Setiap bangsa di dunia ini mempunyai budaya tesendiri. Oleh sebab makan itu satu perkara yang wajib dalam hidup, cara makan juga merupakan satu budaya. Masing-masing bangsa ada budaya mereka tersendiri macam mana cara mereka makan.
gambar dari en.google
Contohnya orang cina menggunakan kayu (chopstick dan orang barat menggunakan sudu dan garpu. Tentu ada sebab yang rasional kenapa mereka amalkan cara itu.
Okay orang melayu makan biasanya menggunkan tangan kanan. Apakah rasionalnya dan kenapa orang melayu makan mengunakan tangan?
Kalau nak tahu soalan initelah di jawab dengan mudah di akhir abad ke-19 oleh kerabat Diraja Kedah, yang menetap di Selangor bernama Tengku Kudin. Perkara ini diceritakan oleh seorang isteri pegawai tinggi British yang berkhidmat di Selangor pada masa itu dalam bukunya "Cheronese - The Guilding Off" oleh Emilly Innes.
Pada suatu hari Tengku Kudin telahdijemput oleh British Resident menghadiri satu jamuan makan malam di rumah resident tersebut.
Ketika semua tetamu jemputan telah bersedia untuk menghadap hidangan. Tengku Kudin tiba-tiba bangun menuju ke arah paip air dan membasuh tangannya, tanpa menhiraukan orang lain yang menggunakan sudu dan garpu. Beliau dengan selamba menyuap makanan ke mulutnya dengan tangan.
Telatah Tengku Kudin ini diperhatikan oleh seorang wanita Inggeris yang kebetulan duduk di sisinya. Merasa tertarik dengan perlakuan Tengku Kudin itu, wanita tersebut lantas bertanya, "Kenapa Tengku makan dengan menggunakan tangan ?
"Bukankah menggunakan sudu dan garpu itu lebih bersih dan lebih sopan".
Dengan selamba Tengku Kudin menjawab lantang dan dapat didengari oleh orang lain, katanya, "saya makan dengan menggunakan tangan saya sekurang-kurangnya ada tiga sebab :
Pertama : Saya mengetahui tangan saya lebih bersih dari sudu dan garpu, sebab saya sendiri yang membasunya - bukan orang lain. Sudu dan garpu itu dibasuh oleh orang lain yang belum tentu cukup bersih.
Kedua - Saya yakin tangan saya lebih bersih kerana tangan saya hanya saya seorang saja yang menggunakannya, tidak pernah dipinjam oleh orang lain. Sedangkan sudu dan garpu itu ramai yang pernah menggunakannya.
Ketiga - Saya percaya yang tangan saya lebih bersih kerana tidak pernah jatuh ke dalam longkang...
Jawapan Tengku Kudin ini menjadikan semua orang yang mendengarnya terlopong. Kalau sebelum itu ada antara mereka yang tersenyum sinis melihat Tengku Kudin menyuap makanannya dengan tangan, tapi selepas itu masing-masing mengangguk mungkin kerana memikirkannya ada logiknya jawapan tersebut.
kreditt :google
Moralnya : Kita jangan lekas menghina atau memandang jijik perlakuan orang lain yang berlainan budaya kita, masing-masing ada rasionalnya kenapa mereka berbuat begitu. Lagi pun makan menggunakan tangan bagi oranga melayu kan sunah Rasulullah S.A.W...