Setuju tak? =)
Wednesday, 29 February 2012
Tuesday, 28 February 2012
Petua O Petua
1-Hilangkan pijar tangan akibat cili
Selepas memotong cili jangan basuh dulu tangan tu tapi sebaiknya rendam tangan di dalam
beras dan ramas beras tu sehingga hilang rasa panas kemudian barulah di basuh tangan.
2-Elakkan nasi lemak cepat basi
Bagi mengelakkan nasi lemak cepat basi gunakan air masak ketika memerah kelapa yang
telah di kukus,setelah itu itu jerangkan nasi pada api yang sederhana dan masak hingga
sempurna.Hasilnya nasi lemak itu tidak cepat basi dan tahan sepanjang hari.
3-Ikan goreng tambah sedap.
Jika mahu ikan goreng bertambah sedap dan lazat gorengkan dulu asam keping ke dalam
kuali,setelah itu masukkan ikan yang hendak digoreng.Anda pasti akan merasa keenakkan
ikan yang telah di goreng dan cara ini juga mengelakkan ikan goreng daripada melekat di
kuali.
selamat mencuba =)
Monday, 27 February 2012
Kerap Lupa
Salam Isnin semua, memandangkan sekarang ni ramai yang usia muda tapi kerap lupa?? cuba baca….mana la tahu salah satu puncanya dari perkara ni…
Ketika ini teknologi dan gadget sudah menjadi gaya hidup atau trend setiap manusia. Tidak hairan jika kita sering melihat orang yang lalu lalang ataupun ketika dalam kenderaan, betelefon, mengirim sms, e-mail, bahkan chatting. Dan tidak hairan dalam kenderaan pun boleh melayarai facebook terutama ketika menunggu lampu isyarat hijau..adakah kita seperti itu?? teruskan membaca kerana ada sesuatu yang perlu kita tahu dan kongsikan.
Kajian terbaru dari Stony Brook University mendedahkan bahawa ketika berjalan sambil mengirim sms, chatting, ataupun bertelefon, boleh membahayakan postur tubuh, bahkan boleh mengganggu daya ingat seseorang!
Para ilmuwan juga mengungkapkan bahwa lebih dari 30 % perempuan dan lelaki yang berusia 20 tahun akan mengalami masalah ini kerana seringkali menggunakan gadjet sambil berjalan. Pada tahap awal pengujian ini para peneliti menilai kemampuan peserta untuk berjalan. Dan setiap peserta di arahkan untuk berjalan pada kecepatan yang wajar, lalu berhenti. Mereka juga harus mengulangi tugasnya sebanyak 3 kali. Jumlah waktu dan posisi terakhir peserta yang berhenti inilah yang menjadi penelitian para peneliti.
Pengujian ini di lakukan satu minggu kemudian terhadap orang yang sama, namun mereka sambil melakukan kegiatan bertelefon, mengirim sms, dan juga chatting. Seteleh di teliti, ternyata mereka hanya mampu menyelesaikan sepertiga dari tugasan yang sudah di lakukan sebelumnya. Sebanyak (lebih kurang) satu per tiga orang menyelesaikan tugas sambil bertelepon, sepertiga menyelesaikan tugas sambil mengirim SMS.
“Kami terkejut bahawa bertelefon dan mengirim SMS sambil berjalan boleh mengganggu otak seseorang dalam mengingat memori serta lokasi,” menurut Eric M Lamberg, PT, EdD, profesor dari Departement of Physical Therapy, School of Health Tecnology and Management, Stony Brook University.
Para ilmuwan dapat membuat kesimpulan bahawa peserta yang mengirim SMS ketika berjalan, mahupun yang bertelepon sambil berjalan, boleh menurunkan kecepatan berjalan masing-masing 33% dan 16%. Peserta yang mengirim SMS sambil berjalan juga menunjukkan penyimpangan jarak laluan. Lamberg mengatakan bahawa pengurangan yang signifikan dalam kecepatan berjalan dan penurunan memori dipengaruhi oleh penggunaan gadjet/ handphone dan SMS, dimana kita menjadi tidak fokus pada suatu kegiatan dan ia memecah ingatan kita.
