Tuesday, 28 February 2012

Petua O Petua

Posted by karmilaillang at Tuesday, February 28, 2012


1-Hilangkan pijar tangan akibat cili
   Selepas memotong cili jangan basuh dulu tangan tu tapi sebaiknya rendam tangan di dalam
   beras dan ramas beras tu sehingga hilang rasa panas kemudian barulah di basuh tangan.


2-Elakkan nasi lemak cepat basi
    Bagi mengelakkan nasi lemak cepat basi gunakan air masak ketika memerah kelapa yang
    telah di kukus,setelah itu itu jerangkan nasi pada api yang sederhana dan masak hingga 
    sempurna.Hasilnya nasi lemak itu tidak cepat basi dan tahan sepanjang hari.


3-Ikan goreng tambah sedap.
   Jika mahu ikan goreng bertambah sedap dan lazat gorengkan dulu asam keping ke dalam
   kuali,setelah itu masukkan ikan yang hendak digoreng.Anda pasti akan merasa keenakkan
   ikan yang telah di goreng dan cara ini juga mengelakkan ikan goreng daripada melekat di
   kuali.

selamat mencuba =)

0 comments:

Post a Comment

 

Anugerah Cinta Copyright © 2012 Design by Asrarqulub Arts Asrarqulub Arts