Monday, 27 February 2012

Kerap Lupa

Posted by karmilaillang at Monday, February 27, 2012

Salam Isnin semua, memandangkan sekarang ni ramai yang usia muda tapi kerap lupa?? cuba baca….mana la tahu salah satu puncanya dari perkara ni…
Ketika ini teknologi dan gadget sudah  menjadi gaya hidup atau trend setiap manusia. Tidak hairan jika kita sering melihat orang yang lalu lalang ataupun ketika dalam kenderaan, betelefon, mengirim sms, e-mail, bahkan chatting. Dan tidak hairan dalam kenderaan pun boleh melayarai facebook terutama ketika menunggu lampu isyarat hijau..adakah kita seperti itu?? teruskan membaca kerana ada sesuatu yang perlu kita tahu dan kongsikan.
Kajian terbaru dari Stony Brook University mendedahkan bahawa ketika berjalan sambil mengirim sms, chatting, ataupun bertelefon, boleh membahayakan postur tubuh, bahkan boleh mengganggu daya ingat seseorang!
Para ilmuwan juga mengungkapkan bahwa lebih dari 30 %  perempuan dan lelaki yang berusia 20 tahun akan mengalami masalah ini kerana seringkali menggunakan gadjet sambil berjalan. Pada tahap awal pengujian ini para peneliti menilai kemampuan peserta untuk berjalan. Dan setiap peserta di arahkan untuk berjalan pada kecepatan yang wajar, lalu berhenti. Mereka juga harus mengulangi tugasnya sebanyak 3 kali. Jumlah waktu dan posisi terakhir peserta yang berhenti inilah yang menjadi penelitian para peneliti.
Pengujian ini di lakukan satu minggu kemudian terhadap orang yang sama, namun mereka sambil melakukan kegiatan bertelefon, mengirim sms, dan juga chatting. Seteleh di teliti, ternyata mereka hanya mampu menyelesaikan sepertiga dari tugasan yang sudah di lakukan sebelumnya. Sebanyak (lebih kurang) satu per tiga orang menyelesaikan tugas sambil bertelepon, sepertiga menyelesaikan tugas sambil mengirim SMS.
“Kami terkejut bahawa bertelefon dan mengirim SMS sambil berjalan boleh mengganggu otak seseorang dalam mengingat memori serta lokasi,” menurut Eric M Lamberg, PT, EdD, profesor  dari Departement of Physical Therapy, School of Health Tecnology and Management, Stony Brook University.
Para ilmuwan dapat membuat kesimpulan bahawa peserta yang mengirim SMS ketika berjalan, mahupun yang bertelepon sambil berjalan, boleh menurunkan kecepatan berjalan  masing-masing 33% dan 16%. Peserta yang mengirim SMS sambil berjalan juga menunjukkan penyimpangan jarak laluan. Lamberg mengatakan bahawa pengurangan yang signifikan dalam kecepatan berjalan dan penurunan memori dipengaruhi oleh penggunaan gadjet/ handphone dan SMS, dimana kita menjadi tidak fokus pada suatu kegiatan dan ia memecah ingatan kita.
dah baca?? sebab tu ramai walaupun masih muda kerap lupa…itu belum masuk yg lupa daratan la =)
bagaimanapun ini sekadar kajian..wallahuaalam…

3 comments:

jahajahatable on 27 February 2012 at 12:05 said...

wah wah, thanks for the info...pasni da tak boleh buat camtu agi....http://akudahlupa.blogspot.com/

Kakzakie Purvit on 27 February 2012 at 15:11 said...

Anak sulung kakak dlm masa berjalan boleh bersms itu yg kakak marah... Tapi jejari dia dah lancar. Kakak nak suruh dia baca N3 ini biar dia tahu...

Hanif on 27 February 2012 at 19:06 said...

Wah!!!! kalau dah buat betul ler tu...
Tak sangka..

Post a Comment

 

Anugerah Cinta Copyright © 2012 Design by Asrarqulub Arts Asrarqulub Arts