Saturday, 31 December 2011

Perubahan Itu Tidak Mudah maka Berusahalah

Posted by karmilaillang at Saturday, December 31, 2011 5 comments
Kreditt : Waheeda

"Sesungguhnys Allah tidak mengubah sesuatu kaum, sehingga mereka mengubah keadaan yang ada pada diri mereka sendiri" (Ar-Ra'd : 11)

Happy New Year,2012 everyone. Semoga tahun depan akan menajdi lebih baik dari tahun ini dan semoga kita semua pun menjadi lebih baik dari tahun sebelum-sebelum ni. Isi tahun baru kita dengan perkara yang bermanfaat supaya permulaan tahun baru kita diberkati Allah dan akan terus diberkati through the whole journey of the new year. Allahhumma amin.... Ahlan Wasahlan 2012



2 Tahun dah berlalu

Posted by karmilaillang at Saturday, December 31, 2011 1 comments
Bahagia apabila melihat mereka miliki keluarga sendiri dan tanggungjawab yang sangat berat, bilalah giliran aku kiukiukiu ^-*. Kami di satukan dibawah satu jawatankuasa kolej untuk sesi 2007/2008. Segalanya bermula di sana, kami kongsi suka duka bersama, meeting sampai lewat malam, buat persaipan program kolej sampai pagi..betula la orang bilang pengalaman yang kita dapat di universiti, tak kan dapat di tempat lain....


2 tahun sudah berlalu, dan sekarang mereka telah bergelar suami orang...dan kami 4 dara pingitan belum satu orang pun yang bergelar isteri orang..InsyAllah akan datang...Amin ^_^. 

1, ni Mawi dan isteri, mawi coosmate aku dan isteri dia satu sekolah dengan kita orang tapi lain kos. Selaku bendahari kolej, memang patut pun jodoh dia awal sebab dia tahu save bajet. hihihihi...

2, ni Hady Noor dengan isteri, isteri dia schoolmate masa sekolah menengah dulu, dia roomate kepada mawi memang..sebab kahwin ini kira satu penyakit bejangkit jugak kot..

3, ini YDP dan isteri, kira bos besarla..baru jak melansungkan perkahwinan masa awal cuti sekolah baru-baru ni, maklumlah..cikgu kan. Kalau tak silap isteri dia pun seorang guru.

4, ni pulak fahmi dan isteri, baru jugak melansungkan perkahwinan belum sampai sebulan..fahmi ni agak pendiam jugak, nak tegur dia dulu baru kita boleh becakap dengan dia, kalau nak tunggu dia alamatnya diam jakla..tak sangka pulak dia ni, diam-diam ubi manis rupanya, jodohnya sampai awal..

dan yang seterusnya kita tengok sapa yang kena.....^-^

harapan agar mereka membina keluarga sakinah, mawaddah dan waro'mah dan 
semoga cinta mereka sampai ke syurga Allah yang abadi..



"sila percaya kemanisan dalam menempuh jalan yang haram akan berakhir dengan kepahitan, kepahitan yang dirasai kerana menjaga yang wajib pasti membuahkan kemanisan yang berkekalan - SOLUSI"











Friday, 30 December 2011

Air Mata dan Hikmah disebalik Bulu Mata

Posted by karmilaillang at Friday, December 30, 2011 3 comments
Salam Petang Jumaat... ^-*
Pernah tak anda terfikir hikmah disebalik bulu mata anda? Sejujurnya saya sendiri pun tak pernah fikirkan tentang perkara ini.

Jadi di sini saya nak share sedikit ilmu yang saya dapat dari tazkirah oleh Ustaz Amar.

Setiap apa yang kita lakukan pastinya sebagai seorang hamba inginkan rahmat dari Allah S.W.T. Dan setiap kali kita melakukan kesalahan pastinya dan jangan sesekali kita terlambat untuk memohon ampun dan taubat kepada Allah S.W.T.

