Friday 9 December 2011

Ombak Rindu

Posted by karmilaillang at Friday, December 09, 2011
OMBAK RINDU yang dulunya sebuah novel kini menjadi sebuah filem. ^-^

Lagi gempak bila Liasa Surihani jadi jahat sebagai Mila Amylia, Aaroon Azin sebagai Hariz dan heroin cantik , Maya Karin sebagai Izzah. Mari kita baca sikit sinopsisnya.

karya asal novel Fauziah Ashari dan kini diolah menjadi filem Osman Ali
Izzah merupakan seorang gadis yatim piatu yang kematian orang tuanya akibat kemalangan jalan raya.malangnya,Taha iaitu bapa saudara Izzah kemudiannya menjaganya.Ditambah pula dengan kebencian isteri Taha terhadap Izzah dan menuduh gadis itu membawa bencana kepada keluarga.

Disebabkan bebanan hutang,Pakcik Taha sanggup menjual Izzah kepada tauke kelab malam.dari situ Izzah mengenali Harriz yang membelinya dari tauke tersebut.Hariz kemudian menikahi Izzah diatas permintaan Izzah  bersyaratkan semua itu perlu dirahsiakan.Cinta Izzah mula berputik kepada Hariz,namun kehadiran Mila amylia iaitu anak kepada Tan sri Rashdan dan dia merupakan model,pelakon terkenal tanahair telah mengugat cinta Izzah.sanggupkah Izzah menerima mila sebagai madunya????bagaimana tindakan Datuk sufiah setelah mengetahui cerita sebenar?? 

Awal bulan Disember ni, seakan menjadi satu fenomena Ombak Rindu di Malaysia, buka Facebook member cerita Ombak rindu, buka twitter orang cerita ombak rindu, buka blog pun sama jugak. Dan antara faktor Ombak rindu laris adalah.: 
1) Cuti sekolah. 
2) Promosi hebat. 
3) Cerita lain tak best time ni.
4) Aaron Aziz (Malik & Seth Tan)

sebelum ni pun memang aku dah minat dengar lagu Ombak Rindu ni lebih-lebih lagi yang nyanyi Adira dan hafiz, setiap liriknya membawa maksud yang mendalam sekiranya kita hayati. Walaubagaimanapun, aku tetap tak terpengaruh nak pi tengok Ombak Rindu di Pawagam aku tetap jak tunggu dan tengok jak di Youtube dan astro walaupun ambil masa, sebab aku tak berminat nak masuk panggung. Harap-haraplah sehebat Lagenda budak setan walaupun jalan cerita sedikit lari dan berbelit-belit tapi aku suka.

 Movie Trailer Filem Ombak Rindu (unofficial promo)

novel Ombak Rindu karya Fauziah Ashari.


credit:novelmalaya


1 comments:

whitecappuccino on 9 December 2011 at 22:50 said...

Tak tengok lagi filem ni..cuma baca novel jer..second round :)

Post a Comment

 

Anugerah Cinta Copyright © 2012 Design by Asrarqulub Arts Asrarqulub Arts