Sunday, 6 November 2011

Di kala hati berbisik

Posted by karmilaillang at Sunday, November 06, 2011

Qurban... mengajar kita untuk mencintai kerana Allah, bercinta dalam batas-batas syariatNya, dan tidak teragak2 MENGORBANKAN cinta itu apabila terasa ia melebihi cinta kita kepada Allah. Ya ALLAH didiklah hati kami agar mengenali dan mencintaiMu walaupun cinta kami sering terganggu. Amin ~Pahrol Mohamad Juoi~

lorong ini panjang dan tak berpenghujung..gelap pekat tanpa sinar..aku masih setia meniti..walau tahu hujungnya hanya kelam yang suram..aidiladha ini..seakan aku yang terkorban



Dikala hati berbisik, kadang kita sedar kadang kita alpha sekejap, melihat apa sebenarnya yang ingin di sampaikan oleh Sang Pencipta buat insanNya yang terpilih. ‎"jangan khianati hidup yang singkat!", kata kak mirah..Hidup tidak hanya segaris warna..pelangi indah dengan 7 komponen warnanya..berbeza laju cahaya..hingga ada yang awal tiba ke bumi..lewat kembali pergi..kiasan alam yang mungkin boleh dimengerti..kena bersedia, ujian tidak terjangka seiring kematangan usia...^-^

Ada masalah yang Allah kekalkan pada diri kita sebagai cara Allah mengingatkan kita agar sentiasa merintih dan ingat kepadaNya. Apabila kita menyedari hakikat itu...rasa sabar dan syukur akan datang silih berganti menghiasi hati kita ~Ust Pahrol Mohamad Juoi~




1 comments:

syafiqa on 7 November 2011 at 18:48 said...

tapi manusia sekarang mudah alpa.

Post a Comment

 

Anugerah Cinta Copyright © 2012 Design by Asrarqulub Arts Asrarqulub Arts