dah baca?? sebab tu ramai walaupun masih muda kerap lupa…itu belum masuk yg lupa daratan la =)
bagaimanapun ini sekadar kajian..wallahuaalam…
Sunday, 26 February 2012
Kenapa Islam Haramkan Seks Melalui Dubur
=) Bagi yang teringin nak melayari bahtera rumah tangga tu, boleh la ambil informasi ni sebagai satu pengetahuan dalam kehidupan seks korang nanti..Bukan apa, mungkin ada antara korang yakni lelaki yang teringin nak cuba-cuba masuk ikut "pintu belakang" ni kan? Mungkin selepas membaca informasi ni nanti, korang akan fikirkan "rancangan" korang tu semula..Apa-apa pun, mari baca dulu cerita kat bawah ni..
Imam Syafie berkata dari Khuzaimah bin Thabit, "Seorang lelaki bertanya kepada Rasulullah S.A.W tentang menggauli isteri dari belakang (dari arah dubur). Rasulullah S.A.W menjawab: "Itu halal". Apabila orang itu hendak pulang, Rasulullah S.A.W memanggilnya dan bertanya: "Apa yang kau tanyakan tadi? Pada lubang mana antara dua lubang? Pada lubang yang mana? Pada yang mana? Apakah dari belakang (tapi) farajnya? Itu memang halal, ataukah dari belakang duburnya? Maka itu tidak boleh (haram). Sesungguhnya Allah tidak malu terhadap kebenaran, janganlah menggauli wanita dari duburnya."
Menurut Ibnu Qayyim, larangan berjimak melalui dubur kerana:-
1. Tempat terjadinya janin pada rahim dan bukannya dubur, iaitu tempat najis.
2. Isteri tidak dapat haknya menikmati jimak sepenuhnya.
3. Dubur diciptakan oleh Allah bukan untuk disetubuhi.
4. Air mani tidak dapat keluar sepenuhnya.
5. Ia menyakitkan wanita kerana jauh daripada tabiat semula jadi.
6. Mendatangkan fobia kepada pasangan.
7. Merosakkan jiwa kecuali bertaubat.
8. Wajah tidak berseri.
9. Mewarisi kehinaan dan kerendahan diri.
10. Menimbulkan kebencian.
Sekarang macam mana? Dah tahu sebabnya bukan? Oleh itu, bagi korang (lelaki) yang nak berjimak dengan isteri tu, berjimak lah dengan cara yang mengikut syariat Islam..Usah terpengaruh dengan gaya bintang porno Barat tu sebab Islam dah sediakan kaedah yang terbaik untuk diikuti oleh umatnya..
p/s: nak pahala ke nak dosa? Pilihan terletak di tangan korang =)
Friday, 24 February 2012
Salam Jumaat
"apabila kita bersin, umpamanya kita mati satu saat. Bila kita bersin, semua sudh berhenti. Jantung dan nyawa semua sudah berhenti. Jadi, bila semua sudah berhenti dan hidup semula, kita patut bersyukur dan mengucapkan 'Alhamdulillah' kerana Allah masih meminjamkan nyawa kepada kita."
Thursday, 23 February 2012
Makna Terhebat
Salam pagi Khamis semua, kejap jak rasanya setiap minggu berlalu. Semua tahu tentang kelebihan solat 5 waktu dan setiap bacaan solat mempunyai makna terhebat yang tersendiri dari segi kesihatan dan ketenangan jiwa kepada pengamalny.
Pagi ni, saja nak kongsi kan makna terhebat dalam "duduk antara dua sujud" supaya setiap kali kita solat kita perlu mengahayati setiap solat yang kita lakukan, fikirlah seakan-akan lepas ni kita tiada peluang lagi untuk sujud memohon keampunan kepada Allah.
Mungkin ramai yang pernah baca tentang makna "duduk antara dua sujud" dekat FB, tapi saya nak kongsikan untuk ingatan semula... bolehkan =)
Pagi ni, saja nak kongsi kan makna terhebat dalam "duduk antara dua sujud" supaya setiap kali kita solat kita perlu mengahayati setiap solat yang kita lakukan, fikirlah seakan-akan lepas ni kita tiada peluang lagi untuk sujud memohon keampunan kepada Allah.
