wrna pun masih sama kan... ^-^ Lepas ni confirm lepas guna terus buang..
 

sumber:mstar








 

2 comments:

s.y.a.r.q on 16 December 2011 at 20:07 said...

Tapi kalau macam goreng makanan yg memerlukan deep fry sayangnye minyak nak kene buangkan?

Kalau kat kedai makan kite xleh nak control dyeorang pakai minyak masak tu bape kali. Elok control diri sendiri mkn kat luar terlalu kerap

whitecappuccino on 16 December 2011 at 23:27 said...

itulah kebiasaannya..lepas goreng kopok, goreng ikan pulak..

Post a Comment

 

Anugerah Cinta Copyright © 2012 Design by Asrarqulub Arts Asrarqulub Arts