Apabila kita betul-betul muhasabah dan insafi diri kita, hati kita akan rasa sebak dan menangis kerana takut akan segala kelalaian dan dosa yang telah kita lakukan selama ini.

Jadi apabila telah terbuka hati kita dan apabila kita mula sedar akan kekhilafan diri, menangis dan mengadulah segalanya kepada Allah S.W.T...keluarkan saja air mata itu, kerana tangisan itu menandakan kita sebagai hambaNya yang kerdil betul-betul ingin memohon keampunan  dan taubat dari-Nya.
Siapa sangka dengan air mata keinsafan tersebut, terhapus dosa-dosa yang pernah kita lakukan. Sesungguhnya Allah S.W.T itu Maha pengampun lagi Maha penyayang.
InsyaAllah di akhirat kelak, moga terselamat kita dari menjadi penghuni neraka. Bahkan darjatnya juga akan ditinggikan oleh Allah selaras dengan janji-Nya yang berbunyi :

"Dan bagi orang yang takut akan saat menghadap Tuhannya ada dua Syurga"
(Surah Ar-Rahman : 46)

Disinilah hikmah bulu mata kita itu terlihat..

Bila kita menangis kerana takutkan Allah S.W.T, di akhirat kelak bulu mata kita akan menjadi saksi kita pernah menangis kerana rasa insaf dan taubat kepada Allah  S.W.T. Pernahkan anda dengar, diakhirat kelak, semua anggota badan kita yang akan menjadi saksi tentang segala amal yang telah kita lakukan. Begitu juga dengan bulu mata kita.

Jadi bila kita betul-betul menangis kerana Allah S.W.T, biarkan air mata itu membasahi (terkena) pada bulu mata kita. Dan usapkan air mata yang mengalir itu di pipi dan anggota badan kita yang lain. Jangan lap dengan tudung atau kain. InsyaAllah dengan rasa yang penuh ikhlas – sangat berkat air mata tersebut.
"Dan takutlah kepadaKu, jika kamu benar-benar orang yang beriman."
 (Surah al-Imran : 175)

Thursday, 29 December 2011

Silap Letak Sengsaralah Diri

Posted by karmilaillang at Thursday, December 29, 2011 6 comments


Bila kita memahami bahawa ujian itu datangnya daripada Allah,

maka kita akan melihat ujian itu adalah 'ujian'.
Bukan bala, bukan kesialan diri dan sebagainya.
Maka kita akan usaha buat yang terbaik,
untuk berjaya dalam ujian yang diberikaNya.

Dan 
Apabila melakukan ketaatan belum terasa kemanisan. 
Apabila melakukan kejahatan terasa didera penyesalan,
 itu petanda diri dalam mujahadah. Jatuh bangun di jalan menuju Allah. 

Teruskanlah melangkah, 

disamping terus memohon hidayah. 
InsyaAllah, kita tidak akan kalah selagi tidak mengalah

Wednesday, 28 December 2011

Wordless Wednesday #2

Posted by karmilaillang at Wednesday, December 28, 2011 5 comments

Yaang mana satu pilihan kita, bukan saja musim perayaan tapi setiap waktu...

Carian Paling Popular Di Laman Google 2011

Posted by karmilaillang at Wednesday, December 28, 2011 4 comments

Google merupakan ejen carian yang terunggul di dunia. Setiap tahun google menerbitkan senarai sepuluh pertanyaan carian terbaik di dunia dan juga untuk negara-negara tertentu.Nak tau apa yang seringkali ditaip di dalam carian google. Senarai ini menunjukkan bagaimana kita sebagai sebuah negara searched bersih. Antara penemuan menarik, Hana Tajima dipukul, Bruno Mars adalah antara carian Orang yang paling kerap di Search di laman google manakala Jawatan Kosong  menduduki tangga ke 7 diikuti Kartun Muslimah di tangga yang ke-9  dalam senarai carian yang paling kerap pada tahun 2011


Di bawah ini, dimasukkan dalam senarai carian untuk Malaysia. Jika anda ingin mengetahui tentang trend carian di seluruh dunia atau di negara-negara lain, 
sila layari laman web http://www.googlezeitgeist.com/ms (this link is for the Malay site J)...