Mungkin ramai yang pernah baca tentang makna "duduk antara dua sujud" dekat FB, tapi saya nak kongsikan untuk ingatan semula... bolehkan =)
kedudukan kaki ketika duduk diantara dua sujud
Rabbighfirli - ampuni aku
Warhamni - sayangi aku
Wajburni - cukupi kekurangan ku
Warfa'ni - tinggikan derajatku
Warzuqni - beri aku rezeki
Wahdini - tunjuki aku
Wa'afini - sihatkan aku
Wa'fu'anni - maafkan aku
Wednesday, 22 February 2012
Tuesday, 21 February 2012
Petua O Petua
Sayur Tidak Layu
- Membeli sayur dalam jumlah yang banyak akan menyebabkan ianya cepat layu. Jadi untuk mengelakkannya layu rendamkan sayur tu ke dalam air sejuk yang disimpan di dalam peti sejuk. Biarkan selama 5 minit dan sayur akan kembali segar.
Atasi Mata Pedih
- Bagi mengelakan mata pedih ketika menghiris bawang merah, dan cara untuk mengelakkan mata berair letakkan bawang merah ke dalam peti ais selama semalaman kemudian mayang ia seperti biasa kita akan dapati mata tidak akan pedih lagi.
Elak lalat berterbangan di dapur
- Runsing dengan kehadiran lalat di dapur. Atasinya dengan mengambil beberapa kuntum bunga cengkih dan masukkan ke dalam cawan atau mangkuk berisi air. Biarkan ia terdedah di ruang dapur anda. InsyaAllah lalat-lalat yang berterbangan akan keluar dengan sendirinya dari ruang dapur.
Selamat mencuba semua =)
Monday, 20 February 2012
Kenapa Baju Bedah Doktor Berwarna Hijau
Salam Isnin semua, tajuk entry pagi ni yang ringan-ringan jak sebab tuan tanah kurang chat sikit...
kan2? pernah perasan x? ka lansung x pernah masuk bilik bedah? hahaha..siapa yang pernah? ramai la x pernah..
tapi, yang pastinya semua baju bedah doktor warna hijau..sebab apa warna hijau ya? pernah x tertanya? kenapa bukan warna lain?
pada zaman dahulu kala..doktor bedah pakai baju warna putih selari dengan kebersihan..tapi, ada seorang doktor yang berpengaruh telah mencadangkan agar warna putih ditukar kepada warna hijau..
mungkin sebab nampak cool kot…hihihihi..maksud atok, nampak sejuk la..tetapi ada jugak sebab-sebab lain..antaranya :
- Warna hijau dapat menyegarkan mata ahli bedah semasa melihat benda-benda berwarna merah, termasuk organ-organ tubuh yang berlumuran darah ketika pembedahan.
- Melihat warna merah terus menerus menyebabkan sinyal warna merah di otak memudar sensiviti terhadap variasi warna merah.
- terus-menerus berfokus pada warna merah akan menyebabkan pakar bedah kurang memberikan tumpuan dan mengganggu penglihatan doktor.
- Jika warna baju-baju pakar bedah berwarna hijau, ilusi ini akan memudar dan tidak akan mengganggu penglihatan doktor
itulah adasan yang diberikan.namun, sukar dipastikan mengapa warna hijau memang sesuai bagi doktor untuk melihat lebih baik di ruang pembedahan, kerana hijau adalah warna berlawanan dengan warna merah.
cucu ada pendapat lain x? hurmmm….
Saturday, 18 February 2012
Bekas Kiub Ais Yang Sempoi..
Selamat pagi semua, selamat berhujung minggu...Alhamdulillah masih diberi kesempatan untuk bernafas dan bergembira hari ni, ingin kongsikan gambar-gambar bekas kiub ais yang sempoi...
