Tuesday, 1 November 2011

Asal usul kewujudan laman sosial...

Posted by karmilaillang at Tuesday, November 01, 2011

Kewujudan Laman Sosial di dunia Internet menjadi satu impak yang sangat besar kepada kita. Bermula dari tahun 2002, wujudnya zaman Friendster, yang kini lebih kepada game online masa saya log in ke dalam Friendster tadi. Masa zaman Friendster dulu, masing-masing sibuk memperagakan Friendster yang telah dihias dengan background yang bling-bling gitu. Saya pun tidak ketinggalan dulu, boleh dikatakan hari-hari tukar backgrounf Friendster. Hehehe…

Pada tahun 2002 pula, tercetusnya idea oleh pengasas mySpace yang platform’nya lebih kurang dengan Friendster. Pada masa yang sama, masing-masing memperhebatkan platform kedua-dua Social Network ini. Pada masa yang sama, Tagged pulak muncul untuk menyelit di dalam dunia Social Network yang kian hangat pada masa itu.

Tapi, pada tahun 2004, kesemuanya musnah dan popularitinya jatuh merundum apabila Raja Laman Sosial iaitu Facebook muncul umpama gergasi yang memakan mangsanya. Selepas kewujudan Facebook, laman sosial yang lain ‘umpama hidup segan mati tak mahu’. Di mana sahaja kita surfing di internet, mesti kita akan nampak perkataan Facebook yang seolah-olah memonopoli dunia Internet dan ternyata Facebook berjaya menjadi Raja Laman Sosial sehingga hari ini. Walaupun beribu-ribu laman sosial yang seperti cendawan tumbuh, tapi Facebook tetap menjadi pilihan utama pengguna laman sosial.

Selang 2 tahun kemudian, Twitter pula bersaing di dunia internet. Twitterr pula mengetengahkan konsep yang lain dan tidak terlalu kepada laman sosial. Twitter berjaya menambat hati pengguna internet sehingga sekarang.

Pada tahun ini, Google pula maju lagi setapak apabila mewujudkan Google Plus untuk semua pengguna internet.



Kredit : -APiz-

0 comments:

Post a Comment

 

Anugerah Cinta Copyright © 2012 Design by Asrarqulub Arts Asrarqulub Arts