Carian nama orang tertinggi



Bruno Mars
Hana Tajima
Cikgu Shida
Avril Lavigne
Anwar Ibrahim
Fatin Liyana
Justin Bieber
Rihanna
Ustaz Kazim
Hanis Zalikha



Terma Carian Umum Yang Meningkat Naik Dengan Pantas



Facebook
Angry Birds
Maharaja Lawak
iPhone 5
Samsung Galaxy
iPad2
Jawatan kosong
Android
Tonton
Aishiteru


Carian Berita Paling Popular



ipad 2
Malaysian grand prix
Kennedy space center
Kentucky derby
Japan nuclear crisis
MTV movie awards
Michael Jackson funeral
Malaysian open
Thailand flood
Malaysia budget 2012



Carian Imej Paling Popular



Justin Bieber
Background designs
Fixie bike
Domo Kun
Monster energy
Supra shoes
Jules Verne
Smiley face
Kartun muslimah
Chelsea Olivia



Carian Persoalan Paling Popular



what is bersih
what is g6
what is ppvrip
what is ipad
what are words
what is jailbreak
what is android
what is lmao
what is hacking
what is information



Carian Rancangan TV Paling Popular



ANTM
x factor usa
american idol 2011
amazing race 18
tvb drama 2011
nagamma serial
supernatural
bones season 7
Al Jazeera
My Princess

Carian Destinasi Perlancongan Antarabangsa Paling Popular



Kowloon/Hong Kong
Su Mei Island, Thailand
Phuket Island
Bangkok
Maldives
Disneyland Hong Kong
Taipei
Paris Disneyland
New York
Caribbean



Carian Blog Paling Popular



Blog Serius
Beautifunara
Papagomo
Jejariruncing
Honeykoyuki
Oh Bulan
Kari ngeri
Malaymoviesfull
My Resipi
IniBelogSaya 




Tuesday, 27 December 2011

Kenapa Orang Melayu Makan Menggunakan Tangan

Posted by karmilaillang at Tuesday, December 27, 2011 7 comments
Setiap bangsa di dunia ini mempunyai budaya tesendiri. Oleh sebab makan itu satu perkara yang wajib dalam hidup, cara makan juga merupakan satu budaya. Masing-masing bangsa ada budaya mereka tersendiri macam mana cara mereka makan.

gambar dari en.google

Contohnya orang cina menggunakan kayu (chopstick dan orang barat menggunakan sudu dan garpu. Tentu ada sebab yang rasional kenapa mereka amalkan cara itu.

Okay orang melayu makan biasanya menggunkan tangan kanan. Apakah rasionalnya dan kenapa orang melayu makan mengunakan tangan?

Kalau nak tahu soalan initelah di jawab dengan mudah di akhir abad ke-19 oleh kerabat Diraja Kedah, yang menetap di Selangor bernama Tengku Kudin. Perkara ini diceritakan oleh seorang isteri pegawai tinggi British yang berkhidmat di Selangor pada masa itu dalam bukunya "Cheronese - The Guilding Off" oleh Emilly Innes.

Pada suatu hari Tengku Kudin telahdijemput oleh British Resident menghadiri satu jamuan makan malam di rumah resident tersebut.

Ketika semua tetamu jemputan telah bersedia untuk menghadap hidangan. Tengku Kudin tiba-tiba bangun menuju ke arah paip air dan membasuh tangannya, tanpa menhiraukan orang lain yang menggunakan sudu dan garpu. Beliau dengan selamba menyuap makanan ke mulutnya dengan tangan.

