Monday, 21 November 2011

Cawan styroform VS Iklan TV

Posted by karmilaillang at Monday, November 21, 2011 16 comments
Saya, memang respect gila dengan budak-budak seni ni, lebih-lebih lagi kreatif sampai boleh menconteng atas cawan styrofoam, cuba bayangkan kalau dorang ni melukis atas kertas lukisan..tak tahulah lukisan korang hidup kali kelihatannya..*-*. Entry kali ni, nak pamerkan kretiviti mereka untuk tatapan kita..













lukisan kreditt : http://cisdel.com/

macam mana? hebat tak... lebih kurang sama dengan  iklan maxis, iklan klinik 1 malaysia dan kedai 1 malaysia tuu, contoh ada dekat bawah ni..tengok jangan tak tengok ^-^


 lukisan tangan yang dibuat menjadikan mesej didalam iklan dapat disampaikan dengan mudah dan seronok untuk ditonton tidak kira usia,lebih-lebih lagi kanak-kanak pastinya seronok..memang BEST, untunglah korang ada kelebihan yang Allah S.W.T bagi..memang suka sangat..sebab kreatif.. 
salam blogger kat korang semua..
hmm kali nie entry pasal video yang lukis2 lagi..
kreatif betul kan diorang nie buat iklan camnie..
banyak ka
korang tengok lah sendiri bagaimana mesej tue disampaikan..
sangat2 kreatif..I LIKE okay!



Happy Monday

Posted by karmilaillang at Monday, November 21, 2011 1 comments



hihihi, harap-harap kita tak macam ni la ya..sekarang tempat kerja saya masih macam tahun 2010...kejap lagi bos nak upgrade tambah 1 pc untuk semua staf..kompom..boleh buat muka macam mamat dalam gambar ni...ikhlaskan kerja kerana Allah...InsyaAllah biar tension macam mana pun kita masih mampu tersenyum.....*-*


Saturday, 19 November 2011

19 Idea untuk Dapur Idaman

Posted by karmilaillang at Saturday, November 19, 2011 6 comments
Dalam ruangan di rumah sekarang ini pasti akan ada satu ruangan yang di namakan dapur, yang pada kebiasaannya semua kita maklum sebagai tempat penyediaan untuk memasak dan juga penyediaan makanan yang sudah siap d masak. Tak kiralah sama ada digunakan sebagai tempat nak potong bawang ka, kacau telur ka, hias makanan yang dah siap masak ka, atau sebagai tempat simpanan pinggan mangkuk dalam kabinet, semua boleh dibuat di sini.

Yang penting terpulang kepada pemilik kediaman bagaimana kedudukan dan rekabentuk idaman mereka itu dalam ruang dapur. Berikut saya kongsikan 19 contoh yang biasa di bina. Dari sebesar-besar sehinggalah yang kecil, tak kiralah bahan buatannya daripada 'formica' mahupun kayu asli, semuanya ada...yang mana satu yang menjadi pilihan anda?




















lepas ni, boleh la kita merancang dapur idaman untuk rumah sendiri..hihihi, makanya menabung dari sekarang untuk dapur impian anda ^-^


























Kejayaan

Posted by karmilaillang at Saturday, November 19, 2011 2 comments
Setiap kita pastinya, pernah melalui kepayahan untuk berjaya, bukan semudah yang kita sangka..lebih-lebih lagi dalam kehidupan yang serba serbi saat ini, memerlukan pengorbanan dan kadang kala kita jugk turut terkorban untuk menjejaki kejayaan dalam hidup.

Ingat lagi, dulu-dulu masa tengah sekolah menengah dulu, ada kawan selalu kata."bagusnya klu kita tak perlu menjadi dewasa", kehidupan zaman kanak-kanak, lebih menyeronokkan, tak payah fikir benda rumit yang memeningkan kepala, tak payah fikir nak duduk exam SPM segala, tak payah nak fikir, sapa jodoh aku, nanti sudah habis belajar, kerja dekat mana? berjaya atau tidak...semua tidak perlu ^-^

hanya yang perlu, bangun tido, makan, bermain, jalan-jalan, nak itu dapat, nak ini dapat..hihihihi..kan best...tapi hakikatnya tidak ya....dan tidak mungkin jadi kenyataan..hari demi hari kita membesar dan membesar dengan impian dan masalah yang mematangkan kita. Biar sebesar manapun masalah yang kita hadapi, kita perlu hadapi dan belajarlah dari kehidupan kita yang semakin hari semakin berwarna warni..macam yang ramai orang kata "Bahagia itu satu Pilihan", kita yang tentukan bahagianya hidup kita atau pun tidak.. sehinggalah apa yang kita impikan berjaya dan membahagiakan semua orang yang pernah bahagiakan kita dulu masa kecil..

