Thursday, 16 February 2012

Kebiasaan bukan kemestian

Posted by karmilaillang at Thursday, February 16, 2012



Ramli: Bukan main mesra lagi Sudin tu..
Ajis: Iyelah, bukan main lagi berkepitnya tu.. 

Beberapa minggu kemudian, Sudin berkahwin.. 

Ramli: Aik, dah tak berkepit dah aku tengok Sudin tu..
Ajis: Diorang dah puas berkepit kot.. 

(Kebiasaanya begitulah, tapi bukan kemestian..) 
__________________________

Ramli: Amacam majlis tunang ko, Ajis..
Ajis: Ok, selamat..

Tak lama lepas tu, putus tunang..

Ajis: Jemput datang kenduri kawin aku bulan depan..
Ramli: Dengan siapa?
Ajis: Adalah.. dengan orang lain..
Ramli: Tak bertunang dulu ke?
Ajis: Tak..
Ramli: Kau dah puas bertunang kot.. 

(Kebiasaanya begitulah, tapi bukan kemestian..) 
_________________________

Ramli borak-borak sama Sarip.. Tua sikit je dari Ramli tapi anak sudah 4.. 

Ramli: Abang dulu kawin umur berapa, ramai dah anak.. Besar-besar pulak tu..
Sarip: Umur 21 dah kawin.. Masa tu kerja kilang je tapi gatal nak kahwin.. 
Ramli: Isteri abang kerja ke?
Sarip:  Tak..
Ramli: Cukup ke belanja makan semua..
Sarip: Alhamdulillah, apa yang abang makan, itu yang isteri dan anak-anak makan.. Apa yang abang pakai, itu yang mereka pakai.. Isteri pulak jenis tak meminta-minta.. Takde la kata nak mintak gelang emas ke baju baru ke.. Apa yang abang bagi, itu yang dia ambik.. Kalau abang ada lebih, bolehlah bagi lebih.. Kalau tak, dia tak bising.. 
Ramli: (senyap tak kata apa-apa.. sedang belajar dan memahami erti kehidupan.. patut la Ramli tengok anak dia pakai kopiah yang asalnya besar tapi dijahit menjadi kecik.. sekurang-kurangnya Ramli harus bersyukur dengan kehidupannya sekarang..)

p/s: ketika Ramli sudah tidak keruan untuk membeli rumah yang lebih besar, dan berkemungkinan akan terlibat dengan pinjamin riba', mereka anak-beranak kelihatan tenang dan sabar di dalam rumah yang lebih kecil dari rumah yang Ramli sewa.. Nak kena nasihat Ramli ni.. ^-^





kreditt : http://fuadansari.blogspot.com

8 comments:

Nyue on 16 February 2012 at 10:02 said...

nyue enjoy ba kebiasaan tp bukan kemestian..nice story...bab kata pepatah..ukur baju dibadan sendiri...hidupalh seadanya kita termampu..

=))

Tea on 16 February 2012 at 10:43 said...

Rindu pula dengan cerita PRamlee...

sea_lavender on 16 February 2012 at 10:59 said...

da baca2 ~ menarik kan...

nUr aDiLa on 18 February 2012 at 10:37 said...

mcm tu kehidupan...hidup la dengan kemampuan kita shj..itu lebih membahagiakan.

karmilaillang on 19 February 2012 at 00:07 said...

betul hidup ni perlu ukur baju dibadan sendiri... =)

karmilaillang on 19 February 2012 at 00:07 said...

memang perlu merindui cerita PRamlee sebb memang best pun..

karmilaillang on 19 February 2012 at 00:08 said...

terima kasih, sudi singgah dan baca =)

karmilaillang on 19 February 2012 at 00:08 said...

betul cik adila

Post a Comment

 

Anugerah Cinta Copyright © 2012 Design by Asrarqulub Arts Asrarqulub Arts