Telatah Tengku Kudin ini diperhatikan oleh seorang wanita Inggeris yang kebetulan duduk di sisinya. Merasa tertarik dengan perlakuan Tengku Kudin itu, wanita tersebut lantas bertanya, "Kenapa Tengku makan dengan menggunakan tangan ?

"Bukankah menggunakan sudu dan garpu itu lebih bersih dan lebih sopan".

Dengan selamba Tengku Kudin menjawab lantang dan dapat didengari oleh orang lain, katanya, "saya makan dengan menggunakan tangan saya sekurang-kurangnya ada tiga sebab : 

Pertama : Saya mengetahui tangan saya lebih bersih dari sudu dan garpu, sebab saya sendiri yang membasunya - bukan orang lain. Sudu dan garpu itu dibasuh oleh orang lain yang belum tentu cukup bersih.

Kedua - Saya yakin tangan saya lebih bersih kerana tangan saya hanya saya seorang saja yang menggunakannya, tidak pernah dipinjam oleh orang lain. Sedangkan sudu dan garpu itu ramai yang pernah menggunakannya.

Ketiga - Saya percaya yang tangan saya lebih bersih kerana tidak pernah jatuh ke dalam longkang...

Jawapan Tengku Kudin ini menjadikan semua orang yang mendengarnya terlopong. Kalau sebelum itu ada antara mereka yang tersenyum sinis melihat Tengku Kudin menyuap makanannya dengan tangan, tapi selepas itu masing-masing mengangguk mungkin kerana memikirkannya ada logiknya jawapan tersebut.

kreditt :google

Moralnya : Kita jangan lekas menghina atau memandang jijik perlakuan orang lain yang berlainan budaya kita, masing-masing ada rasionalnya kenapa mereka berbuat begitu. Lagi pun makan menggunakan tangan bagi oranga melayu kan sunah Rasulullah S.A.W...








Memperingati Bencana Tsunami 2004

Posted by karmilaillang at Tuesday, December 27, 2011 1 comments
Kemarin 26 Disember di mana Bencana Tsunami telah berlaku 7 tahun yang lalu, walaupun sudah 7 tahun berlalu namun, bagi mereka yang mengalami dan kehilangan insan yang tersayang dalam bencana itu pastinya masih segar dalam ingatan mereka.


Beribu-ribu orang berkumpul di satu padang golf di bandar Lhoknga, Aceh Besar bagi memperingati ulang tahun ketujuh bencana tsunami yang melanda wilayah itu dan mengorbankan beribu-beribu nyawa. 

Mereka yang menghadiri majlis peringatan bencana alam yang berlaku ekoran gempa bumi sekuat 8.9 pada skala Richter pada 26 Disember 2004, berdoa untuk kesejahteraan lebih 200,000 mangsa yang terkorban dalam bencana itu.

Agensi berita Antara melaporkan Lhoknga merupakan antara bandar di utara Aceh yang paling teruk dilanda tsunami dengan 80 peratus kawasannya musnah. Antara yang menghadiri majlis itu ialah Gabenor Aceh, Irwandi Yuruf, Beribu-ribu pelajar sekolah, kakitangan awam, tentera serta pelancong Jepun turut menghadiri upacara itu.

Di Phuket, majlis serupa diadakan di Mai Khao bagi memperingati lebih 5,000 mangsa yang terkorban dalam bencana tsunami di negara itu.
Lebih separuh daripada 5,395 mangsa yang terkorban itu dan 2,817 orang yang masih hilang di Thailand merupakan warga asing yang bercuti di resort-resort di pulau Phi Phi dan Phuket serta wilayah Phangnga.

