Monday 6 February 2012

Getah Rambut

Posted by karmilaillang at Monday, February 06, 2012
GETAH RAMBUT DIPERBUAT DARIPADA KONDOM TERPAKAI??


Getah rambut merupakan aksesori utama untuk setiap gadis tak kira yang bertudung mahupun tidak. Lambakkan barang dari NEGARA TEMBOK BESAR semakin menjadi-jadi kerana hanya bermodal kan harga yang murah dan barang barang ini menjadi pilihan ramai tanpa disedari bahaya disebalikmya. Percaya atau tak kondom telah dikitar semula menjadi getah rambut di China Selatan dan terjual dengan baik di pasaran tempatan dan salon kecantikan.
Getah rambut tersebut telah ditemui di pasaran tempatan dan salon kecantikan dibandar bandar Dongguan dan Guangzhou di wilayah Guangdong, China akhbarDaily:

“Getah rambut berwarna warni dan murah dipercayai boleh mengancam kesihatan masyarakat tempatan. Mereka boleh menyebarkan penyakit berjangkit seksual berpunca daripada kondom yang pada awalnya bertujuan untuk mencegah kerana getah rambut masih boleh mengandungi bakteria dan virus, media kerajaan mengatakan hari ini. Seorang doktor kulit tempatan mengesahkan pengguna boleh dijangkiti AIDS, kutil atau penyakit lain ketika mereka menggigit getah rambut di mulut mereka sementara tangan mereka digunakan untuk mengikat rambut. Satu pack mengandungi sepuluh getah rambut kondom kitar semula dijual jauh lebih murah daripada jenama lain di pasaran bertujuan melariskan lagi produk merekaIndustri China telah berkali-kali tahun ini dicemari oleh beberapa kes yang melibatkan barangan merbahaya untuk pasaran domestik sahaja dan juga antarabangsa.” kata surat khabar itu.

Selepas ini di harap berhati hati kalu nak beli getah rambut. Memang katanya hanya di China. Tapi mana lah tahu kot dah sampai Malaysia kan benda ni sebab negara kita pon banyak je barang barang negara China ni. Jangan sebab getah rambut yang seringit dua kita merana sepanjang hayat.





kreditt : Karl Hairie Ghany (official)

7 comments:

Soul Lee Hin on 6 February 2012 at 15:34 said...

ishh.. bahaya betul! tak pasal-pasal dapat penyakit. :]

mira maisara on 6 February 2012 at 17:55 said...

biar betol..

Izzah Haneefa on 6 February 2012 at 18:47 said...

euwwwww...loya!hahaha

Kak Sam on 6 February 2012 at 21:24 said...

Salam kenal, tq sudi singgah MH. Hehehe nampak gayanya kena guna getah belacan je la lepas ni.

dya nasir on 6 February 2012 at 23:54 said...

biar betul..takut plak nak pakai getah rambut

Hanif on 7 February 2012 at 01:20 said...

nice entri!!

the triplets on 7 February 2012 at 08:42 said...

terpakai? alamak gurlp....

Post a Comment

 

Anugerah Cinta Copyright © 2012 Design by Asrarqulub Arts Asrarqulub Arts