Dan satu perlu kita ingat, syukur jangan di lupakan dikala kita senang dan susah..yakinlah apa yang berlaku tidak pernah sia-sia untuk kita..

lukisan : Facebook



Wednesday, 16 November 2011

Posted by karmilaillang at Wednesday, November 16, 2011 6 comments
Seseorαng yg αdα dαlαm hidup kitα hαnyα milik Allαh....kitα cumα pinjαm...tαpi segαlαnyα Allαh yg punyα...Jαdi bilα semuα ini Allαh yg punyα, mαkα Diα berhαk buαt segαlα sesuαtu... Ðiα berhαk beri cintα,kαsih syg... Diα juga berhαk tαrik bαlik semuα itu... Selαlu jugα ingαt bαhαwα αpα yg kitα rαsα terbαik itu belum pαsti menjαnjikαn yg terbαik untuk kitα... Ðαn αpα yg dirαsα αib & menyαkitkαn itu tidαk semestinyα pαhit di hujungnyα....Selαlu ingαt bαhαwα αpα yg Allαh buαt untuk kitα, αdαlαh yg terbαik untuk kitα.... Ðαri situ kitα αkαn mulα belαjαr erti redhα..... " kitα tidαk mαmpu mengαwαl αrαh tiupαn αngin, kitα hαnyα mαmpu mengαwαl kemudi pelαyαrαn kitα...



Perbezaan

Posted by karmilaillang at Wednesday, November 16, 2011 2 comments
 Lihat sahaja gambar, di atas menujukkan pemikiran antara lelaki dan perempuan sangatlah berbeza.. Perempuan suka memikirkan perkara dari sekecil-kecilnya sehinggalah yang terbentang di depan mata. Manakala lelaki suka berfikiran apa yang di lihat d hadapan sahaja, malas mungkin nak fikir yang complex-complex..Tapi hakikat dan realitinya memang macam beginilah. hihihihihihihi

Sunday, 13 November 2011

tiada sepi bila DIA di hati

Posted by karmilaillang at Sunday, November 13, 2011 3 comments


Teman, tiada kebahagiaan mutlak.. tiada juga dukacita yang selamanya. Bahagia dan derita yang bersilih ganti inilah warna kehidupan. 

Doakan kamu teman - segera sirna "susah hati" itu. Sudah lemas lencun kehujanan. Aku rindu sang mentari ceria berteman pelangi indah diwajahmu. Usap sesak dadamu.. Allah mahu beri kamu sesuatu! 

Kita tidak lepas daripada rasa jemu, gundah, sunyi dan lesu. Putaran kehidupan, pasti meletihkan. Tanpa cinta yang mendalam dan menyala-nyala kepada Allah, segala bentuk cinta yang lain akan beransur malap dan gelap. Begitulah fitrah hati. Cinta Allah itu adalah tapak segala cinta yang lain. Bila cinta Allah goyah, cinta yang lain akan turut rebah.

Tetapi, bila cinta kuat untuk Allah, emosi jadi tenteram ketika jemu, gundah, sepi dan lesu. Kerana hati sentiasa merasai ada DIA di sisi. 



Imam Ghazali pernah menukilkan, “Ketika kau kesepian jangan kau katakan aku sunyi… tetapi katakan pada diri, di sisiku sentiasa ada Pemerhati!”


kreditt : http://lensanurrkasih.blogspot.com/

Friday, 11 November 2011

Sendiri Menyepi

Posted by karmilaillang at Friday, November 11, 2011 7 comments

Andai suatu saat aku hilang daripada pandanganmu, usah kau cari aku kerana aku tidak pernah meninggalkanmu. 

Andai suatu saat aku berhenti menghubungi dirimu, usah kau gusar kerana aku juga ingin waktu untuk diriku. 

Andai suatu saat aku mengalirkan airmataku, usah kau usap kerana aku ingin membasuh kekecewaan hatiku. 

Namun andai suatu saat engkau hilang daripada pandanganku, aku akan sentiasa mendoakan kebahagiaan dirimu. 

Andai suatu saat engkau berhenti menjawab panggilanku, ingatlah aku sentiasa ada saat-saat kau memerlukan diriku. 

Andai suatu saat kau tersenyum bahagia, aku juga akan tersenyum gembira melihat dirimu bahagia. 