Pengarah Pihak Berkuasa Pelancongn Thailand di Phuket, Bang-orurat Shinaprayon berkata, pihak berkuasa telah memasang sistem amaran di pantai-pantai yang menjadi destinasi pelancongan popular.
''Maklumat laluan kecemasan juga dipaparkan di kebanyakan hotel,'' katanya.
Pulau peranginan itu dijangka menarik 5.1 juta pelancong pada tahun ini.

cukuplah sebagai seorang insan yang mengetahui perkara ini dan turut mempengeringati kejadian yang seakan-akan teguran dari Allah S.W.T, turut menghadiahkan Al-Fatihah kepada keluarga mereka yang terlibat di seluruh dunia.


Monday, 26 December 2011

Pemilihan Baju dan Bentuk Badan

Posted by karmilaillang at Monday, December 26, 2011 4 comments

Assalamualaikum semua...selamat pagi Isnin, sebelum ni pernah kongsikan tentang Handbag dan bentuk badan kali ini pulak mari kita berkongsi pasal cara pemilihan pakaian  mengikut bentuk badan... dengan perkembangan fesyen zaman sekarang ni tidak kira la macam mana pun rupa bentuk badan kita, kita stilll boleh bergaya kan.. tapi kita kena pilih pakai yang yang sesuai dengan bentuk badan kita agar tidak nampak pelik dan yang paling penting mengikut syariat kenalah menutup aurat.. heheheheh...
                             

Tips pemilihan pakaian

Segi empat bujur
Wanita yang mempunyai garis pinggang yang kecil atau pun tiada langsung, sesuai memakai baju yang mempunyai lapik di bahu, vest, jaket, atau fabric lembut untuk bahagian atas
Berlian
Bentuk berlian di kategorikan kepada wanita yang mempunyai pinggul atau perut yang agak besar daripada dadanya. Kalau nak Nampak kurus perlulah mengenakan asksesori leher yang labuh, pakaian bercorak sederhana, atau gaun tanpa lengan dan vest terbuka... amat sesuai.. tapi untuk yang beragama islan tidak digalakkan untuk memqkai gaun tanpa lengan.. kalau ada lapik luar yang menutup aurat dibenarkan...janganla pulak jarang ya, sampai menunjukkan bentuk badan.
Bujur telur
Bagi wanita yang mempunya bentuk badan bujur telur pula ... mereka sesuai sekali memakai baju yang mempunyai garis leher berbentuk V. Corak garis menegak, corak garis geometri ataupun  memilih pakain daripada warna2 asli gelap hingga sederhana. + mereka juga boleh mengenakan kasut bertumit  sederhana tinggi, skirt yang labuh di bawah paras lutut ataupun aksesori yang berwarna –warni untuk mengalih perhatian.
Hourglass
Bentuk badan di idamkan sebagai seorang wanita yang mempunyai bentuk badan yang sempurna. Wanita yang mempunyai bentuk ukuran dada dan pinggul yang agak sama. sementara ukuran pinggangnya 25cm(10 inci) lebih kecil daripada dada atau pingulnya. Mereka yang mempunyai bentuk badan seperti ini sesuai dengan apa sahaja pakaian. Dan proses membeli belah pun sngat mudah bagi mereka.
Segi tiga terbalik
Bentuk badan  seperti ini juga bentuk badan ke2 yang diimpikan oleh wanita. Bahagian atas badan lebih besar daripada bahagian bawah. Untuk menyeimbangkan bentuk badan itu, mereka harus memilih skirt bergaris A. Terstur yang garang, corak bergaris mendatar serta berseluar labuh, atau meminimumkan bahagian atas badan blaous berkolar luas.
Segi3( buar pear)
Bentuk badan yang biasa dimiliki oleh wanita. Bahagian pinggul lebih besar daripada dada. Wanita seperti itu perlu mengenakan pakaian yang mempunyai pelapik bahu. Ia adalah acsesory penting mereka. Selain itu warna gelap termasuk hitam adalah sesuai untuk bahagian skirt ataupon seluar.