Mesti dah bosan dengan bentuk ais yang biasa bukan? Apa kata korang cuba pula ais yang berbentuk sempoi dekat bawah ni. Lepas ni korang asyik nak minum minuman berais jak 24 jam. Hehehe :D
Jadi, mana satu pilihan korang? Sempoi. =)
kreditt : http://nasihangit.blogspot.com/
Friday, 17 February 2012
11 Orang yang mendapat doa Malaikat
1. Orang yang tidur dalam keadaan bersuci.
2. Orang yang sedang duduk menunggu waktu solat.
3. Orang yang berada di saf depan solat berjemaah.
4. Orang yang menyambung saf pada solat berjemaah (tidak membiarkan kekosongan di dalam saf).
5, Kalangan malaikat mengucapkan ‘amin’ ketika seorang imam selesai membaca al-Fatihah.
6. Orang yang duduk di tempat solatnya selepas melakukan solat.
7. Orang yang melakukan solat Subuh dan Asar secara berjemaah.
8. Orang yang mendoakan saudaranya tanpa pengetahuan orang yang didoakan.
9. Orang yang membelanjakan harta (infak).
10. Orang yang sedang makan sahur.
Thursday, 16 February 2012
BEN ASHAARI TANYA KAU BERANI KRITIK BLOG AKU TAK?
^-^ bagus tajuk segmen ni, mungkin ada pro dan kontra..tapi kenapa kita tidak mengambil yang baik saja. Nasib baik sempat join sebelum segmen tutup pada jam 10.00 malam ni.
Sebab kenapa nak blog anugerahcinta ini di kritik ?
- Sebab blog anugerahcinta masih perlu penambah baikkan untuk perkongsian ilmu kepada semua yang sudi singgah.
- Sebab lain, nak tengok berapa ramai yang boleh berikan kritikan yang membina.
- Nak tahu jugak apa perasaan bila kita dikritik dengan orang yang kita tak kenal, sama ada boleh terima atau anggap seperti angin yang bertiup.
ok , jangan lupa tinggalkan kritikan, untuk kebaikan blog anugerahcinta agar tuan tanahnya mampu memberikan entry yang terbaik dan bermanfaat untuk dikongsikan sama ada dalam kehidupan di dunia mahupun di sana nanti sesuai dengan keselesaan pembaca yang datang untuk menambah ilmu.. saya bersedia untuk dikritik @^@.
Jangan menzalimi diri sendiri
- Bila berdoa, tidak mendoakan orang lain
- Tidak membaca Al-Quran
- Tidak solat sunat Tahayatul Masjid bila masuk masjid
- Tidak memberi salam dan berdoa untuk ahli kubur ketika berada di Perkuburan
- Apabila sampai ke sesuatu tempat, dia tidak Solat Jumaat
- Apabila orang alim datang ke tempatnya, dia tak mahu pergi belajar
- Apabila bertemu 2 orang, tidak bertanya nama
- Apabila dijemput kenduri, dia tidak datang
- Pemuda yang tidak mahu bekerja dan tidak mahu belajar
- Makan kenyang sedangkan jiran sebelah kelaparan.
harap-harap kita bukan golongan yang menzalimi diri sendiri, kena belajar mesra alamla lepas ni ^-^
Kebiasaan bukan kemestian
Ramli: Bukan main mesra lagi Sudin tu..
Ajis: Iyelah, bukan main lagi berkepitnya tu..
Beberapa minggu kemudian, Sudin berkahwin..
Ramli: Aik, dah tak berkepit dah aku tengok Sudin tu..
Ajis: Diorang dah puas berkepit kot..
(Kebiasaanya begitulah, tapi bukan kemestian..)
(Kebiasaanya begitulah, tapi bukan kemestian..)
__________________________
Ramli: Amacam majlis tunang ko, Ajis..
Ajis: Ok, selamat..
Tak lama lepas tu, putus tunang..
Ajis: Jemput datang kenduri kawin aku bulan depan..
Ramli: Dengan siapa?
Ajis: Adalah.. dengan orang lain..
Ramli: Tak bertunang dulu ke?
Ajis: Tak..
Ramli: Kau dah puas bertunang kot..
(Kebiasaanya begitulah, tapi bukan kemestian..)
(Kebiasaanya begitulah, tapi bukan kemestian..)
_________________________
Ramli borak-borak sama Sarip.. Tua sikit je dari Ramli tapi anak sudah 4..
Ramli: Abang dulu kawin umur berapa, ramai dah anak.. Besar-besar pulak tu..
Sarip: Umur 21 dah kawin.. Masa tu kerja kilang je tapi gatal nak kahwin..