Cuma pesanku, andai suatu saat engkau memerlukan aku dan aku tidak bisa untuk membantumu usahlah kau rayu aku. Bukan kerana aku membenci dirimu tapi kerana aku takut aku akan menyakiti hatimu lagi..Maafkan aku..=)

Hatiku MilikNya

Posted by karmilaillang at Friday, November 11, 2011 3 comments
Hati manusia begitu unik dan sukar dikawal. Kerana adanya hati, manusia menjadi lawan dan kawan. Hati menyayangi dan mampu juga membenci. Hati bersedih dan juga bergembira. Hati melahirkan perasaan, maka hati itu berasal dari mana?


Manusia mengucapkan kata-kata dengan hati, menunjukkan keikhlasannya. Manusia menggunakan hati untuk mewujudkan ikatan dan meleraikan persahabatan. Jika tindakan itu adalah pucuknya, maka hati itu adalah suria. Seperti bunga matahari yang memandang teriknya matahari. Itulah hati.


‎"Tidak perlu merayu pada orang yang sudah tiada simpati. Hati kita milik kita. Bawalah hati itu dan pergilah dari situ."


"Ada waktunya, sepi menjadi lebih indah kerana di saat itu kita ada ruang untuk mengingati, merindui."


"Usah sangka kereta jenama paling mahal tidak memberikan masalah. Ada kalanya meragam juga. Usah sangka orang yang serba kekurangan itu tidak membahagiakan, ada kalanya dia lebih mengerti."


"Usah sangka apa yang belum kita miliki janji pada kebahagiaan kita. Ada kalanya setelah kita miliki itulah punca masalah kita. Jangan sangka semua yang cerah kekal cerah sampai bila-bila, ada kalanya menjadi hitam dan menyusahkan."


"Selalu kita menyangka yang di tangan orang indah dan menawan; apa yang di tangan sendiri sentiasa kedam. Selalu kita meletakkan impian yang muluk-muluk pada kepunyaan orang sedangkan orang turut terliur dengan apa yang kita miliki."


"Jangan mudah membuang, tambah-tambah lagi jika ia bukan barang tapi orang."



Thursday, 10 November 2011

Kadangkala

Posted by karmilaillang at Thursday, November 10, 2011 3 comments
Kegagalan tidak selalunya buruk. Sering kali kegagalan itu membawa kebaikan & manfaat kepada kita. Cuma sebagai hamba, kita gagal dalam mengetahui apakah yang terbaik untuk diri sendiri.


Kadangkala,
kita menangisi sebuah kehilangan,
seolah-olah kita tidak lagi punyai apa-apa.
tapi benarkah kita telah hilang segalanya?

Seringkali,
kita meratapi sebuah kedukaan,
seakan-akan kita tidak pernah mengecap bahagia.
tapi benarkah hidup kita hanya ada derita?

Yang pergi, biarkan pergi.
Yang hilang, pastikan berganti.
Jangan berlebihan menangisi.
Usah terlalu meratapi.

Lihat pada dirimu,
pandang pada sekelilingmu,
masih ada banyak sebab untukmu tersenyum,
sedangkan mungkin hanya ada satu alasan untukmu menangis.

Lalu pilihlah untuk tersenyum pada hari ini.
Kerana semalam tidak dapat kembali lagi.
Namun hari ini ada harapan masih menyinari.




Wednesday, 9 November 2011

Bahagia Itu Pilihan

Posted by karmilaillang at Wednesday, November 09, 2011 0 comments


Hidup ini kembarnya ujian
Datang dan datang tanpa perhentian

Hanya dengan keimanan
Kau mampu bertahan

Jangan kau jatuh hari ini

Kerana hanya selepas mati

Baru ujian terhenti.