ok, harap kita faham serba sedikit tentang pemilhan baju dan bentuk badan, jangan nak pakai jak sebab kena fikir persepsi orang yang melihat kita sama ada tergelak atau pun mengagumi.Tapi tips paling berguna jangan korbankan aurat kita kerana perkembangan fesyen semata-mata ^-*.






kreditt : http://wwwsweetypinky.blogspot.com/

MADAH HUKAMA'

Posted by karmilaillang at Monday, December 26, 2011 0 comments


PEMURAH:
Pemurah tidak mesti setelah kaya, kerana pemurah itu bermacam-macam caranya, dengan harta, dengan kemesraan, dengan senyum, dengan fikiran, dengan ilmu pengetahuan, dengan tenaga, dengan kemaafan, dengan berlebih kurang, dengan bertolak ansur, dengan lapang dada,

MISKIN:
Banyak orang boleh bantu orang miskin, TETAPI tidak banyak orang yang boleh duduk dengan orang miskin. Lebih-lebih lagi hidup macam orang miskin.

KAYA:
Bila hati rasa cukup dengan apa yang ada, tidak susahkan apa yang tiada, itulah kaya namanya.^__^

Sunday, 25 December 2011

Jangan hanya berdoa apabila kesempitan...

Posted by karmilaillang at Sunday, December 25, 2011 4 comments


Bagi seseorang yang suka berdoa di waktu senang, maka doanya akan mudah diperkenankan di waktu susah.Rasulullah saw telah bersabda yang diriwayatkan oleh Abu Hurairah R.a yang bermaksud: 

“Barangsiapa suka supaya dikabulkan doanya oleh Allah swt di waktu kesulitan dan kesusahan, maka hendaklah dia memperbanyakkan doa di waktu senang.”

(Hadis riwayat Tirmidzi)

"Allahumma innaka 'afuu'un kareem tuhibbul 'afwa fa'fu 'anna"
Ya Allah sesungguhnya Engkau Maha Pengampun lagi Maha Mulia. Engakau suka mengampuni, maka ampunilah kami..amin.

..yakin Allah itu dekat, kasih sayangNya lebih luas daripada kemurkaanNya. Selangkah aku mendekat, seribu langkah DIA merapat..

insyaAllah, disaat berbahagia mahupun disaat brdukacita..


Saturday, 24 December 2011

Senyum sabtu *-^

Posted by karmilaillang at Saturday, December 24, 2011 6 comments
Lawak sapa yang kena tipu ni?

Situasi di kedai runcit di sebuah kampung…Ada seorang budak mahu membeli gula.
Budak : Auntie!! ada gula kah?
Auntie : Ada.. sana tu
Budak : Tiada pun.. garam dan belacan saja ni…
Auntie : Ada pun.. (sambil mengambil bungkusan dari rak yang bertulis Garam..)
Budak : Auntie!! saya mahu gula bukan garam…
Auntie : Ni sebenarnya Gula.. tapi saya sengaja tulis garam supaya semut tak Tahu..!
 


-Siapa Yang kurang bijak-


Add caption
Sambil menggunting rambut seorang pelanggan, Mamak tukang gunting menunjuk kepada Ajoi yang bermain di depan kedainya sambil berkata.

Mamak: “Tgk budak yang pakai baju power ranger tu adalah budak yang paling bodoh di dunia”

Pelanggan: “Naper awak cakap macam tu mamak?”

Mamak: “Awak tgk ni..”sambil memanggil Ajoi datang kepadanya

Kemudian Mamak tu menunjukkan 2 helai wang kertas kepada Ajoi. Satu RM1 satu RM10 dan berkata pada Ajoi “Nah awak ambil la duit ni, awak pilih yang mana?”

Ajoi mengambil duit RM1 dan mengucapkan terima kasih dan terus berlari.

Mamak:” Hahaha kan saya dah kata! budak tu bodoh. Saya dah berpuluh kali tak terkira suruh dia pilih duit, dia mesti pilih duit yang paling sikit. hahaha!”