Ramli: Isteri abang kerja ke?
Sarip: Tak..
Ramli: Cukup ke belanja makan semua..
Sarip: Alhamdulillah, apa yang abang makan, itu yang isteri dan anak-anak makan.. Apa yang abang pakai, itu yang mereka pakai.. Isteri pulak jenis tak meminta-minta.. Takde la kata nak mintak gelang emas ke baju baru ke.. Apa yang abang bagi, itu yang dia ambik.. Kalau abang ada lebih, bolehlah bagi lebih.. Kalau tak, dia tak bising..
Ramli: (senyap tak kata apa-apa.. sedang belajar dan memahami erti kehidupan.. patut la Ramli tengok anak dia pakai kopiah yang asalnya besar tapi dijahit menjadi kecik.. sekurang-kurangnya Ramli harus bersyukur dengan kehidupannya sekarang..)
p/s: ketika Ramli sudah tidak keruan untuk membeli rumah yang lebih besar, dan berkemungkinan akan terlibat dengan pinjamin riba', mereka anak-beranak kelihatan tenang dan sabar di dalam rumah yang lebih kecil dari rumah yang Ramli sewa.. Nak kena nasihat Ramli ni.. ^-^
kreditt : http://fuadansari.blogspot.com
p/s: ketika Ramli sudah tidak keruan untuk membeli rumah yang lebih besar, dan berkemungkinan akan terlibat dengan pinjamin riba', mereka anak-beranak kelihatan tenang dan sabar di dalam rumah yang lebih kecil dari rumah yang Ramli sewa.. Nak kena nasihat Ramli ni.. ^-^
kreditt : http://fuadansari.blogspot.com
Wednesday, 15 February 2012
Tuesday, 14 February 2012
Petua Lagi
1. Petua : Menghilangkan kesan gigitan nyamuk
Campurkan 1 sudu makan garam dengan 2 sudu makan air, jangan biarkan garam terlarut. Sentalkan garam yang basah dibahagian yang terkena gigitan. Rasa gatal akan hilang bersama kesan gigitan.
2. Tepung Kastard segarkan wajah
Bancuhkan tepung kastard dengan air suam pastu masukkan sesudu madu
beserta sedikit perahan limau nipis.
Gaulkan hingga sebati dan sapukan pada wajah dan biarkan sekejap sehingga kering
sebelum dibasuh dengan air suam cara ini boleh juga menghilangkan jerawat.
3. Hilangkan rasa kebas
Jika sering merasa kebas pada anggota badan, ambil kiub ais batu dan letakkan pada
bahagian badan tersebut selama 5 minit. InsyaAllah rasa kebas itu akan hilang.
Selamat mencuba =)
Monday, 13 February 2012
Segmen : BEN ASHAARI AJAK BACA BLOG AKU...
1. Kenapa mereka patut baca blog Anugerah cinta?
- Walaupun blog Anugerahcinta tidakla sepopular blog kengkawan yang lain tapi sudah semestinya pembaca blog yang baru dan pembaca setia bersama blog Anugerahcinta patut berkunjung ke blog ini kerana, blog ini mempunyai banyak ilmu yang boleh dikongsikan selain mempunyai skop entry yang berlainan,
- isnin - kongsi maklumat /Isu semasa
- selasa - berkaitan petua,
- rabu - pasti ada wordless
- khamis - Quates
- Jumaat - dakwah
- Sabtu dan Ahad - entry santai @ berkaitan makanan
2. Berikan satu entry menarik anda sebagai bukti blog anda menarik!
- sebab blog ni ada entry-entry di bawah sebagai perkongsian dan sekaligus menjadi syarat segmen ini...
3. Segmen ni tutup jam 10.00 malam...jom terjah blog bang ben untuk join ^-*
Kimoterapi
Hari ni, rasa nak kongsi tentang kesihatan pulak, walaupun selalu dengar tentang "Kimoterapi " berkaitan dengan rawatan bagi pesakit kanser tapi kita mungkin tidak tahu maksud sebenarnya "Kimoterapi" dalam aspek kesihatan.
