Wednesday, 9 November 2011

Hati yang Cedera

Posted by karmilaillang at Wednesday, November 09, 2011

bila jiwa kacau risau tentang masa depan.
bila hati sesak dengan kerenah manusia yang tidak memahami.
bila jiwa sukar berlapang dada.
bila hati disempitkan dengan sangkaan buruk terhadap saudara lain.
bila hati sentiasa ingin marah.
bila hati mula berjinak dan tuduk denagn nafsu yang Allah tak redha.
bila aqal lupa tujuan asal hidup.
bila diri terasa enak berlingkar dengan maksiat.
bila hati rasa puas melakukan perkara sia-sia.
bila jasad duduk enak tanpa berbuat maaruf.
bila hati mula tidak sensitif.
bila air mata terlalu sukar untuk dititiskan untuk-Nya.


bila hati mula mengeras.
bila fikiran melayang untuk perkara sia-sia.
bila hati mula berputus asa terhadap rahmat dan nikmat-Nya.
bila diri mula meminta yang berlebihan,
bila hati mula meminta untuk yang bukan haq,
bila diri rasa sudah cukup.
bila lidah terlalu keras untuk mengalunkan zikr.
bila cemburu terhadap nikmat dan rezeki insan lain.
bila diri berpura baik di hadapan manusia.
bila hati merasa perbuatan dosa sebagai tidak apa.
bila diri sentiasa mahu dipuji.
bila hati tidak yaqin dengan janji-Nya
bila diri menyesal dengan setiap taqdir-Nya
bila hati sentiasa mencari dosa dan salah orang lain.
bila diri sentiasa ingin memuaskan selain dari Allah.
bila hati merasa bebas dari jagaan Allah.
bila merasa diri milik mutlaq diri sendiri.
bila hati merasa aman melanggar amanah.
bila merasakan diri sendiri lebih penting dari saudara yang lain.
bila diri terlalu banyak beralasan.


bila setiap perbuatan tidak diniatkan kerana Allah.
bila diri mula berasa berat untuk sembah dan sujud kepada-Nya.
bila telinga lebih enak dilagukan dengan selain ayat-ayat suci-Nya.
bila mulut lebih senang berbicara tentang dunya dari manisnya syurga.
bila redha manusia lebih di cari dari redha Allah.
bila merasa cinta manusia lebih enak dari cinta Allah.
bila hati tidak rindu untuk bertemu-Nya.
bila hati mula disempitkan dengan dunya.
bila diri sombong tidak mahu meminta kepada-Nya.


bila setiap aqal, jiwa dan jasad terikat dengan dunia.
hati itu bukan hati aku lagi
Heal my heart ya Allah.
bless me with a new heart.


kreditt : http://iwannaliveinalandcalledparadise.blogspot.com
Lukisan : http://dirikudrcinta.blogspot.com/

0 comments:

Post a Comment

 

Anugerah Cinta Copyright © 2012 Design by Asrarqulub Arts Asrarqulub Arts