Wednesday 2 November 2011

Kemalangan Kereta Api & Lori tangki Di Sabah

Posted by karmilaillang at Wednesday, November 02, 2011


Kemalangan berlaku sekitar jam 5.30 petang, 31 Oktober 2011 berhampiran International Airport (KKIA) yang melibatkan kereta api penumpang dan sebuah lori tangki minyak. Letupan kuat terjadi sehingga gegarannya dirasai di seluruh kawasan KKIA.

Dalam kemalangan itu, sekurang-kurangnya lapan orang cedera akibat letupan kuat yang disebabkan sebuah kereta api yang dinaiki kira-kira 200 penumpang merempuh sebuah lori tangki membawa 27,000 liter petrol di lintasan kereta api haram berhampiran KM5, Jalan Kota Kinabalu-Putatan, Petagas dekat sini pada kira-kira pukul 5.30 petang.

Pesuruhjaya Polis Sabah Datuk Hamza Taib dilaporkan berkata penumpang lain dalam kereta api itu yang dapat menyelamatkan diri dihantar ke Hospital Queen Elizabeth untuk mendapatkan rawatan.

Beliau juga dilaporkan berkata lori tangki itu sedang menyeberang landasan kereta api untuk menghantar petrol ke sebuah stesen minyak, tetapi terlambat untuk menyeberanginya, mengakibatkan kereta api itu merempuhnya.

Api agak terkawal kerana hujan turun di kawasan kejadian. Kemalangan ini, dikatakan kejadian pertama dan terburuk pernah berlaku di Sabah


Jabatan Keretapi Negeri Sabah (JKNS) mengesan lebih 70 lintasan haram dibina penduduk di sepanjang landasan kereta api bermula dari Stesen Kereta Api Tanjung Aru hingga ke Beaufort.

Salah satu lintasan haram itu termasuk yang digunakan lori tangki minyak untuk ke stesen minyak berhampiran, sebelum dirempuh kereta api dinaiki lebih 200 penumpang di Kilometer 5, Jalan Kota Kinabalu-Putatan, Petagas, petang kelmarin.

Pengurus Besar JKNS, Mohd Zain Mohd Said berkata, lintasan itu dipercayai dibina pemaju perumahan dan penduduk kampung yang enggan menggunakan laluan alternatif disediakan dengan memberi pelbagai alasan.



“Lintasan dibina mereka sangat berbahaya kerana ketiadaan pondok pengawal bagi menghalang kenderaan melintasi landasan setiap kali kereta api melalui kawasan itu, sekali gus mendedahkan mereka kepada risiko dirempuh kereta api.

“JKNS tidak mampu meletakkan kakitangan bagi menghalang pemandu kenderaan atau pejalan kaki melintasi semua lintasan haram kerana lintasan itu seolah-olah sudah sebati sebagai laluan utama penduduk taman perumahan dan kampung,” katanya ketika ditemui selepas meninjau tempt kejadian, semalam.

“Mereka melintas atas risiko sendiri dan JKNS tidak bertanggungjawab jika mereka dirempuh kereta api.

“Hanya lintasan sah saja mempunyai palang dan dikawal kakitangan bertugas,” katanya.

Mohd Zain berkata, pihaknya akan mengambil tindakan tegas termasuk menutup semua laluan haram bagi mengelak kejadian sama berulang.

2 comments:

Fuzzy on 2 November 2011 at 16:42 said...

kesian kan?
huhu..time ni sy tgh driving otw mo balik p kk..
nampak asap tebal gila ,kin takut..

IxoR@ on 6 November 2011 at 00:33 said...

mengejutkan betul kejadian ni....

bahaya sentiasa ada di mana-mana, berwaspadalah....

Post a Comment

 

Anugerah Cinta Copyright © 2012 Design by Asrarqulub Arts Asrarqulub Arts