“KIMOTERAPI ialah satu kaedah untuk membunuh sel kanser yang didapati membelah dengan terlalu cepat sehingga menyebabkan berlaku ketidakseimbangan kepada tisu badan.Pihak farmasi merekodkan sehingga kini terdapat lebih daripada 100 jenis dadah yang digunakan untuk rawatan kimoterpi.Penggunaannya bergantung kepada jenis kanser,tahap kanser dan lokasi kanser berada.Adakalanya doktor terpaksa menggunakan kombinasi dadah kimoterapi untuk jenis2 kanser berlainan.”
“Kesan Sampingan Kimoterapi”
“KIMOTERAPI ialah satu kaedah untuk membunuh sel kanser yang didapati membelah dengan terlalu cepat sehingga menyebabkan berlaku ketidakseimbangan kepada tisu badan.Pihak farmasi merekodkan sehingga kini terdapat lebih daripada 100 jenis dadah yang digunakan untuk rawatan kimoterpi.Penggunaannya bergantung kepada jenis kanser,tahap kanser dan lokasi kanser berada.Adakalanya doktor terpaksa menggunakan kombinasi dadah kimoterapi untuk jenis2 kanser berlainan.”
“Kesan Sampingan Kimoterapi”
- Pendarahan samaada melalui mulut atau rongga badan yang lain.
- Kekeringan,kulit menjadi bersisik,kering dan berkedut
- Keguguran rambut samaada sebahagian atau keseluruhan.
- Kebas pada tapak tangan atau kaki.
- Perubahan kepada sistem pendengaran anda.Contohnya bunyi bergaung.
- Sering muntah adakalanya disertai darah.
- Bengkak pada sistem deria atau pada organ badan.
- Perubahan kepada warna kulit 9.Mudah dujangkiti penyakit sama ada demam,batuk dsbnya.Kerana sistem imun telah binasa.
- Kerosakan pada organ penting seperti jantung,hati,saluran darah dsbnya.
- Kelesuan atau tidak bermaya.
- Hilang selera makan.
Sunday, 12 February 2012
I asked...He gave me
"...But perhaps you hate a thing and it is good for you; and perhaps you love a thing and it is bad for you. And Allah Knows, while you know not."
[ 2 : 216 ]
Kreditt : http://farahinlee.blogspot.com
5 kebaikan makanan pedas
Menurunkan berat badan. Siapapun pasti setuju, makanan apapun kalau diberi sambal pasti akan lebih menambat selera. Kalau boleh, makanan diet anda pun mesti nak kena ada sambal. Kalau hal ini boleh membuat anda boleh menikmati makanan sihat dengan lebih berselera, kenapa tidak? Lagipun, rasa pedas itu boleh meningkatkan metabolisme anda. Kajian menunjukkan bahawa bahan utama dalam cili, iaitu kapsaisin, memiliki efek termogenik yang boleh menyebabkan tubuh membakar kalori ketika mengunyah selama 20 minit.
2. Menyihatkan jantung
Menyehatkan jantung. Hasil kajian juga menunjukkan, budaya makan makanan pedas menyebabkan insiden serangan jantung dan stroke menjadi lebih rendah. Alasannya, cili merah boleh mengurangkan kesan dari kolesterol yang berat, sedangkan kapsaisin pula boleh melawan peradangan. Keduanya merupakan faktor risiko untuk masalah jantung.
3. Mencegah kanser
Mencegah kanser. Menurut American Association for Cancer Research, kapsaisin juga memiliki kemampuan untuk membunuh beberapa sel kanser dan leukimia. Sedangkan kunyit, yang dijadikan bahan dalam kari dan mustard, boleh memperlambatkan proses penyebaran kanser dan pertumbuhan tumor. Untuk memberikan hasil semaksima mungkin, campurkan dengan lada hitam untuk menyerap kunyit 2.000 peratus lebih banyak.
4. Menurunkan tekanan darah
Menurunkan tekanan darah. Vitamin A dan C mampu menguatkan dinding otot jantung, sementara panas dari lada meningkatkan aliran darah ke seluruh tubuh. Kombinasi ini boleh menghasilkan sistem kardiovaskular yang lebih kuat.