Sumardi yang melihat kejadian tu bertanya kepada Ajoi.

Sumardi: “Joi pasal ko tak ambik duit RM10 tu?”

Ajoi: “Aku takkan dapat duit RM1 lagi setiap hari kalau aku ambil duit RM10 tu. Ini kerana Mamak tu selalu suka kalau aku amik duit RM1.Kalau aku ambil RM 10 tu, permainan akan tamat”

Sumardi: “haha ko budak paling bijak dalam dunia”

Moral Of the story:

1. Ramai yang merasakan lebih bijak dibandingkan orang lain, sehingga mereka selalu memandang rendah kepada orang lain. Sebenarnya ukuran kepandaian seseorang hanya TUHAN yang mengetahuinya. Alangkah bijaksananya kita jika tidak menganggap diri sendiri lebih bijak dari orang lain.

2. Perbezaan orang yang berjaya dengan orang kurang berjaya adalah, orang yang berjaya berfikir untuk hari esok, orang kurang berjaya berfikir untuk hari ini












Friday, 23 December 2011

Sembang Jumaat

Posted by karmilaillang at Friday, December 23, 2011 3 comments

Wahai orang-orang yang beriman! Jauhilah kebanyakan dari sangkaan (supaya kamu tidak menyangka sangkaan yang dilarang) 
kerana sesungguhnya sebahagian dari sangkaan itu adalah dosa; dan 
janganlah kamu mengintip atau mencari-cari kesalahan dan keaiban orang; dan janganlah setengah kamu mengumpat setengahnya yang lain. 
Adakah seseorang dari kamu suka memakan daging saudaranya yang telah mati? (Jika demikian keadaan mengumpat) maka sudah tentu kamu jijik kepadanya.
 (Oleh itu, patuhilah larangan-larangan yang tersebut) dan bertaqwalah kamu kepada Allah; 
sesungguhnya Allah Penerima taubat, lagi Maha mengasihani.


 49:12

‎6 tanda cinta buat ibuku

Posted by karmilaillang at Friday, December 23, 2011 6 comments


• Bayi yang baru lahir menatap mata ibunya, si bayi berusaha keras untuk mengingati wajah ibunya. Bayi yang baru lahir tidak mengerti mengenal hal yang lain di dunia ini, tapi bayi tahu bahawa ibunya adalah seorang yang penting untuknya. 

• Bayi memikirkan si ibu saat tidak ada di sampingnya. Bayi yang berusia 8 hingga 12 bulan mulai menunjukkan ekspresi wajahnya, saat ibunya tidak ada didekatnya bayi akan mencari-cari dan tersenyum kembali saat melihat ibunya.

• Anak yang baru sahaja berjalan, akan berlari ke arah ibunya disaat jatuh atau merasa sedih. Anak kecil ini mungkin tidak terlalu mengerti dengan kata-kata “Aku mencintaimu” tetapi apa yang dilakukannya lebih bererti lebih dari kata-kata tersebut.

• Anak memberikan bunga yang baru dipetiknya, gambar hati melalui tulisan tangannya sendiri atau memberikan sesuatu yang lain sebagai tanda bahawa anak itu menyayangi ibunya melalui suatu pemberian.

• Anak meminta izin kepada ibunya setiap kali melakukan sesuatu. Perlakuan ini menunjukkan bahawa anak akan menuruti apa yang dikatakan si ibu dan sudah mula boleh berkerja sama.

• Anak menceritakan mengenai rahsianya kepada si ibu, sebagai contoh hal peribadi yang dilakukannya. Ini menunjukkan bahwa anak percaya pada ibunya dan tidak malu untuk menceritakan apapun yang terjadi pada dirinya serta tidak malu untuk berpelukan dengan si ibu dikhalayak umum.

 

Anugerah Cinta Copyright © 2012 Design by Asrarqulub Arts Asrarqulub Arts