krediit : Dr.cinta

Mengubat Hati yang Terluka

Posted by karmilaillang at Wednesday, November 09, 2011 1 comments
Pelbagai perkara berlaku dalam kehidupan seharian kita. Ada ketikanya, hati kita terluka kerana disakiti oleh orang lain atau suasana.
Beberapa cara boleh kita amalkan untuk mengubati hati yang terluka. Keberkesanannya bergantung kepada diri anda, namun berikut adalah cara yang sering dikongsia oleh pakar.
1. Latih Minda Melupakan Kenangan Pahit
Bunyinya senang nak dibuat, tapi perlu diaplikasi berterusan. Mengaku saja anda sering merasa sedih sebab banyak kali mengingat kenangan pahit atau selalu kembali ke memori silam yang lalu, betul tak? Kita kena cut connection feeling kita dengan emosi yang lalu.
Mulai hari ini, tekad untuk melupakan semua itu, selupa yang mungkin, kasi kosong abis! Bulatkan azam untuk fokus kepada masa depan anda, cita-cita, keluarga, kerjaya, kewangan, keilmuan dan rakan-rakan. Anda takkan dapat melupakan kesemua memori pahit sekaligus, tapi lakukan step by step dengan mengalihkan perhatian anda kepada perkara lain. Proses ini mengambil masa, tapi ia boleh dipercepatkan dengan disiplin diri.
2. Buang Sikap Risau
Ada dua kesan dari sikap risau ni, pertama ia menarik nasib tak baik, masalah dan musibah - tanpa anda pinta.
Kedua, memberi kesan buruk pada kesihatan anda dari segi fizikal dan mental.
Risau membuat anda selalu menjadi sedih dan kecewa. Untuk buang sikap risau, belajar untuk bertenang dan latih diri anda mengawal emosi.
3. Belajar Rajin Bersyukur
Ucap syukur atas kesemua yang anda ada, apa saja! Misalnya, ucap syukur kerana Anda masih ada 5 deria yang lengkap; anda boleh melihat dan menarik nafas tiap kali bangun tidur, anda ada kawan rapat yang memahami anda dan anda mempunya handphone kesayangan anda. Ucap syukur seikhlas hati, sebanyak yang mungkin, seikhlas mungkin hingga rasa syukur tu meresap jauh ke dalam diri. Buat banyak kali dalam sehari.
4. Belajar Menjadi Pemaaf
Sikap pemaaf dapat membersihkan hati dari perasaan negatif dan emosi-emosi negatif. Seterusnya, meneutralkan gelombang fikiran negatif yang melekat bersarang di minda. Ketahuilah, anda selalu rasa sedih dan kecewa kerana anda tidak memaafkan kesalahan diri anda di masa lalu ataupun anda tidak memaafkan kesalahan orang lain tehadap diri anda satu ketika dulu. Belajar menjadi pemaaf dan menghapus semua ini lalu menarik ketenangan datang pada diri anda.
5. Ketawa, ketawa dan terus ketawa
Ketawa bukan dibuat-buat, tapi biar ketawa yang benar-benar menggembirakan anda serta menjadikan anda girang. Tonton video yang lucu, baca cerita yang lucu, dekatkan diri anda dengan rakan-rakan yang lucu serta cari "funny side" dalam setiap situasi; agar anda boleh ketawa secara automatik. Ketawa dapat menghilangkan sedih. Buat apa layan kecewa sedangkan anda boleh ketawa? Come on...
6. Ubah Fikiran
Kita tak boleh merubah situasi yang boleh membuat kita kecewa, sedih dan murung. Tapi, kita boleh merubah fikiran kita dan apa yang kita fikirkan tentang situasi-situasi tersebut walau seburuk manapun ia. Rahsianya, cari sinar mentari disebalik mendungnya awan.
Walaupun perkara tidak berpihak kepada anda, cari cara bagaimana anda boleh jumpa nilai-nilai positif di dalamnya.
Fikir yang baik-baik saja, kerana ia memberi keuntungan jangka masa panjang.
Rezeki anda murah dan segala yang baik-baik datang sendiri pada anda. Anda menjadi apa yang anda selalu fikirkan. Buat apa fikir yang buruk sedangkan anda boleh tarik semua yang baik-baik?
Fikir yang buruk, Anda dapat yang buruk jawapnya. Ini hukum alam dinamakan hukum sebab dan akibat.
7. Hati Mesti 'Keras'
Bukan keras sembarangan, maksudnya kekerasan hati, kesabaran yang tinggi, pandai mengawal emosi dan menerima hakikat dengan hati terbuka. Allah menurunkan musibah, permasalahan dan macam-macam lagi bukan sekadar dugaan, tapi balasan pada perbuatan-perbuatan anda di masa lalu. Buat baik, dibalas baik, begitu juga sebaliknya.
Cuba ingat balik kejahatan kecil yang anda lakukan pada orang lain, mungkin ada walau anda tak sedar. Itulah perlunya kita bersikap baik dan berfikir yang baik-baik pada semua orang, benda, perkara, situasi dan keadaan. Sebelum masuk tidur, set minda untuk jadi ceria pada keesokan harinya.
Lafazkan dengan nada berbisik. Relaks, jangan terlalu mendesak diri.
Selepas bangun tidur, katakan pada diri ini adalah hari yang baru untuk Anda.
Tekadkan diri untuk menjadikan hari yang baru tu hari yang baik, sungguh baik, sebaik yang mungkin dari hari yang sebelumnya. 


 

Anugerah Cinta Copyright © 2012 Design by Asrarqulub Arts Asrarqulub Arts