Thursday, 9 February 2012

Rumah Terbalik Pertama di Malaysia

Posted by karmilaillang at Thursday, February 09, 2012

Rumah yang direka berdasarkan rekaan rumah lewat 90-an itu mendapat sambutan yang memberansangkan daripada penduduk tempatan dan pelancong luar pada hari pembukaannya.

KOTA KINABALU : Seorang lelaki kelahiran Sabah membelanjakan setengah juta ringgit bagi membina rumah terbalik pertama di Malaysia yang menyampaikan mesej alam sekitar.

Alexander Yee berkata, struktur rumah luar biasa yang terletak di Kampung Bantayan-Telibong, kira-kira 40 kilometer dari bandar itu amat berbaloi untuk dikunjungi.

"Jika kita terus mengeksplotasi sumber semulajadi secara berterusan, lambat laun kita akan melihat dunia 'terbalik' (musnah)," kata Yee yang memiliki firma binaan selain mengusahakan rumah penginapan untuk pelancong di taman hidupan liar daerah Kinabatangan di pantai timur Sabah.

Yee menunjukkan rumah yang berkeluasan 140 kaki persegi itu dilengkapi dengan kemudahan lengkap termasuk ruang tamu, bilik mandi, ruang makan dan juga dapur yang mempunyai ciri-ciri tradisional Sabah.

Dia berkata, semuanya diletakkan secara terbalik dan ini termasuk peti sejuk, dapur memasak dan periuk nasi di dapur serta mesin jahit.

Pembinaan rumah terbalik itu mengambil masa hampir enam bulan melibatkan bumbung, dinding dan lantai yang diperkukuhkan dengan hiasan dalaman yang membuatkannya seperti tergantung.


Yee berkata, pengunjung boleh melawat rumah terbalik itu, dan bayaran masuk berharga RM18 bagi orang dewasa dan RM5 untuk kanak-kanak yang berusia sehingga 12 tahun. Bagi mereka yang mempunyai My Kad boleh mengunjungi rumah terbalik itu dengan bayaran RM10.


berkaitan dengan keselamatan, rumah terbalik ini telah pun memiliki OC (Sijil Layak Menduduki) dan pihak pengurusan juga ada mengambil beberapa langkah untuk mengelak daripada berlakunya sebarang kejadian yang tidak diingini, seperti pengunjung dilarang berjalan diluar daripada karpet merah atau laluan yang telah ditetapkan di dalam rumah. 

Dan antara kemudahan yang disediakan di perkarangan rumah terbalik itu adalah kafe, kedai dan tandas. Tapi pengunjung diingatkan agar menggunakan tandas yang disediakan di luar rumah, bukan di dalamnya.

Ternyata rumah terbalik ini mampu menjadi tarikan pelancong di Malaysia, bolehlah ramai-ramai pergi melawat rumah terbalik yang berada di Sabah. =) Selamat datang 


kreditt: Akhbar Daily Ekspress

16 comments:

Serunai on 9 February 2012 at 01:35 said...

Fuh mmg hebat... books of record ke ni?

lia on 9 February 2012 at 08:31 said...

org ada duit ;p

Pen Biru on 9 February 2012 at 08:32 said...

semuanya terbalik, kecuali pagar..heheeh

Suraya Aris on 9 February 2012 at 11:57 said...

pening kepala tengok rumah macam ni.hoho

syafiqakarim on 9 February 2012 at 12:32 said...

boleh pulakkkkkk.
HAHA

mselim3 on 9 February 2012 at 12:40 said...

bukan senang nak buat rumah mcm nie...pape pn tahniahlah kalu boleh buat rumah mcm nie.....

Wassalam......

sugar2 kapas strawberry on 9 February 2012 at 21:32 said...

ingatkan dia buat rumah ni dia yg nk ddk.dan macam mana rumah terbalik ni dikatakan good for our enviroment?

Ain SSB on 10 February 2012 at 03:23 said...

WOW! Interesting! :D

karmilaillang on 14 February 2012 at 09:47 said...

tak mungkin, sebb tak da ura2 lagi masuk book of record..
mai la datang sabah =)

karmilaillang on 14 February 2012 at 09:47 said...

betul cik lia...ada duit semua boleh jadi..

karmilaillang on 14 February 2012 at 09:48 said...

;D, cik pen biru jugak la....tetap mencri kelainan..
pagar klu di terbalikkan, sama jak kot

karmilaillang on 14 February 2012 at 09:51 said...

cik suraya tak masuk lagi..sebb klu ikut kan sapa yang masuk akan mengalami sakit kepala yang mengambil masa dalam sejam dua jugkla untuk stabil..

karmilaillang on 14 February 2012 at 09:51 said...

semua pun boleh cik safiqa

karmilaillang on 14 February 2012 at 09:52 said...

klu untuk aset pelancongan mungkin boleh la, tapi klu nak tinggal mustahil mungkin =)

karmilaillang on 14 February 2012 at 09:53 said...

hihihihihi, mustahil dia nak tinggl rumah macam ni cik sugar kapas..mungkin sebb aset pelancongan kot...

karmilaillang on 14 February 2012 at 09:54 said...

;D, jemputlah dtg sabah...lagi interesting

Post a Comment

 

Anugerah Cinta Copyright © 2012 Design by Asrarqulub Arts Asrarqulub Arts