5. Mengurangkan stress
Mengurangkan stress. Makanan pedas boleh meningkatkan produksi hormon yang memberi rasa ketenangan, seperti serotonin. Hasilnya, makanan ini mampu membantu mengurangkan depresi dan stress.
kreditt : Apiz
Friday, 10 February 2012
5 Perbuatan baik yang membawa padah
Semua orang tahu bahawa tabiat yang tidak baik seperti merokok, tidak bersenam dan meminum minuman beralkohol memberikan kesan buruk terhadap kesihatan. Namun begitu, terdapat juga perbuatan yang baik tetapi boleh membahayakan badan kita. Antara 5 rutin yang boleh membawa padah adalah,
1. Kerap memakai cecair pembasuh tangan
Menurut Richard Gallo, MD, Phd, Ketua bahagian Dermatology di University of California, San Diego. Sebaiknya elakkan menggunakan cecair pembersih tangan dengan kerap. Dalam sebuah kajian, dijelaskan bahawa cecair pembersih memgandungi triklosan yang membuat bakteria menjadi kebal dan berkembang lebih cepat.
Hal ini juga berlaku pada semua sabun pencuci tangan yang mengandungi triklosan. Oleh kerana itu, Gallo menyarankan agar mencuci tangan dengan sabun atau cecair yang mengandungi alkohol minimum 60% kerana boleh membunuh bakteria sehingga 99%.
2. Kerap menukar produk kecantikan
Hasil yang lama membuatkan anda memcuba pelbagai produk kecantikan, bermula dari ubat jerawat sehinggalah pemutih kulit. Hal ini dijelaskan oleh Jody Levine, seorang dermarologis dari New York.
"wanita biasanya mudah bosan dengan rutin kecantikan mereka, terutamanya jika mereka tidak mendapatkan hasil dengan cepat. Perlu diketahui bahawa, produk kecantikan akan memberikan hasil dalam sekitar enam atau lapan minggu selepas penggunaannya," ujar Levine.
Mencuba pelbagai jenis produk kecantikan akan menyebabkan kulit merah, warna kulit yang tidak sekata dan kulit berbekas."Biasanya kulit seseorang berubah menjadi sangat sensitif ketika mencuba terlalu banyak produk. Hal ini kerana tingginya kandungan pewangi dan pembersihan dalam produk tersebut," tambah Levine.
3. Memakai 'selipar jepun' (flip flop slippers)
Ketika ingin mengelak dari kasut bertumit tinggi, kita mungkin memilih selipar jepun. Malangnya, menurut Jordana Szpiro, seorang podiatrist di Boston, pada kebiasaan tersebut tidak memberikan apa-apa pengaruh baik, bahkan berbahaya.
"flip flop slippers tidak memberi sokongan kepada struktur kaki dan boleh menyebabkan patah tulang kerana kaki menjadi tegang kerana disebabkan cuba menahan berat badan," jelas Szpiro.
Selain itu, otot-otot pada bahagian depan tulang kering (tibialis anterior) bekerja lebih keras daripada ketika kita berkaki ayam kerana jari-jari kaki cuba menahan sekipar supaya tidak bergerak ke mana-mana. Oleh kerana itu, adalah lebih baik jika kita memilih selipar jepun dengan penutup tumit, bertali besar serta yang mempunyai lengkungan pada telapak kaki (mengikut bentuk tapak kaki).
4. Menggosok gigi selepas makan
Memberus gigi terbukti boleh menjaga kesihatan gigi dan mulut. Namun para pakar gigi tidak menyarankan untuk terus memberus gigi selepas makan. Beberapa jenis makanan dan minuman seperti kopi, buah atau minuman ringan mempunyai kandungan asid yang tinggi.
"Jika terus memberus gigi selepas minum minuman berkarbonat atau makan makanan yang masam, gigi boleh terhakis," kata Meinecke, jurucakap Academy of General Dentistry. Supaya tidak berlaku hakisan yang boleh mengakibatkan menipisnya lapisan gigi, sebaiknya berkumur dahulu untuk meneutralkan kandungan asid dalam mulut. Tunggu lebih kurang satu jam sebelum memberus gigi.
5. Latihan kardio untuk menurunkan berat badan
Jika kita fikir dengan latihan kardio sahaja, boleh menurunkan berat badan dengan mudah, kita ternyata salah. Menurut Joseph Ciccone, DPT, CSCS, seorang ahli terapi di Columbia Doctors Eastside Sports Theraphy di New York, "Jika kita hanya melakukan latihan kardio maka tubuh akan terbiasa dengan rutin tersebut dan mula membakar lemak lebih sedikit dari masa ke semasa".
Selain itu, melakukan gerakan sukan yang sama (Kardio) terus menerus juga boleh membuat otot-otot tegang dan cedera. Sebaiknya lakukan beberapa gerakan sukan lain dan sesekali rehatkan diri untuk menjaga denyutan jantung sentiasa stabil. Bahkan menurut Ciccone, mempelbagaikan jenis sukan seperti berjoging dan kardio, dapat mengurangkan kalori dengan lebih banyak.
kreditt : http://beritamaster.blogspot.com
1. Kerap memakai cecair pembasuh tangan
Hal ini juga berlaku pada semua sabun pencuci tangan yang mengandungi triklosan. Oleh kerana itu, Gallo menyarankan agar mencuci tangan dengan sabun atau cecair yang mengandungi alkohol minimum 60% kerana boleh membunuh bakteria sehingga 99%.
2. Kerap menukar produk kecantikan
"wanita biasanya mudah bosan dengan rutin kecantikan mereka, terutamanya jika mereka tidak mendapatkan hasil dengan cepat. Perlu diketahui bahawa, produk kecantikan akan memberikan hasil dalam sekitar enam atau lapan minggu selepas penggunaannya," ujar Levine.
Mencuba pelbagai jenis produk kecantikan akan menyebabkan kulit merah, warna kulit yang tidak sekata dan kulit berbekas."Biasanya kulit seseorang berubah menjadi sangat sensitif ketika mencuba terlalu banyak produk. Hal ini kerana tingginya kandungan pewangi dan pembersihan dalam produk tersebut," tambah Levine.
3. Memakai 'selipar jepun' (flip flop slippers)
"flip flop slippers tidak memberi sokongan kepada struktur kaki dan boleh menyebabkan patah tulang kerana kaki menjadi tegang kerana disebabkan cuba menahan berat badan," jelas Szpiro.
Selain itu, otot-otot pada bahagian depan tulang kering (tibialis anterior) bekerja lebih keras daripada ketika kita berkaki ayam kerana jari-jari kaki cuba menahan sekipar supaya tidak bergerak ke mana-mana. Oleh kerana itu, adalah lebih baik jika kita memilih selipar jepun dengan penutup tumit, bertali besar serta yang mempunyai lengkungan pada telapak kaki (mengikut bentuk tapak kaki).
4. Menggosok gigi selepas makan
"Jika terus memberus gigi selepas minum minuman berkarbonat atau makan makanan yang masam, gigi boleh terhakis," kata Meinecke, jurucakap Academy of General Dentistry. Supaya tidak berlaku hakisan yang boleh mengakibatkan menipisnya lapisan gigi, sebaiknya berkumur dahulu untuk meneutralkan kandungan asid dalam mulut. Tunggu lebih kurang satu jam sebelum memberus gigi.
5. Latihan kardio untuk menurunkan berat badan
Selain itu, melakukan gerakan sukan yang sama (Kardio) terus menerus juga boleh membuat otot-otot tegang dan cedera. Sebaiknya lakukan beberapa gerakan sukan lain dan sesekali rehatkan diri untuk menjaga denyutan jantung sentiasa stabil. Bahkan menurut Ciccone, mempelbagaikan jenis sukan seperti berjoging dan kardio, dapat mengurangkan kalori dengan lebih banyak.
kreditt : http://beritamaster.blogspot.com
Salam Jumaat
“Sebaik-baik hari yang terbit matahari ialah Jumaat, pada hari itulah,
Adam diciptakan dan pada hari itulah juga dia dikeluarkan dari syurga.“
“Pada Jumaat juga kiamat akan berlaku. Pada hari itu tidaklah seorang
yang beriman meminta sesuatu daripada Allah melainkan akan dikabulkan
permintaannya.” (Hadis riwayat Muslim).
Subscribe to:
Posts (Atom)